❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 18, 2012

Sisa sisa waktu.

Hai belog. Mcam dah beberapa hari tidak mencatat di sini. Sibuk yang teramat dengan hal belajar. Biasa la di sisa sisa waktu yang tertinggal nie. Semua aku nak buat. Sampai tak cukup tangan kaki. 

Sekarang, final sudah settle. Yang tinggal hanya PS aku. Itu pun hampir settle jugak. Hanya menanti green light dari tuan SV dan terus boleh jilid. Tapi, yang agak sedih.. aku kena datang balik lepas raya cina nie untuk hal hal PS itu. Kalau di beri kelulusan untuk jilid sekarang pun, still kena datang lagi lepas raya cina ini. Ya la, semua kedai untuk jilid di bolot oleh cina semua nya. Lepas tu di kala kala nak raya cina, sapa yang nak bukak.  Kalau hantar hari nie pun mesti dapat after raya cina. Tapi takpa, aku dah redha dah. Even ramai yang hari nie dah nak siap hantar tesis yang di jilid ke fakulti. Ramai yang dah boleh balik dan tak perlu perlu datang lagi.. Tak mengapa. Dah terbiasa redha di awal awal dengan senang..

Okeh, semalam mebuat BBQ dengan rakan rakan sekelas. Dari jam 3 petang aku dengan 3 orang lagi berhempas pulas menyiapkan ayam yang hendak di bakar. Part aku harus buat yang itu, jadi di kerjakan sehabis baik supaya semua orang tersenyum dan terkenang kenang lepas makan. Memang menjadi jugak lah bila ramai yang memuji sedap macam satey, ada manis manisnya, ada rempah rempahnya. Hihi. Itu semua berkat membuat dengan mereka mereka yang berpengalaman. Aku tukang gaul saja. Tapi baru aku tahu, yang nak membuat rempah BBQ itu sangat kacang saja. Tak ada la punya banyak bahan sangat.. Cuma perlu lebihkan gula dan serai saja. Pasti meletop letop ayam BBQ anda... 

Serai yang banyak banyak, sedikit cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serbuk kunyit, sup bunjut, Gula yang banyak banyak, dan garam secukup rasa... blender dan siapp... ^_^

Ya, duduk di sini selama satu setengah tahun sangat banyak mengajar aku hal masak memasak. Tak pernah mendapat curahan ilmu yang sebanyak ini. Lepas tu semua resepi sangat menarik untuk di santap sampai terterap terap. Nie yang buat diri terasa sudah layak untuk di kahwinkan. Kehkeh. Okeh, tak mengapalah. Nanti aku buat entry untuk setahun sengah di sini. Secara random random. Mesti banyak yang harus di ceritain. Sekarang mau sambung basuh baju, sidai baju dan kemudian sambung tidoq.. Hihihi.. Tata.. 















PdanS : When you say nothing at all...

No comments: