❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 14, 2012

Kamis lalu.






Hari khamis lepas hidup sangat kucar kacir. Dengan examnya, dengan buat pembetulan PS nya. Paper jam 9 pagi, malam sebelum tuh baru start study. Study bermalas malas. Study dua menet, ngadap Tumblr tiga belas menet. Nasib baik ada tips tips yang membantu like.. Soalan 1 akan tanya bla bla bla. Soalan dua bla bla.. sampai soalan 6. Dapat sebijik sebijik soalan yang akan keluar exam esok.. Dah siap pilih lagi nak jawab soalan no apa, dan tinggal no mana. Sebab tu study dengan tidak apa kebimbangan langsung. Hihi. Tapi malam tu hanya sempat tidur dua jam sahaja. Tidur pukul 3 sengah, pukul 5 lebih lebih dah bangun balik. Pulun menghapal apa yang nak di karang untuk esok.

Akan tetapi... bila tibanya hari esok.. iaitu hari exam.. dan bila kertas soalan telah di edarkan, tanpa di suruh bukak, aku terlebih dahulu membelek belek kertas soalan itu.. lalu.. Haaaaa???? Apakahhhh?? Errrrrrr??? NOSH? Apakah?? NOOCC?? menatang apa ini?? Serius lain gilerr. Satu soalan pun tak ada yang bau bau seperti tips yang di beri oleh Incik MN. Memang lain gila gila. Giler yang macam study tips cara menjahit baju tapi keluar soalan apakah kesan nitrogen yang berlebihan dalam badan. Memang tak ada keserasian langsung. Nak menggoreng pun sangat payah sebab soalan banyak yang macam fakta. So, apa lagi ujudlah teori teori sendiri.

Keluar keluar dewan exam mood jadi swing swing. Menggeletar satu badan. Kepala pening. Nak muntah. Sakit badan badan. Macam penagih yang perlukan dadah sangat sangat. Tapi sebenarnya mengidam nak tilam bantal.

Waktu ondaway nak pergi cari makan tengah hari, tetiba dapat satu call dari sapa tah. Angkat-angkat..

"Helo ini cik munawwarah ka? saya dari syarikat ***** kat Batu pahat,  Cik ada terima satu barang, dan sekarang saya tengah ondaway nak pergi hantar kat rumah cik. Lagi 10 menet saya sampau. Cik Munawwarah ada kat rumah ke?"


Memandangkan aku tak ada kat rumah dan masih lagi berlegar legar di kawasan UTHM, terus berjanji temu untuk jumpda di main gate UTHM. Lagi senang.

Lepas beberapa menet kemudian.. Barang yang di tunggu pun sampai...

Jeng jeng jengggggg...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




.











Alahaiiii... suwittttttttttttttttt la akak aku sorang nieee... Hihihi. Bagi bagi bunga pulak.. Memang comel tahap gaban gila gila lah. Lepas-lepas dapat terus mood yang swing swing tadi jadi ok. Satu hari mood bebunga bunga. ^_^

Terima kasih kakak ku sinderela yang comel. Bagi hadiah bungan ini. Sayang kamu ketat-ketat lah. Tapi kan.. Kamu jangan lah tertalu baik sangat. Sokmo belanja saya macam-macam. Serius dah jadi segan. Serius yang sangat shit and shitty!! Kadang kadang rasa macam melampaunya Muna nie, teptiap kali keluar mesti akan dibelanja oleh kakak dia yang comel tuh. Tapi, kalau kamu nak belanja saya yang macam macam jugak, apa saya boleh buatkan. Takkan nak tolak. Mesti kamu terasa hati nanti. Jadi terpaksalah saya redha.. kehkeh..

Kakak ku yang comel, kemaafan dipohon dari adikmu yang gojes, kerana tak dapat beri semua kemewahan kemewahan sepeti yang kamu taburkan. Adikmu yang gojes masih bergelar student. Masih mengaharapkan duit mak ayah untuk perbelanjaan harian. Nanti adik mu yang gojes ini sudah bekerjaya, kita perabehh habes habesan desss.. ^_^

Kakaku ku yang comel, sangat lah menjadi harapan saya semoga persahabatan kita akan kekal dan bertambah erat lagi untuk masa masa akan datang. Masa saya sudah punya suami, masa saya sudah punya anak. Masa kamu sudah beranak 5. Semoga kita tetap happy go lucky macam nie setiap kali bejumpa. Semoga kita tak akan bokbuat lupa untuk mengingatkan sesama kita bila kita macam dah terlupa antara satu sama lain. Semoga bila kita sudah punya kehidupan masing masing, punya kerjaya, punya suami dan anak,  punya kesibukkan untuk semua itu, persahabatan yang terjalin tak pernah sedikit pun pudar, tapi  semakin  erat terjalin . Semogaa.. Amin...














.
PdanS : Kejadian lama berulang. Kereta kehabisan minyak di jam dua pagi sewaktu pulang dari library UTHM. Nasib baik mapuh setelah bergerak dalam 10 m dari tempat parking. So, tengah tengah malam yang membuta, bersama 3 orang kawan, pakat menolaklah kereta gue yang sangat sangap minyak itu. Memang kedarah minyak gila gila.... Sepanjang 6 tahun study di UMP, berjaya kutip 3 kali pengalaman  kehabisan minyak di Kuantan. Lucu sungguh kalau di ingat ingatkan balik. Lepas tuh.. study kat UTHM nie, nak jugak adaaaa.. hamek kau, dah pun terjadi.. Hahaha..

No comments: