❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 20, 2012

Banyak benda.


Assalamualaikum. Hello. Hai pagi pagi yang tidak seperti biasa. Ya, tidak sama macam selalu. Agak tidak menarik sekali. Tapi hati harus terima, harus belajar untuk dibiasakan, nak tak nak, nanti, disuatu masa, hidup akan berubah juga. Tidak boleh selalu nak sama. Tak akan selalu mengikut kehendak. Jadi sekarang kena belajar menerima. Okeh.

Teringat rumah kampung aku... T_T


Sebenarnya, hati teringat sama anak kecil di kampung. Baru 3 hari tidak ditatap wajah keriangan itu, hati sudah tidak keruan. Setiap kali berbicara dengan bunda melalui talifon, selalu saja diri ini meminta untuk berbual sama anak kecil itu. Tapi si kecil yang baru berusia 4 bulan, apa yang dia kenal? apa yang dia tahu tentang handphone? Mungkin akan beranggapan ia adalah sebijik botol susu yang intelligent, ada nombor serta huruf huruf kecil  dan ahirnya terus mengisap. Adus. Cepat la besar wahai anak kecil ku...



Kemudian, hari ini sudah masuk ke tanggal 21 march. Tarikh keramat bagi adik aku selaku penunggu keputusan SPM. Hari nie saja sudah 4 kali aku call. Sedari pukul 8 pagi, bertanyakan jam berapa boleh di ketahui keputusan itu, kemudian, jam 9 call lagi, jam 11 call lagi, dan jam sebentar tadi baru dapat tahu. Syukur, Alhamdulillah. Bagus. Lebih cemerlang dari aku dulu. Lebih sekali ganda pungutan A dari aku waktu SPM lalu. Teringat akan kata kata seorang penulis blog yang cantik menawan,Farah Lee, juga rusuk kiri kepada Ally Iskandar :

"Result bagus bukan tanda kamu sudah berjaya menawan dunia, ia boleh jadi perangkap kepada kegagalan jika kamu terlalu teruja dan sombong. Result kurang bagus bukan tanda kamu telah terbenam ke bumi, jika racun pun boleh jadi penawar, tidak mustahil kamu boleh bangkit terbang."

Semoga perjalan hidup beliau dipermudahkan oleh Allah. Semoga dapat menuntut ilmu ditempat yang lebih baik dan selesa. 


Lagi. Teringat akan satu kata kata yang sangat saya percaya dan pegang. "Setiap perbuatan, perkerjaan yang diniatkan kearah yang baik pasti dipermudahkan Tuhan". Lepas semua apa yang terjadi dalam hidup saya, bila di lihat dan di renungkan satu persatu, SubhanAllah, janji Allah itu semuanya benar belaka. Saya berhajat untuk sesuatu perkara yang InsyaAllah semoga dipandang Allah ia suatu hajat yang baik, dan kemudian, saya tanamkan semangat untuk ke arah itu. Kemudian tuhan permudahkan semua urusan saya. Dan sekarang saya perlu menempuhnya pulak. Mesti akan ada banyak cabaran dalam kehidupan yang baru itu. Ya, saya sangat sangat pasti. Semua benda punya kesusahan. Hatta untuk makan sekali pun, kita perlu menggerakkan tangan, gaul nasik, cubit lauk, suapkan ke dalam mulut, kunyah, dan ahirnya barulah ditelan. Sesudah itu baru terasa nikmat makan. Baru hilang rasa lapar. Makan pun perlukan usaha, pengorbanan,  pergerakkan, inikan pula nak mencari kesenangan, kejayaan. Harus ada usaha, kalau tak, mana bisa rezeki itu jatuh keriba dengan sendirinya. Semoga dipermudahkan sampai bila bila. InsyaAllah.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu"






Berusaha untuk sebuah  MISI !!!









.

2 comments:

Rossnie said...

saya suka post ini..smoga Allah memudahkan urusan anda :)

mOOn said...

saya pun suka bila anda suka post ini.. hihi.. terima kasih kamu atas doa yang dipohonkan. Semoga kamu pun dipermudahkan segala urusan jugak.. ^_^