❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 31, 2012

"Hiduplah base on mata sendiri bukan base on mata orang sekeliling"


Hai hari rabu. Hari rabu ini berseorang seorang di rumah abang di Melaka nun di sini. Tak ada apa sangat yang di perbuat. Tengok tivi, basuh kereta, baca buku, dan sekarang blogging. Sekejap lagi jam 1 petang harus di ambil anak kecil di sekolah. Mak dan ayah mereka sibuk ke hospital, ada sedikit masalah pada mata anak teruna saya.

Actually tak tahu nak tulis apa.Tapi nak update jugak. Mahu menulis. Tapi penulisannya tak tahu ke arah yang bagaimana. Hadoi. Masalah jugak aku nie. Haha. Tak mengapalah, kita serahkan pada jari yang handal menaip ini dan otak yang ligat dengan bermacam perkara..

Hai hai. Bagaimana hidup kamu kamu hari ini? Base on mata sapa? Mata sendiri kah? Owh, By the way, tajuk entry nie saya dengar dari sebuah radio apa tah.. Kata-kata dia buat saya terfikir. Hurm.. Betul.. Sangat betul.. Hiduplah dengan pandangan mata sendiri. Buka mata orang lain.. Faham? Tahu maksudnya?

Begini, kalau kamu nampak yang viva itu dah cantik pada pandangan mata kamu, sesuai dengan gaji kamu, sepadan dengan aktiviti kamu yang nak pakai pergi office sebelah rumah je.. So, pakai  dan belilah viva sahaja. Tak payah melihat apa-apa yang orang sekeliling guna. Tak payah la bila jiran sebelah rumah pakai Honda Civic kamu pun sibuk nak guna jugak. Tak payah la nak meniru hidup orang. Tak payah lah,  nak orang pandang hidup kamu hebat, tapi yang sebenarnya  hidup dengan menanggung hutang yang bermacam.  Hiduplah dengan apa yang kita rasa cantik dengan mata kita dan sesuai dengan hidup kita..

Ok. dah. Stop cerita mata ku bukan mata mu. Next!!!

Hurm. Actually lagi. Saya sangat sangat nak balik rumah laaa..  Rumah di Kedah sana nun.. Tah lah sekarang nie rasa family sangat sangat everything kat saya. Semalam waktu drive balik dari Parit Raja sampai ke melaka, termenangis dalam kereta sebab teringat kat mak ayah. Tah la kenapa. Nak nak lagi waktu-waktu susah saya hari tuh, mak sangat risau, setiap hari call, tanya perkembangan diri. Sapa tak touching kan. Duduk kat rumah 4 hari lepas rasa sangat sangat bahagia. Biarpun selalu saja ada sesi pendepatan dengan Si Ayah sebab selalu berlaga pendapat. Tak mengapa, saya suka.. Sebab last sekali akan ada gelak ketawa. Mungkin sebab tu akan merapatkan lagi saya dengan ayah. Puan emak pulak, walaupun leternya tak pernah tahu penat, lupa waktu rehat, tapi saya tak pernah nak makan hati dengan kata kata mak, menjawab lagi ada. Haha. Menjawab dalam nada yang lawak jenaka laa. Supaya tak serius sangat letir mak itu. Nanti stress anak anak. Lepas tu yang paling saya suka, bila sampai jam 10, 11 pagi saja, mesti mak dah suruh saya masak. Mak macam dah percaya akan ayer tangan saya. Lepas siap masak, tengok adik adik, makan sampai berebut rebut, hirup kuah sampai licin pinggan, terus rasa bahagia sangat. Si adik pulak selalu request yang masak itu ini. Buat diri rasa lebih everything untuk mereka. Can? Kehkeh. Alahaiii.. Nie yang buat nak balik rumahhhhhhh...

Eh, nak pukul satu.. Harus bersiap siap untuk ambik anak pulang dari sekulah. Dah dah. Jom...










.

No comments: