❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 30, 2012

Alhamdulillah... ^_^


Alhamdulillah, Syukur pada tuhan, akhirnya aku dah mampu tersenyum riang. Tersenyum bersama air mata kesyukuran. Serius. Sejak dua tiga hari nie air mata aku sangat murah. Kadang-kadang tak ada nilai dan langsung tak berharga. Mungkin aku terlalu pendamkan semua rasa, sampaikan bila semua dah tak tertanggun. Hanya air mata yang dapat di luahkan, kata-kata sudah tak beri apa-apa pada aku.

Selama bertahun aku belajar, PMR, SPM, Diploma, Degree, tak pernah aku rasa sepayah sekarang. Sesukarmana pun semua itu, aku hadapi dengan penuh senyuman. Setitis air mata langsung tak pernah gugur biar di uji dengan pelbagai kepayahan.

Mungkin Tuhan nak menguji aku, di pertemukan dengan seseorang yang tinggi kemahuannya tapi kurang pemberiannya, kurang pengjagaannya. Tak mengapalah. Semua tu pengajaran buat aku. Dalam hidup ini jangan susahkan orang. Kalau kita seorang guru, jangan susahkan pelajar. Kalau kita seorang yang berjawatan tinggi, jangan susahkan pekerja bawahan kita. Kalau kerja kita berhadapan dengan orang ramai, jangan susahkan dalam setiap urusan mereka. Susahkan di sini bukan bermaksud semua beban kerja di letakkan pada kita, bukan. Tapi jika mereka sudah layak mendapat semua yang mereka usahakan, semua gaji itu, hadiah itu, markah yang cemerlang itu, kenaikkan pangkat itu, surat yang di pohon itu, cuti yang di minta itu, berika saja. Permudahkan semua urusan mereka, nescaya suatu hari nanti Tuhan akan permudahkan semua urusan kita pula...

Di sebalik perit itu juga, Tuhan temukan aku dengan seorang sahabat. Sahabat yang saling bertukar bahu di kala aku dan dia bersedihan. Yang faham dan sama sama merasa apa yang aku lalui. Nasib kami sama. Entah berapa kali aku tak dapat menahan sebak bila dikongsikan kisah itu dengannya, lalu berderailah butir butir kaca itu dihadapannya. Malu pulak rasa bila di fikirkan balik. Menangis, senyum, menangis, senyum, dan menangis kembali. Sedih kami bersilih ganti, bila aku tenang, dia pula yang berduka, seperti bertukat shif  kadang kala. Entah kenapa, apa-apa yang di bualkan sepanjang seminggu dua ini, semuanya perlu di kaitkan dengan kisah susah kami itu. Jadi di setiap perbualan mesti ada sebak di penghujungnya. Nabis ada dia bagi di pinjam bahu dan tisu untuk kesat air mata.. T_T





Tapi sekarang kami dah kuat. Dah boleh bergelak seperti biasa, aku dah boleh terkentut di mana-mana tanpa malu segan. Haha. Itu tandanya hati dah normal. Hati dah seceria yang dulu. 

Dah. Fikiran dah kosong. Semua dah berlalu pergi. Sekarang mau menulis sesuatu yang ceria.. yang buat  saya gembira.. Setelah selesai semua kerja, kami berdua bershopping.. Ya Shopping salah satu terapi diri buat aku.. Haha.. Beli baju untuk adik lelaki dan perempuan, beli baju untuk 3 anak dara aku di Melaka dan Sungai buluh.. Untuk anak teruna tak ada laa.. Err.. Semoga mereka tak terasa hati.. Alah, makteh pun tak beli apa-apa untuk diri sendiri tau.. Lagi sedih.. Ok lah. Mahu mengemas barang. Sebentar lagi nak terbang ke Melaka. Bye. ^_^















PdanS : Dalam masa 2 minggu ada 10 jerawat yang bernanah dan besar yang meninggalkan parut, tumbuh di muka aku.. Gambar kat atas dah di tarah semua jerawat jerawat yang bermaharaja lela itu. Tuh yang nampak sesuci lebaran saja. Haha.. Sebenarnya, yang paling ketara dan dasyat sekali di bahagian antara bibir dan hidung. ada 7 kot.. Dah macam jantan yang ada misai dah.. Hadoiyai.. Penangan stress itu.. Hurmm.


1 comment:

Wiyah said...

sedihla saya baca cite kamu...tiba2 mata ni macam2 pedih2 kupas bawang plak!! soksek soksek..alahai kenapa dugaan tu diberi di saat2 genting macam ni,,apapon syukur coz sumenye telah dipermudahkan! peringatan utk diri kita juga bila kita dah berada diatas nanti..jgn lupa sesekali pandang yg ada kat bawah jugak kan!