❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 30, 2012

Kita hanya merancang..



Malam ini, tak tahu dari mana, dan bagaimana harus aku mulakan. Tapi jiwa rasa sarat kerana tak tahu kemana harus ku lepaskan semua rasa yang tertanggung. Hanya air mata dapat leraikan semua rasa itu. Tapi aku tak nak nampak selemah itu. Mana aku yang dulu. Yang kuat dengan semua dugaan. Yang tidak mudah rebah dalam setiap ujian..

Diluar hujan mencurah-curah. Tidak selebat mana tapi sejuknya sampai ke jiwa. Titisan air bersama lembut angin menyapa diri ini, membawa rasa yang berat. Harapnya terbang dibawa bersama semua semua rasa yang bersarang itu...

Kita manusia hanya mampu merancang. Dalam setiap perancangan kita cuba mencari yang terbaik dalam hidup dengan berlandaskan izin Nya. Memang benar segala terjadi telah tertulis. Hanya doa dan usaha mampu mengubahnya. Benar DIA lah yang mengetahui yang tersembunyi. Benar setiap apa terjadi ada alasannya. Apa terjadi ada penyebabnya. Bukan aku menyangkal aturan ini. Tapi aku kesal dengan diri yang kadang tersasar bila aturan tidak seindah yang di impikan. Hati mengeluh kesal tanpa memikirkan setiap dari apa yang telah ditakdirkan dariNYA  itu tersembunyi sesuatu yang paling berharga buat hidup ini...

Sesungguhnya hati wanita rapuh sekali. Tapi kita akan cuba sekuat yang mampu untuk mengkaburi khalayak. Namun, sebenarnya, jauh di sudut hati sana, hanya Tuhan sahaja yang tahu, hanya diri sendiri saja yang menanggung semua rasa itu, dan orang lain langsung tak pernah ambil tahu...








Ya Allah.. Letihnya menanggung rasa yang terpendam ini..















PdanS : Masih di Parit Raja. Tidak seperti dirancang. Tak mengapa, kesabaran selalu setia menemani diri..

2 comments:

Wiyah said...

knp ni muna??? ada apa2 yg nk share ngan wiyah sekurang2nya dpt mengurangkan bebanan masalah,,...

mOOn said...

nothing lah.. dun worry dear.. ok2 saja, just doakan dimudahkan segala urusan.. ^_^



PdanS: windu nak merapu meraban dengan anda dan penghuni rumah no9 Lorong Haji Saiman.. =(