❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 29, 2012

Semakin dekat dengan hari itu..



Semakin hari, dirasa semakin dekat dengan hari itu. Kadang-kadang, bila berseorangan, ditenung pintu bilik, hati tiba tiba terasa sesuatu, tetapi terus cuba dinafikan rasa itu. Dalam hati terus berdoa agar tiada siapa yang cuba mengetuknya, tiada lelaki berjubah putih, tiada lelaki berserban putih, tiada siapa siapa pun yang datang menjenguk.

Berdampingan dengan banyak rakan rakan yang terlebih dahulu dijemput olehNya, buat hati sentiasa gelisah. Adakah itu tanda tandanya. Adakah sengaja Tuhan perlihatkan agar diri sentiasa bersedia. Ya Allah, ambillah nyawa ini tika aku telah bersedia. Tika bibir tidak lekang memuji mu, tika hati selalu mengingati mu, tika mata sentiasa basah kerna memohon ampun dariMu..

Kak Fina, roomate sewaktu di tingkatan satu. Sangat rapat dengannya. Selalu berutus surat sewatu dia bertukar ke sekolah lain. Sama-sama mencari kerja tika aku tamat SPM. Tapi tuhan lebih sayangkan dia. 

Nor Sofina, classmate dari tinggakatan satu sampai tiga. Juga rapat dengannya. Mempunyai minat pada lelaki yang sama iaitu Mirnawan Nawawi. Selalu berebut dan angan bersama, siapa yang lebih hebat untuk menakluk hati Pemain Hoki Negara itu. Tapi sayang. Kisah hanya tinggal kisah. Di jemput Tuhan tika diri baru beberapa bulan di UMP. 

Farah Dilla, Dormate sewaktu di hostel sekolah teknik dahulu. Masih segar lagi di ingatan, tika SPM menjelma, study di library dan arwah mengambil tempat di hadapan aku. Dari situ aku mula rapat dengannya sehinggakan sanggup membuat sekeping kad untuk teman istimewanya.

Cik Soh, jugak classmate aku sewaktu tingkatan 4 dan 5. Juga menemui ajal di usia yang muda.

Kak Meecha, roomate aku sewatu short sem di UMP. Pergi meninggalkan seluruh isi dunia pada masa yang tidak dijangkan jangka.

Dimana saja kaki ini dijejaki, pasti ada seseorang yang aku kenali akan dijemput dahulu. Ya Allah, sudah diberi tanda-tanda itu. Sudah kuat membuktikan yang mati itu tidak kira usia. Tidak kira bila. Tidak perlu penyebabnya. Sedang tidur, sedang makan, sedang berjalan, sedang ke masjid, sedang ke tempat kerja, sedang ke pub, sedang bersama teman lelaki, sedang aurat masih terbuka, sedang membuat maksiat, sedang belajar, sedang membaca Al-Quran, sedang membaca blog, mahupun sedang menaip entry, andai masa itu telah tiba, tidak sesaat pun di tangguhkan. Semoga mati aku dalam keadaan di jalanNya.. Aminn..

Astaqfirullahhalazim... Ya Allah, aku belum bersedia...
















PdanS : "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan." Aku tak punya anak yang soleh, tapi aku masih ada peluang untuk 2 perkara yang lain. Ilmu aku? Masih sedikit yang disebarkan. Sedekah aku? Masih kurang yang dikeluarkan... Hurmm...
.

Quote #20



"Lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan murka Allah. Bijak membuat pilihan, lelaki bagaimana yang bakal dijadikan imam keluargamu wahai wanita"






"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik"






"Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia."





.

I asked.





“I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve.
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help.
I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed – Alhamdulillah.”





.

Monday, February 27, 2012

Kek Karamel yang mengiurkan.



Kenapa duduk rumah sendiri sangat heaven? Salah satu sebab adalah: apa yang nafsu kemarukkan dapat dilayann dengan mesra sekali tanpa ada sedikit pun masalah. Masalah seperti kelengkapan periuk, belanga, oven, mixer mahupun bahan bahan. Kalau bahan bahan tak cukup, ada menteri kewangan yang akan salurkan. Dana kerajaan, memang harus diperabiskan demi kesejahteraan rakyat dalam rumah. Timkiu Menteri Besaq AKA Tuan Ayah!! Lebiu ketat ketat lahhh!!! Lepas tu kalau bahan bahan tak cukup jugak, ada office boy yang semangat gila bab bab nak buat kek nie yang sudi nak pi kayuh beskal pi beli sat. Jadi, apa masalahnya sekarang?  Tak ada kan. Cuma malas atau rajin sahaja nak memasak.

Dah lama hati teringin untuk mencuba kek karemel, dah lama menuntut dengan sepupu ilmunya, tapi tak pernah pernah di cuba lagi. Minggu lepas, diberi kekuatan yang luar biasa, dengan bantuan kakak dan adik lelaki, berjaya jugak di  laksanakan misi itu.

Dan hasilnya.... Lihatlah gambar rajah yang begitu mengiurkan iniiiiii.. Saya time edit pun air liur dok mercik pot plat pot plat, sampai penuh skrin. Tak larat nak lap dah nie. Haishhh. (HyperbolaSungguhBeliau)




1st Trial 









Second time. 




So? Apamacam? Dah berapa baldi dah air liur engkau meleleh. Hahaha. Cehhh.. Tanya soalan macam la bagus sangat kek engkau. Owh, jangan tanya resepi. Google sendiri lah yer.. Haha.. Sebab resepi dia adalah dalam bentuk karangan SPM yang ada 8 perenggan. Pajang. Macam segan pulak nak letak.  Resepi orang lain canggeh canggeh. Bentuk point point je. Resepi aku. Errrrrrr.. Kalau nak buat google sendiri la ye. Hihi. Okeh Tatau.













PdanS : Sangat berkeinginan nak buat Pavlova. Dah usha resepi. Sangat mudah. Tapi tang buah buah campur atas tuh. Nak bubuh apa. Kat Yan nie celah mana nak cari Stawberi, rasberi?? Memang tak dak lah. Kalau Biribiri ada laaa. Hurm. Kalau taboq buah pelam, isi nyoq sikit, buah belimbing belakang rumah, agak agak boleh kot noo. Hahaha. Tata

Saturday, February 25, 2012

Hantu Celop Tepung






Wow wow. Relax relax. Jangan tutup lagi. Haha. Tak payah mengucap panjang panjang. Tu bukan hantu bedak sejuk atau hantu tepung beras ke hapa. Itu adalah pemilik blog bila malam menjelma. Muahahaha. Relax ya. Tak payah gelabah gelabah.

Semua semua nie disebabkan kulit wajah mengalami keparahan yang di tahap kritikal sehinggakan sepupu yang comey lotey, baru umur tujuh tahun, apabila melihat wajah saya, tetiba boleh berkata "Eeeeeeee.. kenapa dengan muka kak muna"...Apa?? Eeeeeeeeee? Terguris hati kecil mak tauu. 

Kemudian siang tadi maktam datang rumah dan dia pun menyurakan benda yang sama. "Awat muka hang makin teruk nie?"..

Waktu dah bersiap siap nak pergi makan kenduri, mak pulak tegur, "Tudiaaa, bederet jerawat.."

Uwaaaaaa.. Stresss stresssssss!!!!! Stresss dengan jerawat yang bermaharaja lela. Ya, saya sangat perasan, kalau saya stress, jerawat akan naik dengan sangat dasyat. Tapi sekarang nie stress dengan apa ek? Hurmm.. Stresss dengan jerawat la kot. 

Entah la. Macam macam dah cuba. Makan pill, sapu ubat. Sapu air zam zam.  Nak kata makan tak kawal, tak ada la makan yang berminyak sangat. Sekarang nie lagi la cuba kurangkan makan sebab on diet lah konon. Tapi still naik jugak. Hurmm. Why ek?

Orang cakap, kalau dah kawin nanti jerawat akan stop naik. Dan hipotesis yang di buat pada maksu, kakak A dan kakak B telah dibuktikan benar. Hurmmm. Begema tuh? Haruskah disuarakan pada emak seperti  "Makkkk, rasa kena kawin la, baru jerawat boleh hilang"  Ya, sebab nak bagi hilang jerawat, bukan sebab gatal nak belaki. Kehkeh..

Sekian






.





Friday, February 24, 2012

Ciri Ciri Bakal Suami.



Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.




Pertama: Agama.

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]




Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]



Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.



Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.


Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.


Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.




Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.



Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.



Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]


Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.








Sumber dari SINI









PdanS : Hurm... boleh ke dapat seperti semua semua di atas. Seperti agak sukar di zaman begini. Tak semua orang sempurna. Mesti ada sedikit kekurangannya. Tapi, ia tetap boleh di sempurnakan bila kita cuba untuk menjadi. Bukan mancari yang sempurna. Jadi yang sempurna dahulu, InsyaAllah akan di pertemukan dengan sesempurna yang di cari itu. Janji Allah benar. 


Mabrouk!! Mabrouk!! Mabrouk!!!



Mabrouk untuk kesayangan saya kerna sudah menyempurnakan separuh dari agamanya. Siang tadi sudah sah bergelar seorang isteri. Terasa sedikit terkilan sebab tak dapat hadir ke majlis perkahwinan beliau di Kelantan sana. Ya lah, saya masih pengaggur yang menternak badan dan jerawat saja kerjanya. Mana ada sumber kewangan lagi. Semuanya masih bergantung harap pada Si Ibu dan Ayah. Tak mengapalah, walaupun jasad tak dapat berada di sana, tapi doa untuk kedua mereka kekal bahagia selamanya, InsyaAllah, akan sampai...




Gambar ehsan Facebook. ^_^




.






Dikala-kala ini teringat pula kepada kawan saya yang manis ini... Alahaii.. Rindunya sama beliau, rindu nak gelak-gelak, sembang sembang, masak masak, lepas tu plan macam macam benda yang selalunya tak menjadi.. haha..















PdanS :  Dan saya??? Bila dapat disempurnakan separuh dari agama saya itu??... Hurmm..

Thursday, February 23, 2012

Tazkirah Jumaat




Ada org mati dalam accident kereta hancur tapi jenazahnya senyum dan kita dapati radio kereta sedang mengalun alQuran. Sama renung macam mana jenazah kita agaknya. Hidup hari ini dgn membayangkan kita semua bakal jenazah. Maka insyaAllah tidak akan bayk maksiat. Kaum wanita sekelian lihat pakaina kita hari ini. Hargai nilai kita ekslusif utk suami.


Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dala syurga. Ornag bijak bukan org yg cerita masaalah difacebook tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masaalah. He tikan mengharap pada manusia. 


Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan tenang. Kalau hati tidak tenang tanya diri berapa kali kita ingat Allah




Copy and paste dari Prof Dr Muhaya




















PdanS : Sangat suka dengan semua kata kata dari beliau. Sangat sangat Inspire me. Lately nie apa yang saya baca, apa rancangan di Tv yang saya tontoni, sangat berkait rapat dengan apa yang sedang saya rasa. Mungkin petunjuk dari tuhan, supaya saya tak lalai, sentiasa mengingatiNYA. Ya Allah, besarnya kuasaMU... 

Cara Nabi Tidur.



Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.

Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.

Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:

Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

Tidur dalam keadaan suci.

Tidur dalam keadaan berwuduk.

Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.

Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.







.


Wednesday, February 22, 2012

Nur Medina


Cepatnya masa belalu, pejam celik pejam celik sahabat baik saya dah selamat besalin, rasanya baru je semalam dok main beranak beranak kat atas katil hostel UMP dulu, sambil jalan kenkang kenkang, perut pegi dulu, sumbat bantal segala bagai, konon nak practice nanti  bila dah mengandung, tub tub, hari nie.. Bukan takat dah mengandung, tapi dah selamat bersalin dah. Tahniah wehh.. Sib baek ada kawan macam aku, boleh practice menda menda tak bejenih macam tuh..kehkeh..





Alhamdulillah. Tersenyum panjang aku  tengok. Yang dinanti sembilan bulan dah selamat tiba. 

Hep Nur Medina disana, Atina sungguh tidak sabar mau peluk cium gomoi gomoi sama kamu. Nanti bila dah besar, jadi anak yang solehah macam Antina tau, jadi cantik segak rajin  macam Antina, jadi pandai macam Babah. Macam Mama? nak jadi apa ha?? Tak yah la jadi macam Mama kamu. Jadi macam Antina sudah. Hahaha.

Oh Mama Medina, hati ini sungguh tidak bersangka sangka bahwa anda sudah bergelar ibu, tidak sabar rasanya mau datang menjeguk anda yang kaki berstokin, tangan kanan pegang tunku, tangan kiri tanggok ndoi medina, dahi di saluti penuh jamu besalin orang kampung sambil menikmati nasik kosong bertemankan  lauk ikan kering dan lada. Alahaii. Sweeeeeetttnyeeeee. Lepas nie tolong behave, tolong berperangan sorang ibu yang ada anak satu, tolong cerita kat Medina yang dia ada seorang aunty yang sangat lawa, segak, rajin dan baik iaitu Antina. Tolong bagi Medina makan kacang panjang banyak banyak dan ajar begayut selalu supaya ketinggian dia tak tebanTOT. Dan ahir kata tolong jangan didik dia berperilaku seperti Sinchan. Hang sorang sudah minat Sinchan. Medina tak boleh hokey!!

















.

Tuesday, February 21, 2012

Hero Saya





Buah hati kat rumah.

Selalu menceriakan hari hari saya.

Jugak selaku mangsa buli saya.

Kehkeh..







.


Tuesday, February 14, 2012

Bedtime story



Hep. Esok saya nak pergi menuntut ilmu. Ilmu rumahtangga. Ceywah. Rumah tangga la sangat. Kahkah. Tak tak. actually nak pergi belajar menjahit. Hati sudah terbuka setelah 2 hari mengposponekan hasrat itu. Semuanya demi pasar hari di hari isnin. Ya, harus dan mesti pergi, sebab kalau tak tengok muka abang yang jual putu mayung seminggu boley pengsan. Kahkah. Serta, harinie macam berat hati sikit nak tinggal rumah bersepah, kasihan sama mak, adik dan kakak. Tak ada orang nak tolong mereka kemas rumah nanti. Boley alasan itu? Kehkeh. Padahal memang malas lagi nak pergi.



.

.



Ok lah. Berbalik kepada belajar menjahit. Ya, saya sangat berkobar kobar nak pergi belajar sebab dalam kepala otak nie dah macam macam betuk rupa baju dah dok melayang layang. Tinggal ilmu tengtang menjahit saja yang Zero.

Sebelum nie, saya ada bekenan dengan beberapa baju tuh, nak beli macam tak sampai hati, ya la, duit pun sangat sengkek. Dah tak boleh membazir macam dulu. So, kena la belajar potong dan jait sendiri. Lagi jimat kot. Semoga, bila dah pandai jahit baju nanti, boleh la try sume sume baju kat bawah nie. Ya!! Yakin boleh!!
















Sekarang nie suka pakai maxi dress, jubah or apa-apa bentuk kain kain yang labuh labuh. Pergi jalan-jalan pun pakai jubah. Orang kawin pun pakai jubah. Mesti mak jadi pelik kan, anak aku nie dah betobat ka? dah nak sampai ajal ka? hoho. Tak, actually lagi selesa pakai kain yang macam macam tuh. Nak jalan pun tak segan, tak payah bimbang pada mata yang memandang sebab tak ada apa yang kelihatan. ^_^












PdanS : Ehemmm.. Hai, ada bau bau macam lemak terbakar tak? Ahaksss. Tadi berjogging. Semoga tak hangat hangat tahik ayam sudah. Nite!!! ^_^

Monday, February 13, 2012

Ikan dilaut asam di darat. Dalam perutku bertemu jua.. ^_^





Apamacam?? Tegoda tak?? ^_^ Dah 2 hari mendapat tender buat asam pedas. Haishh. Dah boleh bukak kedai dah kot. Kehkeh. Semalam guna ikan pari. Hari nie guna ikan temenung. Mak puji ok dari semalam. Ayah cakap boleh tahan. Boleh tahan ayah tambah sampai 3 kali. Macam mana tuh? Haha. Adik, kakak, makan terdiam. Dah tak mengutuk-ngutuk macam semalam. Semalam, baru bagi rasa dah buat muka macam tetelan seketoi asam jawa. Hari nie, makan nasik diam takterkata. Sedap la tuh. Aiceyy. Haha.

Belajar dari kesilapan. So, the moral of the story, lain brand asam jawa, lain tahap kemasaman dia. Asam jawa yang dibeli kat kedai, dalam turpawer apa bagai tuh, tak masam sangat. Bubuh la sebesaq penumbuk engkau pun still rasa besa besa lagi. Kalau asam jawa hat buat sendiri, jangan la. Aku baru je bubuh separuh dari jumlah yang selalu buat kat Parit Raja nuh, dah sangat beri effect yang sangat dasyat. So, lepas nie, tak boleh terus bubuh air asam jawa banyak banyak. Bubuh separuh, rasa dulu dah ok ke tak. Faham? Okeh. Dah belajar tentang satu perkara. ^_^

Sapa nak try buat asam pedas, boleh ambik resepi dari mama wiyah di SINI. Beliau sifu merangkap Chef saya sepanjang berada di Parit King. Hihi. Selamat mencuba. Tata.
















PdanS: Tea Mix dah sampai baru sebentar tadi. Bermula lah episod mendietkan diri. Mari mari.. Semoga berjaya membakar 7 kg yang berlebihan itu. 50kg dalam genggaman!!!! Saya boleh!!! Yakin boleh!!

Kerja owh kerja.



Belajar sudah tamat. So, harus mencari kerja untuk menyara diri sendiri, membeli kelengkapan diri supaya tak ada lagi menagih simpati dari kedua dua ibu bapa. Tapi masalahnyaaaaa.. Oh Tuhan... Kenapa saya sangat malas lagi nak cari kerja. Serius malas. Mahu duduk di rumah bersenang lenang dulu. Tapi, tidak membazir masakah? Membiarkan sebulan berlalu pergi, membiarkan setengah tahun kosong tanpa di isi. Kalau kerja sekurang kurangnya dah ada duit sendiri, dah boleh kumpul .

Actually, mak ayah pun masih belum bisang suruh kerja ka apa. Mak cuma bising suruh pergi belajar menjahit baju, belajar buat kek, belajar buat itu ini. Duit nak bayar yuran dia nak kasi. Tinggal aku je yang nak tak nak. Ya, memang aku semangat nak belajar semua semua tuh. Tapi dalam masa yang sama aku bimbang dengan masa depan aku jugak. Sampai bila nak bersuka ria kat rumah macam nie, even duit bukan masalah sebab kalau nak beli apa-apa keperluan, topup henpon dan segalabagai, mak ayah still support.. hihi.. Tapi sampai bila nak macam nie, kadang kadang berangan jugak nak beli TV yang LCD tuh kat rumah, bawak mak ayah pergi jalan jalan cameron ka(cehh, padahai, aku yang nak sangat pi. kehkeh), beli baju kat kakak, anak buah. Yang paling aku berhajat, nak simpan duit pergi umrah. Sebulah rm500 pun jadi la.. Setahun dah RM6000. Lepas sangat lah nak buat umrah. Tapi tu lah.. Bila nak start kerja nieee?? Tak kan nak membazir masa macam nie saja? Tapiiii.. Tapiii.. Serius malass nak cari kerja, isi resume, pergi jobstreet, apply kat job Malaysia.. Semua semua itu sangattttt malas. Nak tunggu kerja itu datang sendiri. Can?? Haha.

Sekarang nie, kalau nak mintak duit kat mak ayah, kena buat rajin sikit laa.. kemas rumah dengan dasyat hari tuh, tak pun sapu sampah luar rumah, tebas segala lalang lalang, cabut rumput, .. Haaa!! lepas tu kalau mintak nak beli apa pun, ringan la sikit tangan tu bagi duit. Hihi.

Okeh lah, ingat nak kemas bilik malam nie. Tata!!! ^_^






.

Sunday, February 12, 2012

Asam garam, asam pedas, asam laksa, asam masam.

Okeh. Lauk baru je siap masak. Lepas tu hidang-hidang atas meja. Ayaq pun dah siap bancuh, angkat pinggan. Kemudian, nak angkat nasik. Bukak bukak periuk, "makkkkkkkkkkkkkkkk!!! Awat nasik dok berayaq lagi????????"...

Aku dari jauh, kahkahkah. "Tok sah dok buat tanya laa, ang yang masak. Tu la nyanyuk, pikiaq apa tah.. bla bla bla bla pong pang pong pang" Ya la, time aku terlupa nak tekan periuk nasik, ada ja suara suara sumbang yang dok beletiaq sampai ke petang. Sekarang, bila mereka mereka itu membuat salah, harusss di pong pang pong pang balik.

Hadoi, baru excited nak makan nasik berkuahkan asam pedas buatan ayer tangan sendiri. Dah terbantut. Meratah jee asam pedas tadi. Lepas tu sekarang dah kenyang. Sekarang nak mandi, sembahyang, lepas tu tidoq. Hurm. Elok sangat lah tu, budget tak mo makan nasik sebab nak diet, tapi plan tebongkang tidoq sampai kat nak magrib baru bangun tuh, apa kesss? Termasuk plan diet yang berkesan jugak kah?

Okeh, bercakap tentang asam pedas. Adusssss. Kena kondem dengan mak dan kakak, katanya masam sangat. Ya laaa, dah nama pun ASAM pedas. Kompem kompem la mASAM. Hadoi. Tapi kan, kalau di rasa rasa balik, dah persis rasa macam aku belajar dulu kat Parit Raja nuh. Hurmm. Mungkin derang tak penah rasa asam pedas johor kot. Masam masam cam gitu. Aku rasa dah ok dah. Ye la, asam pedas kedah macam lain, masakkan kedah pun rasa dia lain, maybe lidah derang tak sama, tu yang macam ada kondem kondem sikit tuh. Sebenarnya dah jadi dah. Ecehh, mari cover diri sendiri yang tak pandai masak. Kahkah.

Hep, sekarang nie saya dah macam kurang update kan. Alaaa. Sedih tau, kalau boleh teptiap hari nak menulis kat diari ini. Tapi nak buat macam mana, ruang ruang kosong sungguh tidak ada buat diri ini mengarang sepatah dua kata-kata buat dibaca untuk masa depan. Yang ada hanya ruang ruang atas tilam 8 inch bersama bantal kabu empuk yang sungguh mengsyhadukan. Lalalalala. Sekian.










.

Thursday, February 9, 2012

Tazkirah Jumaat



Rasulullah pernah bersabda: 


" Sesungguhnya seorang hamba itu terhalang rezekinya kerana dosa yang ia lakukan.."
 (HR Ahmad)



 Dosa dan kesalahan seseorang itu mempunyai pengaruh yang amat besar hingga dapat menghalang kebaikan itu datang kepadanya. Oleh itu, carilah Allah Taala dalam kalimat taubat, istighfar dan komitmen penuh pada perintah Allah. Semoga dosa kita tidak menjadi hijab untuk kita terus berjaya dunia akhirat. Ameen.

Balik!!! Mesti balik..

Hai belog. Hai hai. Seakan sudah lama pulak tidak mencatat sesuatu di sini. Selalu, sehari bukan hanya selembar entry, tapi ber tiga empat lembar yang saya karangkan. Hihi.

Dah 2 malam saya mengpospone kan niat untuk pulang ke Kedah. Esok harus jugak menjadinya. Sudah seminggu menapa di sini, tak jadi kerja apa-apa. Hanya makan tidur, makan tidur dan kadang kadang bila dah agak bosan keluar jalan. Eh, kadang kadang ke? bukan setiap petang mesti melepak dengan Sang Sahabat. Kehkeh. Ya ya.. Betul

Semalam menalifon emak. Kabarnya, tidak sabar menunggu kepulangan saya. Asyik tanya-tanya sahaja. Bila di soal kenapa? "Alahh, balik laa, balik mai belajar menjait nie.." "Laaa, mana ada duit nak p belajar menjait".. "Mai la balik, takpa aih, mak bali la duit, janji mau pi belajaq jaa".. Alahaiii.. Cumel sungguh ibu saya.. Memanglah dulu, pernah suarakan hasrat ini. Tapi ingatkan dia lupa, rupa-rupanya dia yang lebih excited. Hihihi..

"Mak, tikah dok buat lagi dak kek dia" (Tikah=sepupu saya sebelah emak yang membuka bakery secara kampung kampung)... "Dia dok buat kek kat Merbuk nuuu. Tak buat dah kat rumah".. "Laaa.. ya kaa.. baru ingat nak pi belajaq buat kek dengan dia".. "Nie kat rumah pun macam macam jenih resepi dah, tak pi belajaq ngan dia pun tak pa".. "Aikk.. resepi mai mana"..."Semalam Linda mai rumah, dia kata dia boleh ajaq kek karemel dengan kek lapis. Tapi mak suruh tungguh hang balik dulu, nanti baru panggil dia mai ajaq buat len." (Linda= sepupu belah ayah. Pandai buat kek. Dan amek order).

Wowww... menariknyaaa.. Banyaknya perkara yang best best sedang menanti di kampung. Memang harus pulang lah esok nie.. ^_^

















PdanS : Kamu, tadi kawan lama saya menegur saya di FB. Berborak borak dan kemudian dia cakap dia mimpi saya. Dia mimpi ajal saya sudah tiba.. Ya Allah... Apakah itu... Ya Allah, amal aku masih belum cukup.. Ya Allah.. Semoga dipanjangkan nyawaku dan diberikan iman selalu.. Aminn...


Sunday, February 5, 2012

Quote #18





Sangat suka dengan quote ini. Sangat kena dengan jiwa. Sangat kena dengan kehidupan yang saya alami sekarang. Bila kita mahu membuat perubahan dalam hidup kita, tidak mengapalah jika ia seperlahan mana sekalipun, selagi kita tak berhenti dari cuba merubah diri kita kepada yang lebih baik. Itu dah cukup bagus. Ya, jangan berhenti.





.

Niat dan berbuat baik kita..


Allah Taala berfirman dalam surah al-anfal-70:



“Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan yg lebih baik dari apa yg telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu.”



PdanS : Setiap perbuatan, niat kerana Allah dan niat yang baik baik belaka!!! NoteToSelf!!!!







Allah telah mengingatkan kita melalui firmanNya yang bermaksud:


“Wahai manusia, sesungguhnya telah dtg kepadamu pengajaran drpd Tuhanmu dan penawar bagi hati.
Kenapakah kamu memilih utk berbuat baik hanya kepada mereka yg berbuat baik kepadamu?
Kenapakah kamu memilih utk bersilaturahim hanya kepada mereka yg bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih utk berbicara hanya kepada mereka yg berbicara denganmu?
Kenapa kamu memilih utk memberi makan hanya kepada mereka yg memberi makan kepadamu?
Kenapa kamu memilih utk memuliakan hanya kepada mereka yg memuliakanmu. Tidak terlebih baik seseorg itu drpd yg lain. Sesungguhnya org yg beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada org yg jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yg memutuskannya.
Memaafkan mereka yg tidak memberi kemaafan kepadanya. Mereka amanah kepada mereka yg mengkhianatinya. Berbicara kpd mereka yg enggan berbicara dengannya. Memuliakan mereka yg menghinanya.
Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu.”



(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali)





PdanS: Mulai hari ini, kawan dengan semua orang dan tidak memilih. Menolong dengan semua orang juga, bukan kepada yang hanya pernah menolong sahaja. Pendek kata, berbuat baik pada semua dan tidak kita kepada sesiapa, walau kepada mereka yang pernah menyakiti kita. NoteToSelf!!!




Rindu hati ini...

Sedih hati mengenangkan Dia..

Mengenangkan pengorbanan Dia..

Lagi sedih bila terkenang diri ini yang jauh dari Dia..

Yang dalam senang selalu dilupakan Dia..

Yang dalam gembira terlupa seketika..


Bibir seringkali menyebut kata cinta buat Dia..

Tapi perbuatan langsung tidak membuktikannya..


Ya Allah..

Semoga di tanam rasa cinta dengan lebih mendalam..

Rasa rindu yang tak pernah padam..

Rasa patuh pada setiap suruhan..

Walau tidak pernah di tatap wajah itu,

Biarlah rasa cintanya melebihkan jiwa dan ragaku

Agar dapat merasa manisnya cinta yang dijanjiMu..
















PdanS : Ya Allah... rindunya pada Baginda...

Saturday, February 4, 2012

Miss them so much...






Penghuni teratak No 9, Lorang Haji Saiman..




.

Guest book.


Hai hai hai dan hai lagi. ^_^ Okeh straight to the point. Saya telah di letakkan satu tanggungjawab yang agak besar jugak lah, besar ke? besar sikit sikit je lah, iaitu untuk menghasilkan sebuah guest book untuk 2 orang kesayangan saya yang akan berkahwin pada ujung bulan nie dan bulan sembilan nanti. 

Lepas tu saya buat la research sikit sikit untuk mencari ideal ideal bagi menghasilkan guest book yang best dan di sukai oleh si rakan itu. Setelah menggoogle, melihat di web sana sini, apa yang di jumpai buat saya rasa.. wahhhhh!!! Banyaknyaa yang comel dan cantik cantik, terus kompius nak buat guest book macam mana. Dan secara tidak sengaja jugak terus terberangan nanti i tawen tawen nak buat cam gini lah, nak ada yang nie kat sini, yang itu kat sana  yang bla bla bla... Excited pulak jadi. Hadoi. Kena cari Encik Jodoh cepat cepat nie. ^_^





Style 1




Style nie saya penah tengok di satu weeding kat facebook. Ada photographer tu snap and dia puji guest book si pengantin nie. Saya yang first time tengok waktu tuh, agak jakun dan wahh.. kreatifnya mereka. Padahal, bila saya google google memang bersepah orang buat macam nie. Pada mata saya yang nie cantik. Lain dari yang lain. Tapi nanti guest yang datang boleh tulis sikit je lah ucapan. Dah boleh nak merapu merapan panjang panjang. Nak lukis-lukis pun agak terhad. Tapi, saya suka laaa.. Serius suka laa, ada kayu kayu, bungan yang di gantung gantung. Like like.. ^_^





Style 2




Yang nie, pulak, mula-mula view, apa nie gambar belon belon kat wedding. Biasa jeeee. Lepas dan view lagi dan jumpa lagi lagi, baru tahu. Owh... Yang belon belon tu hasil dari cop tangan guest yang datang. Terus jadi.. wahhhh.. kreatifnyaaa.. Suka suka.. Cantik. Nanti bila dan siap macam kat atas nie, boleh framekan lekat kat rumah kita nanti. Lagi satu, mungkin kita boleh tambah yang nie kat guest book punya meja. Selain mereka tulis ucapan kat dalam guest book, derang boleh cop cop macam nie. Ada dua benda la derang kena buat.. Suka suka.. ^_^




Style 3


Yang nie pulak, tulis ucapan kat batu. Lain dari yang lain, tapi agak mencabar jugaklah nanti nak kena cari batu yang putih suci macam nie, lagi satu nak, macam sedikit terhad nak buat ucapan. Kalau aku tulis nie, mesti sampai sepuluh batu guna, baru siap berucap.. Haha..




Styel 4



.

.


.

Buku skrap. Style nie dah banyak saya tengok kat wedding weeding orang. Dia buat macam buka skrap gitu. Tapi depan dia lain laaa.. Mengikut krativiti sendiri nak hias macam mana. Saya tertarik dengan rose-rose pink dari renda itu. Sebab saya tengah menggila buat kuntum kuntum rose iru, tapi agak buntu, buat banyak banyak nak pelakat kat mana?? Bila jumpa gambar nie, terus dapat beribu ribu idea.. lalala.. Like like.. Lepas tu lagi satu, kat gambar first tuh, kreatif kan.. ada sampul sampul lagi. Sudah siap tulis, masukkan kad ucapan itu dalam sampul..  Like like..





Style 5




Style yang last nie sungguh awesome!!!! Sangat sangat!!! dalam banyak banyak kesemua di atas, yang nie paling i gemarkan. Serius nak berangan buat macam nie time kawen. Sebab i selalu berangankan nak ada theme english style bila kawen nanti. Pelamin pun, ada perabot putih tuh, ada sangkar burung putih di sebelah kerusi kayu putih, ada frame-frame english style yang di gantung di belakang, wall paper kat diding corak bunga bunga english style. Can?  kehkeh. Akan tetapi, guest book cara ini, agak macam boleh menimbulkan ketidak senangan pihak tetamu yang hadir. Bila di dilihat oleh orang kampung yang datang, mesti derang fikir, apa kehey nyaa la rumah kenduri nie, ada mesin type pulak kat luaq qumah, lepaih tu orang dok kelepuk kelepuk pulun type ucapan. Nak kawen ka kan buat reja pejabat nie. Kompem punya.. Haha.. Macam tidak sesuai saja kan.. 











Dan yang last nie, comel tak?? Setakat nie, yang nie saja yang mampu saya buat. Yang style style di atas nun di sana tidak pernah di cuba jaya lagi. Yang nie saja yang menjadi kepakaran buat masa ini. Tapi gambar di atas nie bukan saya yang buat. Curi dari page orang je. InsyaAllah, nanti bila dah siap guest book yang sedang saya kerjaain sekarang ini, hasil dia lebih kurang macam nie la. ^_^














PdanS : Kan best kalau benda yang kita suka tu adalah bidang kerjaya kita.. Macam semua hobi kita itu..