❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 3, 2012

Sampai di sini saja. Sekian.



Alhamdulillah. Dah selamat presentation aku. Tapi selamat kah? Macam sangat menipu saja? 

Hurm. Selamat la sebab walaupun di bom dengan dasyat, tapi tak la sampai hancur bekecai badan, sampai nak kena sedut pakai vakum.  Tak  tak, cuma sebelah kaki tecampak di utara, tangan dalam tanah, kepala? kepala tecampak ke laut, nyaris dibaham buaya laut dan Paus Bunting yang mengidam kepala orang. Tu lah perumpamaannya kepada peristiwa pembentangan projek aku tadi. Paham ideologi ini? Tak paham sila pergi sambung Master in Education di UTHM dan bila dah sampai waktu kena present Projek Sarjana, engkau mintak lah nak present dengan Prof A dan Incik B serta Tuan Haji C. Maka selepas itu akan lebih difahamilah ideologi sampah ini. Sekian.

Kesimpulan, Alhamdulliah, tak kena present semula. Ya tu yang lagi penting. Correction memang harus ada dan BANYAK!! Tapi tak mengapa. Janji tak ada lah sampai semua kena ubah. Mau jugak yang berkampung kat sini sebulan dua lagi.

Ok. Cukup kisah PS kita. Tiada lagi kisah PS PS selepas ini. Kalau tertulis jugak tuh, mungkin PS yang stand for Pacar Segak or Pemuda Smart =P. Dah boleh say Good Bye PS. Good Bye Master. Good bye UTHM.....  Hai hai PHD!!!! (Perhhh!! ada jugak tak kawen sampai ke tua. errrr)

No comments: