❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 31, 2012

Jarum dan Benang #1



Pakai kain Emas berkilau.

Mata memandang jadi bersilau.















Tadi petang ke kedai, membeli getah untuk ini kain. Sampai sampai terus mintak beli getah 30 cm. Kemudian, tertanya tanya, kenapa macam pendek sangat nie? Tapi memang 30!! aku ingat!! Tiga pat kali ambik ukuran. Mungkin aku dah kurus kot. Haha. Mula la nak perasan. Tapi bila dah sampai sampai rumah baru teringat, yang ukuran aku guna dalam inch, bukannya sentimeter. Aiyoyoyoo. Patut la selim semacam. Hahaha.






.

Friday, March 30, 2012

Status anda !!!

Hye ladies out there. Assalamualaikum. Hai hai. Untuk ladies saja di hai hai sebab rasanya tidak ada lelaki gagah kacak bergaya yang membaca di laman ini. Kan. Haha. Okeh.

Tidak ada apa yang mahu dibicarakan sangat. Sebab badan busuk, berpeluh baru sudah masak, jadi perlu mandi. Bila nak mandi selalu saja ada hati nak check sejenak dua laman ini. Dan bila dah check tuh, ada hati pulak nak menulis satu dua ayat. Haha. Okeh mari layankan saja.

Actually nak pesan kat diri sendiri dan sesiapa pun yang terbaca entry ini. Tolong la jangan mengupdate status di Facebook sesuka hati. Status anda sangat mencerminkan diri anda!!!!

First, jangan tulis benda like anda sedang menghadapi masalah rumahtangga ke, masalah dengan kawan ke, tak suka orang ini, orang itu. Sebab dalam facebook sangat ramai stalker stalker yang sedang tekun mengusha anda. Dan lagi ramai kaki gosip yang dok tunggu je status anda di update kan, jadi dapat lah satu dua bahan yang boleh di canang canangkan di pelusuk kampung. Tulis satu ayat, kaki gosip nie pulak akan tambah jadi patblas ayat yang semua salah. Adusss. Ini bukan contoh yang di reka semata mata. Sudah terjadi depan mata!!!!! Adus, kenapa perlu ada orang yang sangat sibuk nak jaga tepi kain orang. Ingatkan dalam TV je ujud kaki kaki gosip kat kampung kampung nie, jaja cerita sampai ujung kampung, sampai jampung sebelah. Dalam alam realiti saya dah jumpa!! So beware dengan STATUS ANDA!!! 


Second. Jangan la nak mencarut, memaki orang itu ini. Nak marah orang pun, sorang sorang dah la tahu, luah la kat tempat lain. Tak payah luahkan dalam Facebook. (Dalam islam pun tak di ajar, nak hilangkan marah dengan marah orang lain balik. Nooo!!! Pergi ambik air sembahyang dan istiqfar!!) Skali lagi diingatkan, status anda sangat mencerminkan diri anda. Kadang kadang mereka itu akan berkata "Alah, aku bukan jenis yang hipokrit, nak berselindung perangai sebenar". Ye kee, owh, tidak hipokrit, tapi melakukan sesuatu yang tuhan tak suka itu dan dalam masa yang sama mengaku beragama islam, tidakkah SANGAT HIPOKRIT begitu? Hurmm? Serius sangat tak suka dengan mereka mereka yang status berbaur memaki orang itu ini. Dan saya sangat sangat percaya, bukan saya sorang saja yang menyampah, semua yang baca naik meluat dengan si penggemar update status yang berbaur kata kata syaitan ini. Tulis la sesuatu yang elok elok. Bila orang lain baca, anda pun dapat tempias pahalanya. Apatah lagi kalau yang anda tulis itu sangat berkesan pada hati mereka, buat mereka ingat pada Pencitanya, lagi lah di lipat gandakan pahala itu. Kan..


Okeh. Itu saja, pesanan untuk diri sendiri dan orang lain. Semoga apa yang di pesan ini, saya tak lupa dan selalu ingat. Dah jangan dok buat!!! SILA BAWAK MANDI!!!!












PdanS : Diri sangat sangat berbimbang bimbang.. Haishh..

Thursday, March 29, 2012

Jarum dan benang.



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Fuhhh!! Penuh salam aku tulis malam nie. Selalu hai hai hello je. Hadoi, sungguh tidak bercirikan seperti agama yang kamu anuti. Dan tetiba saja intor sudang menampakkan diri sangat menjadi sangat bangus nie? Wah!! hihi. 

Tadi dengar ustad tu ceramah, 6 hak yang kita kena jaga semasa manusia. 1st sampaikan salam terhadap kawan-kawan apabila bertemu. Dan setiap salam yang kita berikan kepada teman kita itu, seperti kita mendoakan dia 3 perkara. Assalamualaikum(selamatlah ke atas kamu) Warahmatullah(Allah merahmatimu) Hiwabarakatuh(Allah berkati kamu). Jadi lepas nie, marilah kita pakat pakay bagi salam ye. ^_^

Okeh. Begemana hari ini? Hari ini sangat padat dan sendat. Ecehh, sendat la sangat. Baju sendat dan isi badan padat  ada la. Kahkah. Pagi tadi ke Sungai Petani menyetellkan sedikit urusan masa depan. Lepas tu sempat mengukur 2 bijik mall, lalu menyebabkan kad ATM kena cucuk. Adus. Sedih menjadi diri sendiri. Terlalu tidak boleh TAHU YANG DALAM AKAUN BANK ADA DUIT. Sayu mengenangkan diri sendiri. Mungkin kita selalu dengar pepatah, Alah membeli, Menang memakai. Tapi untuk kisah si peternak jerawat ini, mungkin akan jadi  "Tak kalah membeli, tak menang nak pakai". Sugguh tragis kan kisah hidup beliau. Sampai tak sempat nak menjahit. Terbongkang macam tu saja.

Dan tadi keluar sempat menyambar 2 kain yang sangat cute warnanya, royal blue dan kuning gold gold begitu. Bila dicombine kan. Adussss, sungguh bergayannya saya. Mesti paling glamer di pagi raya. ewahhh ewahhh.. 



Sesudah membeli, sampai sampai saja di rumah terus di bawak keluar kain itu dan di hampar. Di ambik ukuran badan sendiri. Ditanda pada kain. Diam tidak diam, segala perbuatan diperhati oleh Si Ibu cantik jelita. Dan terus kena sound sekejap. "Haaa!!! Beli kain lagi? Ishk, mak tatau la, muna nanti bila dah reja ada duit, bla bla bla.. pong pang pong pang...... Nie nak buat apa nie? nak potong kain ka? Tu kain corak  yang dah potong dalam raga tu nak buat apa? Bila nak jait? Dah dah. Simpan. Tak payah gunting. Buat dulu bagi jadi kain yang dah potong tu, bagi siap. Baru buat yang nie. Dengaq dak!!!!"

Aiyoyoyo. Ya dalam raga masih terdapat bertimbun timbun kain yang dah di potong dan tidak di jait. Yang dah siap jadi baju tapi tak dijait manik. Dan yang tak dipotong potong simpan sampai mata naik sakit.  Aiyoyoyo. Bini sapakah itu. Haha.  Dan hasil usaha selama sejam setengah tadi maka hasillah sebuah skirt kembang kuncup kembang kuncup yang di buat secara cincai cincai sebab leteran si bunda macam tercabar dek akai. Hahaha.




No idea untuk 3 pasang kain ini. Hadoi..










PdanS : Kad kawin kawan DONE. Kad qulling DONE. Assignment TAK DONE. Jait manik, PUN TAK DONE. Haha. Masih perlu berhempas pulas. Esok akan mula menyambung misi manik manik sedunia. Sampai siap!!! 

Wednesday, March 28, 2012

Kesukaan Hati...



Sedang membuat sesuatu yang menjadi kesukaan hati. Nyum nyum.. Jom kawen jom.. Hihi












PdanS : Dan cita-cita saya sekarang bukan lagi pembuat kertas gulung gulung yang mantop, bukan penjahit manik yang tergar, bukan pembuat baju yang kelassss dan tidaklah pembuat assignment  cermerlang A++, tapi, cita cita sekarang adalah, pendesign kad kawin yang handal!!! Hahaha. Semua bisa berubah dengan sekelip mata. Itulah saya. Cepat sangat berangan nak jadi yang nu yang nie, semua bidang nak terjah. Last last terbengkalai macam itu saja. Owh no no nooo. Tak tak. Mari pandai membahagi masa dan tidak menangguh nangguhkan kerja. Ayuh!!!! -Syukur untuk rezeki Tuhan yang tak pernah di sangka sangka, walau sedikit cuma, takmengapa, janji ada simpanan untuk kesana-

Monday, March 26, 2012

Konklusi.





Hai hai dan selamat pagi. Intro lagi dah nak tempek seketul gambar yang mampu buat orang tak berdaya nak meneruskan pembacaan ke perenggan seterusnya. Aiyoyo. haha. Selamat menatap wajah yang ondaway nak mandi tapi ada hati nak update blog. Muka masih agak belengas dengan jumlah jerawat yang begitu sakan sekali naik. Well, nama pun PENTERNAK JERAWAT. Haruslah naik betimbun kan. Haha. Ok ok. Terimalah gambar ini ikhlas dari saya. Without any proses proses mensuci kan wajah. Ori tau nyah!! 

Pagi ini pagi yang Sungguh padat. Pagi yang sungguh banyak benda yang harus di bereskan. Sungguh buat diri jadi nak belah empat, sebelah buat qulling card, sebelah jait manik, sebelah pergi bank, sebelah kemas rumah, dan sebelah lagi pergi tidoq rehat. Can? Ofkos lah tidak kan. Kalau boleh belah jugak ofkos keempat empat tu pergi masuk kubur je, tak daknya nak pi bank, buat qulling kad segalai bagai.. Err. Takmooo takmooo..

Ok. Nothing to share. Cuma, cuma, cuma, diri selalu konflik. Tak pandai nak buat keputusan. Eh, bukan tak pandai, tapi konfius. Sungguh diri mahu mencari konklusi. Bahagia, selesa, masa depan, gembira, sedih, tenang, tekanan, bakti, kemewahan, kesenangan, hala tuju, cita-cita, impian. Aiyoyoyo. Sungguh tidak suka berada di umur yang fasa fasa begini. Nak jadi kanak kanak jajah satu balik!! Tak payah pening nak fikir semua itu. Kan. 










"Orang yg berjaya sentiasa refleksi diri dan tiada masa melihat keaiban orang lain. Mereka selalu fikir bagaiamana membuat dunia ini lebih indah utk org lain dan sibuk memperbetulkan diri. Jom audit dimana kita " - Prof Muhaya












PdanS: Dah. Jom mandai !!!!

Saturday, March 24, 2012

Bacalah







 بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ 

وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم 






Tiga kali di waktu pagi dan petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara tiba2 yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang sohih. Ertinya bacaan itu "Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui". Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.




.

Friday, March 23, 2012

Si Penggoda



Bangun pagi pagi dah mengadap laptop.

Sudah habis belajar pun masih kena buat assignment.

Sambil di goda oleh budak belakang.

Batuk la, gelak kuk kit kuk kit la, cakap sorang sorang la..

Macam macam bunyi

Motif? Nak suruh angkat dukung.

Maaf baby, Mengorat anda tidak berjaya.

Sila usaha  lagi.

=P









.

Hidup oh hidup..


Hidup aku nie kadang bagai chips more. Sekejap di KL, sekejap di Melaka, Sekejap di Yan semula, dan tiba tiba sekejap lagi di KL kembali. Aiyoyoy..

Hidup aku juga kadang kadang macam sekejap mahu. Sekejap tidak. Sekejap lagi tak nak lah. Dan kadang kadang akan jadi YES!! Hadoi. Tolong la tetap pendirian.

Hidup sekejap naik sekejap turun,

Dan kadang kadang sekejap bahagia dan sekejap lagi stress bagai nak gila.

Hidup nie jugak, sekejap baik, sekejap jahat. Sekejap sekejap lagi insaf, lama lama sikit lalai. Hurmm.


Hidup owh hidup..

Apa apa pun, macam chips more ke, mahu idok ke, naik turun ke, jahat baik ke.. yang pasti engkau MEMANG SEKEJAP.

Sekejap engkau kadang kadang buat aku rasa malas berusaha untuk dunia ini. Mahu begini saja. Tidak terlalu menderita dan tidaklah seselesa mana. Biasa biasa saja.

Tapi bila ada suara yang mengata, buat aku rimas. Mahu dibuktikan kepada Si Pembuat cerita, yang aku bukan seperti dijaja.

Tapi untuk apa, kalau hidup semua berlandaskan mulut mereka.

Tak ada apa apa. Kosong dan tak berguna.

Baik macam nie saja. Tenang dan tak memeningkan kepala..

Hurm.. Hidup... oh  hidup..







"Bekerjalah seperti engkau akan hidup 1000 tahun lagi 

Dan beribadahlah seperti engkau akan mati esok hari"












PdanS : Kadang kadang rasa nak duduk dalam penjara saja. Makan minum tak payah susah susah nak jaga. Tempat tidur semua dah ada. Masa free sangat sangat banyak. Hanya terletak pada diri nak guna macam mana.. Tapi takut kena buli pulak.. Hadoi, begemana begemana...

Wednesday, March 21, 2012

Quote #24






Bila diuji dengan kekayaan,jika hati sihat akan menjadi pemurah.Jika hati sakit akan menjadi sombong. 



Bila diuji dengan kemiskinan,jika hati sihat akan menjadi redha.Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah. 


Bila diuji dengan kesihatan,jika hati sihat akan menjadi syukur.Jika hati sakit akan menjadi lupa. 

Bila diuji dengan kesakitan,jika hati sihat akan menjadi sabar.Jika hati sakit akan menjadi gelisah. 

Bila diuji dengan ketuaan,jika hati sihat akan menjadi tenang.Jika hati sakit akan menjadi merana. 

Bila diuji dengan kemudaan,jika hati sihat akan menjadi seorang yg sentiasa beringat2.Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai.




Sembahyang dan Kita.






"Janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata mata untuk menyelesaikanya, tetapi lakukanlah ketaatan itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"






Sebab tu kadang-kadang, kita tengok ada orang sembahyang, tapi still tak boleh menjauhkan dia mereka dengan perkara perkara jahat. Sembahyang, tapi masih mencarut bukan bukan, bergaduh dengan orang itu ini, tak menjaga hati orang, aurat masih terbukak, mengumpat, marah, mencuri, fitnah, pukul isteri, curang kat suami, abaikan mak ayah yang tua dan banya lagi. Bila sembahyang hanya dilakukan untuk disesaikannya, dan kadang menjadi adat (adat kerana dah ibu ayah buat, anak-anak pun ikut, tapi tak paham apa yang sedang mereka lakukan), lalu sembahyang yang dilaksanakan itu langsung tak memberi kesan dalam hati untuk takut pada Ilahi....

Dan saya pulak, entah la, memang betul, kadang-kadang sembahyang saya untuk menyelesaikannya saja. Perasaan sedang berhadapan dengan Yang Esa jarang jarang ada. Sekadar fizikal saja yang sujud, tapi hati tak ikut sama merasa. Ya Allah, entah diterima tidak solat saya..

Dan saya rasa, the best way untuk hati sentiasa ingat Allah, banyakkan membaca bahan bahan yang ilmiah, yang boleh buat hati kita terasa insaf, buat otak kita berfikir tentang diri, ataupun sesuatu yang boleh memotivasikan dan inspire diri kita setiap hari. Sekarang maklumat di hujung jari, semua ada. Jadi paksalah diri untuk buka web web yang ilmiah. Kurangkan beautiful nara, Oh bulan. Jom sama-sama kita buat.




"Biografi Muhammad Bin Abdullah" keluaran PTS. Buku Agama pertama yang saya baca tahun lalu dalam misi untuk menanam sikap suka membaca. Langsung tak mengharapkan perubahan atau kesan  apa apa, cuma mahu mengetahui kisah Rasululluh. Tapi Tuhan beri lebih dari itu. Buku pertama ini sangat sangat sangat meniggalkan kesan dan melembutkan hati saya yang dulu keras, degil, hanya mahu menegakkan pandangan yang tak berasas untuk kepentingan sendiri. Hukum Tuhan, hanya takut dibibir, tapi di tiap perbutan, langsung tak nampak. Dan buku ini juga buat saya lebih kenal Kekasih Allah, buat cinta saya pada penciptanya mula berbunga, buat rindu saya pada Pesuruhnya mula menjelma. “It doesn't matter how slowly you go so long as you do not stop.”















PdanS : Kadang-kadang saya paling takut dengan satu perkara, "Riak".. Bila mahu berkongsikan sesuatu yang ilmiah di medan ini, di facebook, di alam yang nyata, bila mahu menjadi seorang yang lebih baik, bila mahu menutup aurat dengan lebih sempurna, takut sangat perasaan riak tu turut serta. Ya Allah.. Semoga dijauhkan dari kita semuaa..... Kadang-kadang juga, saya  takut dengan pandangan orang, bila menyampaikan sesuatu yang ilmiah ini, takut dikatakan beriman konon atau nak tunjuk alim. Risau sangat. Niat saya hanya mahu berkongsi, supaya apa yang saya dapat, orang lain juga merasa. Bukankah salah satu pahala yang akan tetap berjalan sampai kita mati nanti sekali pun adalah ilmu yang berguna yang kita tinggalkan. Tapi bila difikir fikirkan kembali, kenapa perlu digelisah dengan pandangan manusia, sepatutnya pandangan Allah yang perlu di utama bukan. Tititk. Pegang yang itu.




Tuesday, March 20, 2012

Banyak benda.


Assalamualaikum. Hello. Hai pagi pagi yang tidak seperti biasa. Ya, tidak sama macam selalu. Agak tidak menarik sekali. Tapi hati harus terima, harus belajar untuk dibiasakan, nak tak nak, nanti, disuatu masa, hidup akan berubah juga. Tidak boleh selalu nak sama. Tak akan selalu mengikut kehendak. Jadi sekarang kena belajar menerima. Okeh.

Teringat rumah kampung aku... T_T


Sebenarnya, hati teringat sama anak kecil di kampung. Baru 3 hari tidak ditatap wajah keriangan itu, hati sudah tidak keruan. Setiap kali berbicara dengan bunda melalui talifon, selalu saja diri ini meminta untuk berbual sama anak kecil itu. Tapi si kecil yang baru berusia 4 bulan, apa yang dia kenal? apa yang dia tahu tentang handphone? Mungkin akan beranggapan ia adalah sebijik botol susu yang intelligent, ada nombor serta huruf huruf kecil  dan ahirnya terus mengisap. Adus. Cepat la besar wahai anak kecil ku...



Kemudian, hari ini sudah masuk ke tanggal 21 march. Tarikh keramat bagi adik aku selaku penunggu keputusan SPM. Hari nie saja sudah 4 kali aku call. Sedari pukul 8 pagi, bertanyakan jam berapa boleh di ketahui keputusan itu, kemudian, jam 9 call lagi, jam 11 call lagi, dan jam sebentar tadi baru dapat tahu. Syukur, Alhamdulillah. Bagus. Lebih cemerlang dari aku dulu. Lebih sekali ganda pungutan A dari aku waktu SPM lalu. Teringat akan kata kata seorang penulis blog yang cantik menawan,Farah Lee, juga rusuk kiri kepada Ally Iskandar :

"Result bagus bukan tanda kamu sudah berjaya menawan dunia, ia boleh jadi perangkap kepada kegagalan jika kamu terlalu teruja dan sombong. Result kurang bagus bukan tanda kamu telah terbenam ke bumi, jika racun pun boleh jadi penawar, tidak mustahil kamu boleh bangkit terbang."

Semoga perjalan hidup beliau dipermudahkan oleh Allah. Semoga dapat menuntut ilmu ditempat yang lebih baik dan selesa. 


Lagi. Teringat akan satu kata kata yang sangat saya percaya dan pegang. "Setiap perbuatan, perkerjaan yang diniatkan kearah yang baik pasti dipermudahkan Tuhan". Lepas semua apa yang terjadi dalam hidup saya, bila di lihat dan di renungkan satu persatu, SubhanAllah, janji Allah itu semuanya benar belaka. Saya berhajat untuk sesuatu perkara yang InsyaAllah semoga dipandang Allah ia suatu hajat yang baik, dan kemudian, saya tanamkan semangat untuk ke arah itu. Kemudian tuhan permudahkan semua urusan saya. Dan sekarang saya perlu menempuhnya pulak. Mesti akan ada banyak cabaran dalam kehidupan yang baru itu. Ya, saya sangat sangat pasti. Semua benda punya kesusahan. Hatta untuk makan sekali pun, kita perlu menggerakkan tangan, gaul nasik, cubit lauk, suapkan ke dalam mulut, kunyah, dan ahirnya barulah ditelan. Sesudah itu baru terasa nikmat makan. Baru hilang rasa lapar. Makan pun perlukan usaha, pengorbanan,  pergerakkan, inikan pula nak mencari kesenangan, kejayaan. Harus ada usaha, kalau tak, mana bisa rezeki itu jatuh keriba dengan sendirinya. Semoga dipermudahkan sampai bila bila. InsyaAllah.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu"






Berusaha untuk sebuah  MISI !!!









.

Sunday, March 18, 2012

Quote #23



Dosa, buat jiwa serabut walau hidup dilimpahi kesenangan. 

Kebaikan, buat hati jadi tenang, walau hidup dibasahi ujian. 




Adobe yang di adorekan


Salah satu kesukaan hati saya yang lain selain tidoq, makan, buli anak anak, tulis entry, picit jerawat... adalah edit mengedit.  Suka sangat sangat edit gambar. Bukan edit gambar saja, suka edit benda benda yang berkaitan dengan komputer, like, edit slide, buat banner, edit blog, edit koding komputer dan bla bla bla. Suka saya nie sampai tahap macam tertanya tanya dan kadang kadang timbul sekelumit kesalan kenapa la aku ambik Civil engineering, kenapa tak ambik art design ka, architectural ka. Serius aku minat benda benda art nie. Tapi tak mengapa lah. Civil pun ok apa. Aku minat art dan ambik civil.  Dua ilmu sekaligus aku bolot. Ya, mungkin itu lah hikmah yang tuhan bagi kat aku. Syukur Alhamdulillah.

Malam nie kerjanya mengedit blog rakan baik. Tolong tukar template, make up apa yang patut, buat header. Sangat enjoy. Tapi ilmu adobe saya masih tahap merangkak rangkak. Teringin sangat nak belajar secara dalam dalam. Tapi, banyak kerja yang harus di bereskan selain mengadap komputer 24 jam study adobe. Nehiii. Menjahit manik dan buat qulling lagi berbaloi.



Lepas edit mengedit header untuk beliau, tetiba terdetik di hati ini tentang sesuatu. Macam nak tukar template baru. Agak berusia jugak template yang saya guna sekarang. Tapi.. saya nie spesis yang kalau suka tuh akan sayang lama-lama. Tu yang susah tuh. Hadoi. Selalu jugak terjumpa template yang sangat mabeles dan meletop letop, tapi tu la, serius sayang nak tukar. Plus, kalau tukar template mesti nak kena buat header baru yang mana kena edit edit sebab nak bubuh muka saya yang gojes itu. Jadi, alamatnya, sila simpan hajat dan angan angan anda itu. Tunggulah setahun lagi, baru kita tukar ya. Mari jahit manik yang bertimbun itu, , mari buat 5 kad qulling dan mari siapkan lagi 80 ketul rama rama comel. Owh, satu lagi, mari siapkan assignment kakak dan rakan rakannya. Muahaha. Selain suri rumah sepenuh masa saya juga mengambil upah membuat assignment orang. Sekian. Tata.















PdanS : Rakan saya itu mahu bergiat aktif kembali ke dunia blog untuk misi misi Herbalife beliau. Sapa nak jadi kurus, sehat, segak bergaya boleh la makan angin ke blog beliau ya. KLIK SINI

Saturday, March 17, 2012

Adusss.


Menyetelkan sesuatu benda yang tak settle settle yang bukan disebabkan kita, tapi masalah mereka mereka yang lepas tangan dan kemudian di push pulak oleh insan insan sekeliling sangat membuat diri jadi fedup.  Menunggu menunggu dan terus menunggu. Pening kepala rasa nak muntah mutah. Stress!!!




Mood : Astro kat rumah rosak!!! Muahaha. Stress bagai menyetelkan masalah negara saja !!  

Serius rasa pening sampai nak muntah. Dah la baru je sempat beramah mesra dengan astro selama 4 hari. Mak kemain gembira tengok Ustaz Don mengajar. Sampaikan nak jodohkan dan paksa paksa aku kawin dengan Ustaz kacak puajan melaya itu, walaupun sebenarnya tak payah paksa paksa sebab 'Muna redha mak'.  [okeh, abaikan ayat terakhir itu. kahkah =p ] Ayah pulak, semangat tengok ikan keli telan ikan haruan dalam National Geography, Adik tak habis habis cerita bola, badminton, renang, orang lari dalam guni, bawak pingpong dalam sudu, eerrrr, bohsan!!. Aku? Ofkos lah bergelak guling guling bersama HAGIMARU, sampai kakak tegur, gila ka apa. haha. Tolong la paham yang kalau Hagimaru itu ujud di dunia ini, mesti dialah jejaka yang akan saya masuk meminang untuk diri sendiri. Can? Haha.

Tapi semua semua kegembiraan tuh 4 hari je. Lepas tu dekoder dia dah tak boleh nak ON. Report dah di buat hampir 2 minggu, tapi tak ada apa-apa action. Fine astro fine!!! Saya buat aduan kat Utusan padan muka.

Dah, sekian. Saya lapaq dan nak pi jalan jalan. Tata.















PdanS : Teringat perbualan anak beranak 3 bulan yang lalu. Sedang berkumpul ramai ramai bersama adik, kakak dan Che Sayang kechintaan. Dan tiba tiba Che Sayang menyuarakan hasrat hati setelah sekian lama menanti anak daranya habis belajar dan selamat bekerja : "nanti kak muna hang reja mak nak suruh dia...tuh.. tuh.. " Sambil memuncung kan mulut ke ruang tamu rumah. Dalam hati aku, mamposss laa.. mak nak suruh pebesaq rumah ka? Baru baru reja kott.. Mana nak cekau duit..Hahaha.. Time tuh semua tediam, menanti ayat mak, apa yang mak hajatkan "apa tuh tuh mak.. "... "Tu.. orang panggi apa tuh yang ada dalam tv, boleh pasang mengaji, dengaq ceramah ugama tu.."...."Owh.. tu ka.. mak nak suruh pasang astro ka? hahaha.." Tegelak kami adik beradik. Cuak aku. Hadoi.. haha..



Friday, March 16, 2012

Projek X #2



Jarum jemarum peneman diri. Lalalala.

Selamat hari raya!!!!!

Excited nak jait manik kat baju raya.

Padahal, kain baju raya pon tatau kat mana duduk lagi.

Muahaha.

Sekian.

Jom ke Pasar Pagi Esok.

Owh Popia Lazat enak berkrim

Sudah terindu rindu sama kamu!!!







.

Hati yang tersentuh..







Berbutir butir kaca itu turun mengalir. Tidak dapat tertahan lagi. Sangat menyentuh hati aku. 

Ya Allah, beruntungnya insan yang dikurniakan mimpi yang sebegitu.

Ya Allah, sungguh hati ini sangat sangat ingin bertemu dengan kekasihmu, tapi, siapalah aku. 

Insan hina yang hidup diselubungi dosa.

Yang kemudian malamnya memohon keampunan dan taubat dari mu, tapi bila siang menjelma, lupa pada janji yang diungkapkan itu.

Ya Allah, semoga rindu ini sentiasa bertambah kuat.

Semoga kecintaan ini tidak pernah akan pudar.

Semoga hati ini sentiasa dekat dan semakin bertambah dekat...

T_T



"Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia."


 (riwayat al-Bukhari dan Muslim) 














PdanS :
“Wahai Allah Yang membolak-balikkan hati (manusia), palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu" 

Tuesday, March 13, 2012

Tergoda!!! Serius!!!














Apamacam? Hati sangat tergoda tak? Rasa macam melting lalu kena usung masuk peti ais tak?Saya RASA!!!!Sangat sangat cantik kan?? Sangat sangat sangat suka!!!! Usha kat kedia online dia sangat sangat sangat lah mahal. RM80 hengget kot. Bila try kelebek kelebek balik cara jahit dia, macam boleh jait sendiri jeeee kan. Hihi. Ok. Mari cuba jaya!!! (uish. satu perenggan saja dah ada 9 word SANGAT. Memang sangat sangat tergoda lah)

Berdoalah semoga ada masa untuk try nak reka hentam hentam supaya jadi macam nie. Tapi kain ada 4 pasang yang tak terjait lagi. Ada hati nak pi beli tambah lagi ya? Tudung ada bertimbun timbun tak dijahet manik lagi. Dan qulling ada 80 ekor rama rama yang tak siap lagi. Muahahahaha. Tolong sedar yang kamu hanya ada 2 tangan dan 2 kaki sahaja ya Munawwarah. Pelis siapkan kerja yang bertimbun itu dulu. Tata.  













PdanS : Bercuti cuti separuh semenanjung malaysia sat. Hihi. Bunda, ayahnda, dan kaum kerabat mau ke KL, Melaka dan Perak. Selamat tinggal blog dan FB. Tata. Jumpa di KL. Hep. Terasa macam nak duduk kat KL dua tiga minggu sat. Lepas tu baru balik rumah. Hurm. Terasa tak?

Monday, March 12, 2012

Projek X


Sesuatu yang sedang gigih diusahakan.

Gigih sampai jam 12 tengah malam.

Sampai perut jadi lapaq.

Sampai mata tak tertahan.

Semoga berjaya!!!!




















PdanS: Bila dah ada sedikit ilmu jahit menjahit nie, macam macam benda nak berangan. Nak design and jait baju kawin sendiri laa, nak buat tudung and veil kawen sendiri laa, nak bukak butik tudung laaa, pendek kata semuanya berkisarkan jarum dan benang. Hadoiyaiii, padahai penah buat baju baru 2 helai, tu pun ketat kat bontot. Jait manik pulak, baru separuh jalan. Dah ada hati macam macam. Kehkeh. Tak mengapa. Bukankah kejayaan itu bermula dari angan angan. Angan angan yang disusuli dengan usaha, akan membuahkan hasil, tapi berangan angan tanpa usaha, hanya jadi mimpi dimalam hari saja... Nite!! Jom mimpi indah ^_^ 

Sunday, March 11, 2012

Quote #22






Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.



Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?







- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


.

Saturday, March 10, 2012

Musim menggemokkan badan.


Cuti sekolah sudah 2 hari bermula, jadi, undangan majlis kawin tersangatlah bersepah sepah. Sehari sampai lima nam buah rumah. Dan mak ayah pulak kalut nak usung semua anak anak mereka untuk dibawa ke sana. Adus, gemok la kalau macam nie. Baru plan nak diet. Serius nak diet, tapi bila dah berdepan dengan ayam masak merah, nasik minyak yang kismis bertimbun timbun, daging rendang tok, daging cicah air asam, gulai rebung. Adussss. TERPAKSA la MEMAKSA diri makan jugak, sampai orang lain dah siap sudah, aku still lagi dok sibuk mengunyah. Muahaha. 




Hai. Nama saya baju kurung moden baru. Beliau diatas yang jaitkan. Segak tak saya besama tuan saya. Kehkeh. Sekian. Kami nak pi makan kenduri. Tata. 











PdanS : Menjahit dan menjahit terus menjahit... 

Friday, March 9, 2012

Tips untuk edit gambar.




Before







After



Download Lightroom. 

Download PhotoScape. 

Tidur jam 2 malam. 

Suruh kakak beranak anak ramai ramai.

Sekian. Semoga membantu.

=P











PdanS : Kadang kadang, tak perlu kamera canggeh untuk dapat gambar cantik. Yang penting bijak cari angle yang menarik besertakan sedikit ilmu edit mengedit. Dah boleh dapat gambar yang menarik. Tapi kalau ada camera canggeh, uishh, lagi lagi lagi lagi lagi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la sangat bagus. Gambar bombastik, hati puas!!! ^_^

Wednesday, March 7, 2012

Duhai malam malam kebiasaan.




Hai. Hai malam. Hai saya yang belum bermata mata setim. Hurm. Apa yang mahu di catat ya malam ini. Hurm. Hurm dan Hurm lagi. Entah.

Diri belum mendapat pekerjaan yang dapat membuat duit bertimbun dan masa tak ada, diri jadi sibuk, serta hati tak suka. Belum lagi. Masih di rumah, membuat kerja kerja yang hati gemarkan, yang hati rasa bahagia, hati jadi tenang. Ya, even kerja itu tak dapat buat duit berkepuk, tak boleh memiliki kereta idaman kalbu, tak boleh beli kasut banyak banyak, baju macam macam, handbeg berjenis jenis, tak mengapa. It's ok. Janji saya bahagia dengan life sekarang.

Kadang kadang, bila di fikirkan balik nak je life hidup macam nie sampai bila bila, bangun pagi kemas rumah, sampai jam 9 buat kerja yang kita suka, bila dah ke pukul 12, masuk dapur, masak masak. Tengah hari makan berjemaah dengan keluarga, petang tidur, atau kalau rajin buat kerja kegemaran hati lagi. Bila dah sampai jam 5, keluar rumah, main badminton, jalan-jalan luar, sapu sampah or bersembang sembang dengan jiran. Bila malam, kemas dapur, tengok tivi, buat kerja kegemaran hati lagi dan tidur. Itulah jadual hidup saya seharian. Tak serabut. Tak ada letih or penat balik kerja, masa kosong banyak, masa yang nak di isi dengan ibadah, majlis ilmu pun banyak. Berada dengan family 24hour. Bila bila saja boleh bergurau senda dengan bunda, boleh peluk cium dan penyek penyek pipi bunda macam selalu saya buat kat anak anak kecil saya, hihi. Bahagia kan. Sangat!!!

Tapi sampai bila nak begini. Entah lah, kadang-kadang bila hati terlalu bahagia, terus berharap agar semua kerja yang dipohon tak dapat. Boleh teruskan life sebegini. Tapi, bila nak di balas jasa mak ayah. Bila nak hidup berdikari? Bila nak hidup dengan hasil titik peluh sendiri?

Kemudian, bila difikir fikirkan balik, beruntungnya aku. Masih punya mak ayah. Boleh bergantung harap pada mereka. Syukur sangat sangat!!!

Hari tuh, ada terbaca satu kisah. Kisah tentang doa yang dipohon: Ada seorang hamba Allah ini sangat kaya-raya, punya perniagaan yang besar sampaikan beliau tiada masa untuk beribadah kepada Allah. Satu hari dia memohon satu doa kepada Tuhan, supaya di beri kelapangan kepadanya, agar dapat dia boleh beribadah kepada Allah. Setelah beberapa bulan, dia telah difitnah lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dia sangat bersedih hati dengan semua kejadian yang menimpanya. Bulan berganti bulan, hari berganti hari, sewaktu di dalam penjara barulah dia sedar yang sebenarnya apa yang dia mahukan, yang dia pohonkan, telah dimakbulkan Tuhan. Tapi bukan dalam bentuk yang dia inginkan. Sekarang dia punya masa yang sangat sangat terluang kerana berada di dalam penjara dan tidak perlu lagi bersusah payah mencari wang kerana makan minum sudahpun tersedia di situ. Masa masa yang terluang itu, dapatlah dia gunakan sepenuhnya untuk beribadah kepada Yang Esa.

Tuhan mengmakbulkan Doa kita dalam pelbagai bentuk. Ada yang melalui kebaikkan dan ada yang melalui keburukkan. Keburukkan supaya kita dapat berfikir dan lebih menghargai selepas menperolehinya. Dan bila Tuhan tak memberi seperti yang kita pohonkan, malah diberi dengan pelbagai ujian serta kesulitan, jangan mengeluh, sebenarnya Doa kita telah dimakbulkan, kita saja yang tidak sedar.  Berfikir secara positif dengan yang baik baik saja kepada Pencipta kita, dan renung renungkan kembali semua yang terjadi itu.

Bila dikenangkan cerita ini, dengan doa doa yang saya pohonkan, hurm. Ya, Tuhan dah makbulkan, memanglah saya tidak punya kerja yang tetap. Tapi di sebabkan itu saya punya masa yang terluang dengan banyak sekali, agar saya dapat berbakti pada mak ayah, agar dapat saya beribadah padanya. Semoga masa masa yang ada nie saya gunakan sebaiknya.














 ,

Tuesday, March 6, 2012

Not just a song..




Pernah dengar lagu Pokok by Meet Uncle Hussein? 

Sekarang, macam menjadi kegemaran, bila di alunkan sesuatu muzik, hati mesti akan cuba dihayati maksud dalam tiap bait kata. Dan, lagu pilihan hari inilah adalah.... POKOK!!!! Hihi.

Lagu nie, bila dilihat kembali lirik lirik nya, difahami balik, ya, betul, apa yang di sampaikan oleh penulis, Itulah realiti kehidupan. 




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Yup, kita selalunya bukan malu, tapi malas untuk bertanya sesuatu yang kita tak tahu. Tak tahu pasal agama, tentang stuyd, tapi tetap masih mahu duduk berdiam diri saja. Dan ahirnya tersesatlah jalan. Tak tahu pasal agama, tanya. Jangan bodoh sombong. Jangan malas untuk ambil tahu. Sekarang semua dihujung jari.


Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Dalam hidup harus berusaha dan terus berusaha untuk mencapai impian kita, andai masalah menimpa, andai ujian datang tiba, usah putus asa. Kerna Yang Esa tetap ada. Ada untuk membantu dan mempermudahkan jalan kita. 


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Semua benda kita mahu, kita inginkan, tapi kita lupa yang kita tak perlu akan semua semua benda yang dimahukan itu. Dan kita sedaya upaya juga memberi seribu alasan agar yang dimahukan tapi tak diperlukan itu di miliki. Hohoho. Itulah yang selalu dan sangat selalu terjadi pada aku. Kahkah. Tak dapat bezakan keperluan atau kemahuan yang ahirnya membawa kepada pembaziran. Owh, duniaa...



Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Setiap jalan yang kita pilih, yang kita lalui, tidaklah mudah, tidaklah susah. Semuanya bergantung pada diri kita, bagaimana kita berdepan dengannya. Kan.


Dah dah. Jom naynyi pulak!!! ^_^


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok







PdanS :  Agak bosan dengan lagu lagu cinta yang lirik tah apa apa. Lirik langsung tak memberangsangkan. Asyik memuja pada cinta kekasih mereka saja. Hati hati. Kadang kadang boleh membawa syirik. Selamat pagi. Mari Bekerja !!!!

Sunday, March 4, 2012

Sembang anak beranak.


Seperti pagi pagi kebiasaan, si anak sangat rajin menggulung kertas warna warni untuk dijadikan rama rama comel. Kemudian, si ibu datang, duduk di sebelah.


Anak : Mak, dah lama kita tak pi Aloq Staq kan..

Mak : Tu laaa, mak pun rasa gak.

Anak : Haaa??? (Tegejut, sebab si anak hanya cakap main main saja)

Mak : Mak nak pi beli kain pasang la, lepas tu nak cari kain buat telekung, nak beli bla bla bla...

Anak : Haaaa??? (Masih terpegun lagi dengan jawapan si ibu tadi)


Setengah jam kemudian.



Mak : Siap-siap... Ayah bagi pi.. (Sambil senyum sampai telinga)



Tata. Kami nak pi Aloq Staq. Lalala.











PdanS : Sedang menggoda emak dengan sesuatu yang lama sangat hati ini kepinginkan. Sangat sangat nak!!!! Semoa dimurahkan rezeki. Aminnnnnnn.

Paksalah...




Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? sampai mati?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.




Friday, March 2, 2012

Sejuk sejuk DAY

Jam menunjukkan jam 11.45 menet pagi. Dan penulisnya masih belum mandi mandi lagi. Well, di hari hari yang panas membahang pun beliau memang akan mandi di kala kala petang menjelma, inikan pula dikala sejuk sampai terasa ke tulang benulang. Alamatnya, esok lah mandi. Can? haha. Nehiiiii, jangan sayang. Tak baik untuk pernafasan seisi rumah. Nanti pengsan orang.

Hep, Hari nie bekerja dengan tekun. Dari jam 9 pagi tadi sampai jam 11.30 sangat bersemangta. Ya lah, sekarang nie semua benda aku nak buat. Tatau mana satu yang nak dikerjakan. Bersusun-susun punya kerja. Dengan quilling kawan tempahnya. Nak belajar adobe lah, nak edit gambar lah. Project tudung manik nya. Belajar menjahit lagi. Jait baju yang tak kain tak siap siap lagi. Dah dah cun melecun. Kain tak jadi jadi lagi. Huhu. Lepas tu berangan nak ambik tempahan kek karamel lah. Muahaha. Semuanya aku nak buat ya. Sangat tamak. 

Tamak ke? Hurm. Tah la. Tapi aku sangat berkobar kobar nak cari duit. Nak simpan duit untuk satu misi.  Semoga Tuhan memurahkan rezeki aku. Perkara, hajat, niat yang baik mesti tuhan permudahkan. Kan. Okeh. Jom mandi !!!! 







.

Dairi hari ini. Aiceyceyyy.. Haha




Fuhhhhh.. Baru boleh bernafas. Baru boleh rest sebentar. Baru boleh duduk dengan tenang. Dah boleh tarik nafas lega. Owh Tuhan... Letih sungguh hari nie.

Hari nie jadual sangat sangat full. Dari bangun subuh, sampai baru beberapa menet tadi, nie baru nak duduk dengan aman. Sudah-sudah subuh kemas rumah apa bagai. Jam 9 start jait baju dengan tekun sekali sampai jam 12 tengah hari. Hasilnya, jeng jeng jeng!!!! Siap jubah pertama saya. Tak sia sia memotong kain semalam dari jam 9 malam sampai 12 tengah malam. Pagi nie dengan semangat yang berkobar kobar terus sambung lagi misi itu sampai siap!!! 

Okeh, lepas siap baju, berhempas pulas di dapur untuk sebijik kek karamel yang enak berkrim di sukai ramai. Ceywahhhh.. Hari nie Mak Su sekeluarga datang berkampung dari pagi  sampai sebentar tadi baru pulang. So, bila ada tetamu nie, mesti nak jamu yang sedap sedap. Lepas tu tolong mereka mereka buat bihun sup soto, kemas kemas  dapur. dah siap, makan makan. Lepas makan buat apa ek, tah tak ingat pulak, tapi dah jam 3 lebih dah laa.. Sambil dok menyembang menyembang. Boleh telelap satt. Bangun bangun dah nak dekat jam 4. Time tuh baru ada kesedaran nak mandi. Kahkah.



Lepas mandi, sembahyang apa bagai, di jenguk jenguk kek karamel yang buat tadi, aiyoyooooo, dah habis licin. Dan tetiba saja ada request untuk buat sebijik lagi. Tanpa di buang masa terus buat bersama kanak kanak riang jajah dua dan jajah empat. Membantu jugak laaa.



Sementara nak tungguh kek masak, prepare minum petang untuk rakyat jelata yang ramai dalam rumah nie. Che Sayang buat peknga yang paling lazat pada kurun ini. Makan ramai ramai dengan soto yang dimasak tengah hari tadi. Uishhh, dikala kala sejuk sejuk hujan maacam nie, bagi roti kering cicah kopi pun sedap tak tekata dah. Inikan pula ada makanan yang enak enak. Alhamdulillah. 

Okeh. Itu saja cerita dan aktiviti hari ini. Even nampak besa besa saja, dan "elehh, kerja aku hari nie tarah gunung dengan tebang balak tiga ploh nam batang, tak bising ponggg"  Sapa suruh engkau tak bising?? Tapi percayalah, saya  wanita biasa yang sangat tak punya kudrat yang hebat, sangat sangat letih dengan kerja hari ini.

Terpanjang pulak kisah ini. Ingat nak bagi serangkap dua pantung saja. Kahkah. Nama pun diari kan. Suka hati la. Dulu aku ada diari. diari buku-buku je. Mana ada nmedan medan blog canggeh nak akarang macam nie. Time tuh internet hanya tahu untuk chatting MIRC saja dengan mengunakan nama glemer jA5N1Ta (Jasnita), kira kalau ada nama boleh mix mix dengan angka,  canggeh dan hebat arr time tuh,  buat semua remaja remaja jantan yang higusan sibuk nak berkenalan. Kahkah. Zaman dulu dulu punya cerita.

Aku start tulis diari dari form 2 lagi dan secara serius yang di update setiap hari adalah masa form 4. Macam macam aku tulis. Dan yang best dan sangat memberi sentimental value sebab aku yang buat sendiri. Dari buku latihan yang dapat free, color hijau kuning, tulis majlis sukan negeri kedah kot. Buku tu aku balut cantik cantik dan buat diari..





Berbekalkan  3 buah buku yang diberi untuk belajar dan buat kerja sekolah ini, aku telah mengolahkannya menjadi sebuah diari yang paling aku suka.





Eh, aku minat avril ka? hurm. Not sure, tapi kat pintu almari aku ada poster Avril. Mungkin jugak. Tapi masa tuh memang Avril tengah glemer pun. Lagi satu, bila time time sekolah dah minat penyanyi omputeh nie, lepastu pelekat gambar derang kat meja la, buku la, mesti nampak pacam, perhhh!! coolnya budak tuh. Kan kan?? Haha.  Cey aku letak muka M Daud kilau ka, mesti mati mati aku tak kan ambik gambar bubuh dalam blog nie.




 Okeh, page pertama mestilah bubuh gambar sendiri dengan sedikit pengenalan. Tak pasti kenapa diari sendiri mesti kena ada biodata, nak kenal kenal dengan diri sendiri kah? Macam la nak bagi orang lain baca. Hurm. Sebab i gemar kan ros sejak dari dahulu lagi, jadi ros kering harus ada dan dipelekat di sebelah biodata yang tak seberapa itu. Kehkeh. Dah page pertama jugak, agak special, bila di buka, boleh di buka lagi? Haaaa?? Apa tuh? Buku apa bila kita buka? Lepas tu boleh buka lagi. Wow, canggehnya diari saya. Boleh di buat teka teki. Haha. If, di bukak lagi, ada gambar mak ayah dan beberapa potong ayat akur janji. Janji syoq sendir la time tuh. Tulis dan baca sendiri. Tak akur sangat pon. Haha.  Diari nie banyak berkisarkan kekonflikan diri aku yang tak nak duk hostel dan kisah kisah monyet yang tak seberapa. Monyet baru nak belajar begayut. Biasalaaa. Diari nie memang setiap hari di update dan aku kadang kadang, bila bosan bosan akan buka baca balik. Kemudian gelak bedekah dekah untuk diri sendiri. Kenapa laaa, sangat tak matang. Macam haissss, kenapa la tidak cedik sangat(nak tulis bodo piang tak sampai hati)





Diari nie pulak, di kala tahun pertama aku menjejakkan diri di KUKTEM or sekarang dah bunyi lain. Bunyi UMP. Bukan Ump yang bila makan sedap kena sebut umpp, bukan bukan. UMP Universiti Malaysia Pahang. Haha. See, aku memang suka nak memanjang manjangkan cerita macam la orang tak tahu UMP tu  apa. Mungkin sebab nie kot aku boleh ada diari di sejak tingkatan 2 lagi dan mampu tulis dengan sangat berperenggan renggan. Hahaha. BTW. Cuba baca grafiti yang tak berapa nak grafiti sangat tuh. Tahu aku tulis apa???  Haaa!! Sapa betul aku jamu kek Karamel. ^_^



.

Diari yang jarang di update. Life dah sangat bizi bila bergelar pelajar Universiti. Dalam masa yang sama,  aku sudah punya sebijik laptop canggeh dan dah mula berkenalan dengan apa itu notepad. Semua cerita dan aktiviti setiap hari dah di upadate kat situ. hihi. Seperti biasa, muka depan diari mesti akan ada gambar mak ayah. Konon macam pembakar semangat untuk belajar lah. Konon lah. Result tak gempak jugak. Lepas tu serangkap dua lagu lagu kegemaran. Dulu suka lagu Siti, Percayalah. Selalu nyanyi sambil berperasan suara dah nak sama dengan Siti laaa!!! Pitching dan sampai!!! Serius!!!

Okeh. Itu saja kisah malam ini. Kisah yang hanya nak cerita hari nie buat apa, yang mula mula budget dalam 2 perenggan lepas tuh nak tata masuk tidoq, tub tub. Tengok laah. Engkau pun takmampu nak baca, scroll tengok gambar yang tak berapa menarik nie je kan. Okey tata.. Lebiu. Serius lebiu!!!! ^_^











.