❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 29, 2012

Kelebtisan melanda..

Fuhhhh.. ahirnya sampai jugak ke bumi parit raja ini setelah berhempas pulas kesana kemari. Dimulakan dengan keluar dari kediaman tercinta menaiki kereta Si Bapak jam 9 pagi, kemudian menanti bas yang janji janji melayu, di perhentian bas.. lewat sejam!! Adusss.. Dah la sebelum keluar rumah gatal pergi telan ubat jerawat yang sebenarnya harus di telan sesudah makan. Lepas tu terkejan kejan suruh Si bapak berhenti kedai cina apek mana tah nak beli air mineral sebab effect dari telan ubat dengan berkeadaan perut kesong sangat dasyat. Serius rasa macam telekat ubat kat kerongkong walaupun dah minum dengan air bertubi tubi dah waktu kat rumah tadi.. Tapi disebabkan tak dengar cakap orang, pi telan sewaktu perut kosong, so selamat merasa lah macam tercekit segumpal nasik yang bersaiz penumbuk tangan engkau.. Waktu masuk kedai apek tu, aku terus bukak air mineral depan kauter dan minum dengan pelahap tanpa bayar apa apa lagi, sampaikan tokey kedai tu siap tegur lagi, lapaq kaa?? haha.. Nasib boleh cover baek punya.. "Telekat ubat Nyaa".. Serius tersiksa gila.. 2 jam lepas tu baru hilang sikit rasa dia.. Dulu, waktu kat hostel UPM pernah jugak buat perangai macam nie, makan ubat waktu perut kosong, lepas tu muntah tak hingat hingat, badan jadi lemah, terus terpaksa ponteng kelas petang tuh...

Okeh, jam 4 petang kot aku selamat sampai Pudu, lepas tu try  usha usha kaunter kat situ kot kot ada jual tiket ke Batu Pahat.. Tapi menghampakan.. semua destinasi yang menuju ke selatan sila pergi ke Station Bandar Tasik Selatan.. Fine!! Fine!! Lalu membawa diri menaiki train.. Pukul 5 ptg selamat sampai ke BTS.. Beli tiket jam 5.30 petang, sempat la nak sembahyang, makan, minum, berak segala bagai.. Tapi macam besa, lambat lagi bas itu tiba.. jam enam baru sampai kot.. Lepas naik bas, dalam 8.38malam sampai la BP.. Kemudian, ambik teksi pulak, bayar duapuluh hengget, sampai la ke terakat Lorong Haji Saiman jam 9 lebih lebih, Dah seminggu lebih rumah nie di tinggalkan. Sunyi sepi.. Rindu pulak kenangan lalu.. Kenangan dengan penghuni rumah ini..

Ok lah. Dah letih sangat. Esok jam pagi mahu bertemu SV, kemudian berkemas kemas semua barang lalu di angkut menuju ke Melaka.. Travel lagi.. Adus.. Letih hari nie belum habis, akan di sambung esok pulak dengan mendrive ke Melaka lepas tu KL.. Harus singgah di Melaka sebentar, nanti apa pulak kata abang kandung, lalu saja, singgah tak... time susah singgah, time senang hai hai bye bye saja.. Owh, sangat tak boleh, pengungkit dia tuh.. 

Ok.. Tata..





.

No comments: