❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 4, 2012

Petanda?





Kamu. Semalam dia datang lagi.

Datang dalam mimpi.

Tapi dengan kisah yang lain.

Kisah yang selalu terjadi, selalu berlaku di tempat lain.

Semalam, dengan tak disangka, dia datang ke tempat sendiri.

Angin laju itu meranapkan separuh dari tempat berteduh aku.

Mak, ayah, kakak, paktam, semua luka.

Nasib aku tidak di situ.

Terselamat dari bencana buruk itu.


Kemudian, aku pulang.

Pulang melihat tempat berteduh yang ranap itu.

Tiba tiba, dari jauh, aku ternampak sesuatu.

Sesuatu yang di sebelah pantai.

Ada ombak yang tinggi.

Tingginya yang amat amat.

Hitamnya yang gelap gelap.

Lalu dengan kuat menghempap pantai.

Nasib aku sempat berlari,

Sembunyi jauh di balik tembok.

Cuba di jerit pada mak ayah dan kakak

Tapi sudah terlambat.

Bila keadaan reda, semua bergelimpangan.

Di mana mana, di merata tempat.

Aku nampak mak, masih mampu bernafas.

Kemudian, aku cuba mencari ayah.

Puas di pusing sana sini.

Tapi tidak ketemu.

Di satu sudut, mata liar tertumpu pada sesuatu.

Seperti kenal bentuk badan itu.

Seperti selalu dilihat wajah itu.

Aku cuba dekati.

Tapi...

Tuhan lebih menyayangi.

T_T












PdanS : Sudah banyak petanda yang di beri. Ya Allah, semoga hati sentiasa dekat selalu dengan Mu. Tidak berbolak balik lagi. Tidak lalai lagi. Tidak leka lagi. Tidak ulangi kesilapan yang dulu lagi. Aminnnnn. 


No comments: