❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

Planning for my 'rumah tangga' life.. ^_^



Semenjak dua menjak dapat baucer buku bernilai RM200 nie, hobi membaca saya sangat menjadi-jadi. Pantang ada masa lapang terus di cari buku sebijik dulu untuk di tatap. Kadang kadang bukan saja di masa lapang, masa masa yang esok ada kuiz dan lusa nak ada paper final pun masih lagi malas menelaah yang berkaitan, tetap nak baca buku yang baru di beli itu.. Hihi..

Lepas berjalan jalan di Tumblr, saya terbaca satu quote yang macam, eh eh, nak plan lah macam nie.. nak nak !!!











Sangat sangat berharap, bila ada anak nanti, nak didik anak supaya suka membaca. Tak nak anak anak jadi semacam ibu dia, sampai besar, tua bangka baru ada kesedaran kearah itu. Ya, sekarang baru sedar betapa ilmu kurang didada. Betapa semua itu berpunca dari sifat tak suka membaca. Bila dah membaca nie, rasa macam, eh, banyak nya yang aku tak tahu... dan bila membaca yang berkaitan dengan hal hal keagamaan, ketuhanan lagi lah menyentuh hati, jiwa dan raga saya. Sesuai sangatlah untuk saya yang selalu lalai dan alpah nie. Sekurang kurang nya, bila dah suka membaca, hati akan sentiasa lah ingat pada yang Satu itu. Semoga akan istiqomah sampai bila bila hobi ini.

Hajat dan impian yang paling besar sekali, SANGAT SANGAT nak memiliki satu bilik bacaan macam kat bawah bawah nie. NAK SANGAT SANGAT!!!




.



.



Library idaman saya simple saja. Cukuplah ada rak rak buku yang berketinggian dimana tangan mampu di capai dan tak perlu sampai kena ada tangga untuk panjat bagi mengambil buku buku di rak teratas. Kalau dah sampai kena pakai tangga tuh, rasanya nanti, dah tak terbaca buku buku kat rak tuh, lalu  berubah lah menjadi muzium library pulak. Lepas tu, nak ada sebijik sofa atau kerusi yang empuk empuk untuk membaca. Jadi sambil baca boleh golek golek, lepas golek golek tak sampai 3 menet boleh terus ZzZZzzZZ. Kemudian, ada carpet yang empuk juga buat anak anak golek golek sewaktu membaca. Kiranya, nak bilik bilik yang santai saja. Bila masuk rasa best nak lepak lepak. Meja meja study, plus lampu sebijik, tak perlu kot, nanti akan macam ter-psycho untuk perlu belajar dengan tekun. perlu belajar!! perlu!! lalu menjadilah seorang insan yang stress bila masuk library kecil itu. Namo namo..





Alahai, sweetnye bila berkumpul satu family, duduk lepak lepak sambil membaca. Best kan.. hihi





Cantik kan bilik nie, color dia buat rasa tenang, aman jee. Tapi unggun unggun api tuh tak payah la kot. Kang ado jugok hat tebakau nye rumah akau..






Okesp. itu saja rancangan saya untuk masa berumah tangga nanti. Semoga apa yang di tulis di sini dapat di capai. Aminnn...












PdanS : Nanti kalau ada kelapangan, ada update cerita baucer buku RM200 tuh. Tata. ^_^
.

No comments: