❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 25, 2012

Senyum dalam risau.


Hai malam yang gelap. Malam yang tidak ditemani lampu lampu pendafloor. Malam ini hanya mampu bergelap gulita dan hanya di iring oleh bunyi dengkuran Sang adek lelaki.. Dan kadang kadang di sahut oleh dengkuran Si Ayah, tidak pun si kakak. saling berlawan antara satu masa lain, siapa yang paling nyaring. Eh, Adik?? Ayah??? Adakah saya di Kampung halaman?? Owh, tidak lah seperti yang anda sangkakan..

Saya masih di negeri tumpangan. Belum pulang ke tanah tumpah darah. Alasanya sangat banyak. Tuhan beri ujian kepada saya dengan beberapa kesulitan di ahir pengajian saya, tapi tak perlu lah di cerita kisah sedih itu. Nanti stress dan menyebabkan jerawat 5 bijik yang tak tertanggung ini bertambah jadi 20 bijik. Cukuplah saya yang tahu, saya yang menanggung rasa itu, dan saya sangat yakin, saya boleh pikul semua itu. Sekarang hanya menanti penuh debar apa yang akan berlaku, semoga baik baik saja. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku, kawan kawan, tolong doakan sekali.. Dah laa.. Tak nak bercakap hal stress itu.. 

Kadang kadang saya terlalu menyembunyikan rasa saya di sebalik keceriaan yang dibuat buat itu. Sehingga semua orang pandang saya dengan rasa kagum. Hebatnya muna, hidup tanpa masalah, tenang saja, selalu ceria saja.. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Bila sampai satu tahap, saya akan menangis dengan tiba tiba, tanpa sebarang sebab, atau bila di ajukan soalan tentang kisah itu, tiba tiba saya tak mampu menjawabnya. Hanya sebak yang kedengaran. Sudah lah. Bukan isi ini yang nak di sampaikan.

Okeh. Actually gua sedang menikmati hari hari indah bersama keluarga di Selangor. Incik ayah, Puan emak, Puan kakak, cik adik jatam dan betino telah kemari berjalan jalan ke selangor. Dah 4 malam mereka bermusafir. 2 hari yang lalu bermalam di melaka. berjalan jalan ke sana. Kemudian semalam bermalam di Shah Alam, Hari nie bermalam di sg buluh pulak. Esok?? Esok akan ke teluk intan, Hihi.. Berjalan saja saya minggu nie. Ya, bergumbira sehingga ahad ini kemudian, membawa diri ke parit raja sekali lagi. Owh tuhan. Permudahkan segala kerja kerja saya.

Saya tak rasa saya boleh update blog sampai semuanya settle. Hati rasa tak best, setiap cerita dan kisah gembira yang nak di sampaikan, mesti akan terselit kisah susah payah itu. Tak mengaplah. Malas sudah mengupdate. Asyik asyik nak tersamsul masuk kisah itu. Nak pergi bercuti lagi dengan mak ayah lagi best. Tata...











.

No comments: