❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 5, 2012

Exam, tidur dan mimpi.



Assalamualaikum. Hai... Sekarang nie, semakin nak exam semakin menjadi jadi tidur aku. Tah la, waktu tak exam tak nak pulak nak tidur tidur nie. Bila dah esok nak exam.. hurmm.. asal pegang buku je dah start menguap. Lepas tu otak pulak selalu psycho yang baik baik, macam, alahh, senang jee soalan esok, tak payah baca sangat, boleh jawab punya. Baik kan otak saya. Lepas tu terus tiada kerisauan untuk hari esok. Lalu bertenggek di sini menulis dua tiga butir kata. Hahaha.

Okeh, esok 1st paper. Wish me luck. Doakan saya dipermudahkan jawab walaupun bacanya tak seberapa. First paper pun berperasaan malas yang teramat, begemana nak menghadapi paper paper yang berikutnya nie. Hadoi.

Lepas tu, saya sekarang kan, kalau tidur je mesti akan mimpi yang peli pelik. Tadi petang tertidur secara tak sengaja sewaktu membaca kisah sejarah Sosiologi. Tidak di sengajakan lagi bila tertidur secara berlama lama. Sangat tak sengaja kan? ^_^ Lepas tu mimpi, mimpi yang mana sedang berjalan jalan melawat muzium tentang kisah nabi, penghijrahan nabi, peperangan di zaman nabi, di satu kawasan di kampung mana tah dan tiba tiba ada tornado AKA puting beliung yang sangat besar. Bergerak menghampiri kami kami, time tuh takut yaang teramat amat macam dah nak kiamat pun ada. Waktu tu jugaklah mulut tak henti henti menyebut nama Allah.. Lepas di baca beberapa surah, nasib baik dia membelok, tapi masih lalu di sebelah kami, angin kuat dia sangat sangat terasa. Hurmmm.. Dah la semalam mimpi Tsunami dan angin taufan. Petang nie pulak mimpi Tornado. Ya Allah, petanda apakah ini. Semoga di jauhkan segala bencana yang tidak baik untuk diri ini. Amin...

Dan di last mimpi tu, ada yang manis dan sweet sweet gitu. Ada seorang lelaki dalam mimpi saya dan saya still boleh ingat lagi muka dia. Berkaca mata. Berkulit cerah. Sedikit parut jerawat. Serius masih segar lagi wajah dia. Tapi kejap kejap lagi hilang la ingatan ini. Haha. Okeh, nak di jadikan mimpi la kan, dia dah lama dah menaruh harapan pada saya, selalu berusaha untuk memikat saya dengan bersungguh sungguh. Dan waktu Tornado tu berlaku, dia memang ada dengan saya. Sangat menjaga saya. Dan lepas turnado tu berlaku, secara tiba tiba kelompak yang buat lawatan tadi tetiba sampai kat rumah dia. Err?? Ya mimpi selalu macam tuh, engkau di muzium dan engkau boleh sampai kat mana mana kampung orang dengan sungguh tetiba. Errr.. Dan rumah dia AKA lelaki itu tadi, adalah rumah kampung yang sangat cantik. Depan rumah ada kolam, ada itik berenang dan tetiba saja sebab rumah dia cantik saya boleh terima dia. Sebab rumah cantik?? Ya, bagus punya sebab!! Walapun dalam mimpi tuh dia penah pegang tangan saya secara sengaja. Saya tetap terima dia... Mimpi mimpiii... Hadoi.  Mula-mula dah start pegang, tak kawen lagi pulak tuh, tak reti ke halal haram. Kalau di alam yang nyata, sorry tu say lah. Memang kena reject la awal awalmlagi. Bukan model bakal suami yang baik.....

Aduhai... Mimpi... Mimpi....








.

No comments: