❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 25, 2012

Note to Self


Kita selalu berdoa padaNYA 

"Berikanlah aku kesabaran, ketabahan dalam menempuh hidup ini"

Selepas beberapa ketika, Tuhan beri kita ujian. Dengan sekelumit ujian itu, buat kita jadi tidak tenang, hati tidak selesa, merungut sesuatu tentangnya. Kita bertanyakan Tuhan, kenapa di uji sedemikian rupa. 

Kita lupa tentang apa yang di pohonkan. Agar diri semakin sabar, tabah, kuat... Mana bisa semua kesabaran dan ketabahan itu hadir tanpa diberi ujian keatasnya. Dalam kita tidak sedar Tuhan telah memakbulkan doa kita itu...

Dengan ujian itu juga, Tuhan sertakan KESABARAN, KETABAHAN yang kita pohon. Kekuatan yang lebih dari biasa.  Tapi sayangnya kita selalu tidak sedar akannya...









.

1 comment:

♥e'in♥ said...

same gak dgn e'in.. itu gak yg dipinta..