❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 2, 2012

Bersakit-sakit dahulu.


Hep anda. Hurm. Hai. Esok saya ada presentation project saya. Project yang besar, dan yang paling terbesar. Tapi, hurm. Tah saya tak ada perasaan apa lagi. Slide pun baru separuh siap even start buat dari petang semalam lagi. Tapi di sebabkan buat 3 menet dan bejalan jalan di internet 3000 menet, jadi terbengkalai macam tu jer. Tapiii.. esok saya dah nak present!!! Tak ada lagi apa apa perasaan ketakutan ke, kecuakkan ke, kerisauan ke. Sangat bimbang dengan diri sendiri yang tak ada perasaan apa apa nie. Hurmmm.

Perut pulak meragam sebab sedang di Mood Kotex. Sakit yang luar biasa. Sebelum nie tak pernah pulak nak senggugut, kalau sakit pun just rasa macam sakit nak membuang je, tu pun kalau nak terasa, tapi yang selalu selalunya tak rasa sakit apa apa pun. 


Kali nie lain macam pulak. Sakit sampai perlu di bawa berguling guling atas katil sambil menekan perut kuat kuat. Sampai kena duduk macam ulang lipan. Menggulong kan badan semacam je dan kadang kadang macam tenggiling yang sedang berguling guling di atas katil. Errrrrr.. Tapi Alhamdulillah, dah hilang sikit. Sekejap saja semua itu. Macam mana la perasaan mereka yang senggugut secara teruk teruk itu kan. Ada yang sampai tak boleh berjalan, sampai kena makan ubat, sampai pergi klinik dapat MC. Sampai menangis nangis. Errrrr... Sangat simpati. 

Syukur, tuhan memberi kesihatan yang baik baik saja. Saya bukan jenis yang mudah dapat penyakit, sangat boleh di kira berapa kali deman. Tapi sekali deman memang dasyat. Last deman dulu waktu 2007.  Time tuh Tuhan saja yang tahu. Nak berjalan pun tak mampu. Badan panas yang tak terkata kata. Time tuh duduk kat hostel pulak tuh. Kena pandai pandai jaga diri, nasib baik ada roomate dan teman baik yang datang jenguk, tolong apa yang patut. Seminggu jugak la nak kembali pulih. Tu pun bila dah kuat sikit, batuk still tak henti henti.


2nd last deman waktu, sekolah teknik dulu. Form 4 or 5 tah. Tak berapa ingat. Time tuh lagi sedih. Dah la deman, nak pergi klinik, van sekolah pulak tak ada time tuh. Terpaksa lah jalan kaki sejauh hampir 2 kilo kot. Dalam dalam deman pulak tuh. Bila dah jumpa doktor, dapat MC 3 hari. Then jalan pulak balik ke hostel.. Call la mak suruh datang ambik kat hostel. Mak cakap, tak boleh balik naik bas ka?.. Haaa!! Tergamam dan tak boleh nak cakap apa. Memang mata dah berair kat situ. Nak je cakap, mak, anak mak deman, sakit sampai doktor bagi MC 3 hari, bila dapat MC yang banyak tuh, maknanya, deman teruk la tuh. Tapi cakap dalam hati saja. Nasib baek lepas cakap tak larat nak tunggu bas, letih, then mak pun paham. Datang lah, kakak or ayah tah jemput ambil. Balik rumah. Tapi memang sedih sangat sangat.

Apa apa pun, saya tetap bersyukur, sesedih mana pun yang saya rasa, sesakit mana pun ujian yang ditimpa, semua tu sekelumit cuma. Berjuta-juta lagi nikmat yang Tuhan beri yang harus kita Syukuri, cuma kita saja buta dalam menilainya....







Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Bukhari) 


Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.
(HR. Bukhari) 


Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah).
(HR. Bukhari)












.

No comments: