❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 6, 2012

Bosan.



Malam nie... Malam berbosan-bosan. Entah. Hanya mengadap Tumblr. Reblog semua yang berkenan di hati. Yang kena dengan jiwa. Kemudian, menulis sesuatu di blog ini. Sambil sambil itu mendengar lagu kegemaran.. Don't want miss a thing sambil dalam hati ada teringat.. teringat pada yang tak nampak.. ya lah. Kalau teringat pada yang nampak itu di panggil melihat. Sungguh apa apa saja kamu ini. Tapi lagu ini buat saya rasa hurm tah. Rasa yang tak perlu di cerita. Sekian. Terima kasih.  T_T

Hep, satu paper sudah berlalu. Tinggal lagi 3. Dihari Khamis dan Jumaat depan. Dan hari Isnin yang depan depan. Lepas tu yeay!!!

Yeay lah sangat. Thesis tak buat correction pun lagi. Ada 2 Assignment yang masih di hutangkan. Ada satu kuiz di hari selalsa depan. Hurm. Malas la fikir lagi.. Mau rehatkan minda dengan bacaan yang menyentuh jiwa buat rasa cinta lagi membara. Ya, tak kenal maka tak cinta.. Macam mana nak bercinta kalau tak kenal.. Jadi, mari membaca kisah kisah yang buat hati sentiasa dekat denganNYA. Hati sentiasa teringat pada PesuruhNYA.

Mereka cakap, kalau nak buat baik, tapi tak ikhlas, baik tak payah buat.. Nak tunggu ikhlas tu sampai bila? Bila ikhlas tu nak datang. Bila insaf tu nak tiba? Macam mana nak insaf kalau diri masih lagi bergelumbang dengan dosa. Sebab tu, kadang kadang, berbuat baik harus dipaksa.. Paksa diri untuk buat.. Paksa hati untuk ikut.. Biar hati tak ihklas sekalipun, lama-lama bila dah terbiasa, dah selalu di amalkan, pasti ada sekelumit rasa keinsafan yang timbul dalam jiwa..


"Buatlah kebaikan dan kebajikan walaupun tak ikhlas. Mungkin kali ni tak ikhlas, siapa tahu kali ke-1000 baru ikhlas. Jadi, bila dah ikhlas nanti, doa pada Allah supaya beri pahala bagi kebaikan yang tak ikhlas dulu. Nak tunggu ikhlas, entah-entah sampai mati pun tak ikhlas... Didik dan paksalah diri kerana nafsu sentiasa memusuhi iman "

 Dan saya sangat sangat percaya, kalau kita nak berubah, mesti tuhan akan permudahkan jalan kita.. Hantar seseorang yang memberi inspirasi, semangat kepada kita.. Sentiasa di jauhkan kita dari tempat yang tidak elok.. InsyaAllah, sesuatu benda baik yang ke jalan Allah, pasti akan dibantuNya...









.

No comments: