❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 29, 2012

Semakin dekat dengan hari itu..



Semakin hari, dirasa semakin dekat dengan hari itu. Kadang-kadang, bila berseorangan, ditenung pintu bilik, hati tiba tiba terasa sesuatu, tetapi terus cuba dinafikan rasa itu. Dalam hati terus berdoa agar tiada siapa yang cuba mengetuknya, tiada lelaki berjubah putih, tiada lelaki berserban putih, tiada siapa siapa pun yang datang menjenguk.

Berdampingan dengan banyak rakan rakan yang terlebih dahulu dijemput olehNya, buat hati sentiasa gelisah. Adakah itu tanda tandanya. Adakah sengaja Tuhan perlihatkan agar diri sentiasa bersedia. Ya Allah, ambillah nyawa ini tika aku telah bersedia. Tika bibir tidak lekang memuji mu, tika hati selalu mengingati mu, tika mata sentiasa basah kerna memohon ampun dariMu..

Kak Fina, roomate sewaktu di tingkatan satu. Sangat rapat dengannya. Selalu berutus surat sewatu dia bertukar ke sekolah lain. Sama-sama mencari kerja tika aku tamat SPM. Tapi tuhan lebih sayangkan dia. 

Nor Sofina, classmate dari tinggakatan satu sampai tiga. Juga rapat dengannya. Mempunyai minat pada lelaki yang sama iaitu Mirnawan Nawawi. Selalu berebut dan angan bersama, siapa yang lebih hebat untuk menakluk hati Pemain Hoki Negara itu. Tapi sayang. Kisah hanya tinggal kisah. Di jemput Tuhan tika diri baru beberapa bulan di UMP. 

Farah Dilla, Dormate sewaktu di hostel sekolah teknik dahulu. Masih segar lagi di ingatan, tika SPM menjelma, study di library dan arwah mengambil tempat di hadapan aku. Dari situ aku mula rapat dengannya sehinggakan sanggup membuat sekeping kad untuk teman istimewanya.

Cik Soh, jugak classmate aku sewaktu tingkatan 4 dan 5. Juga menemui ajal di usia yang muda.

Kak Meecha, roomate aku sewatu short sem di UMP. Pergi meninggalkan seluruh isi dunia pada masa yang tidak dijangkan jangka.

Dimana saja kaki ini dijejaki, pasti ada seseorang yang aku kenali akan dijemput dahulu. Ya Allah, sudah diberi tanda-tanda itu. Sudah kuat membuktikan yang mati itu tidak kira usia. Tidak kira bila. Tidak perlu penyebabnya. Sedang tidur, sedang makan, sedang berjalan, sedang ke masjid, sedang ke tempat kerja, sedang ke pub, sedang bersama teman lelaki, sedang aurat masih terbuka, sedang membuat maksiat, sedang belajar, sedang membaca Al-Quran, sedang membaca blog, mahupun sedang menaip entry, andai masa itu telah tiba, tidak sesaat pun di tangguhkan. Semoga mati aku dalam keadaan di jalanNya.. Aminn..

Astaqfirullahhalazim... Ya Allah, aku belum bersedia...
















PdanS : "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan." Aku tak punya anak yang soleh, tapi aku masih ada peluang untuk 2 perkara yang lain. Ilmu aku? Masih sedikit yang disebarkan. Sedekah aku? Masih kurang yang dikeluarkan... Hurmm...
.

No comments: