❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 31, 2012

"Hiduplah base on mata sendiri bukan base on mata orang sekeliling"


Hai hari rabu. Hari rabu ini berseorang seorang di rumah abang di Melaka nun di sini. Tak ada apa sangat yang di perbuat. Tengok tivi, basuh kereta, baca buku, dan sekarang blogging. Sekejap lagi jam 1 petang harus di ambil anak kecil di sekolah. Mak dan ayah mereka sibuk ke hospital, ada sedikit masalah pada mata anak teruna saya.

Actually tak tahu nak tulis apa.Tapi nak update jugak. Mahu menulis. Tapi penulisannya tak tahu ke arah yang bagaimana. Hadoi. Masalah jugak aku nie. Haha. Tak mengapalah, kita serahkan pada jari yang handal menaip ini dan otak yang ligat dengan bermacam perkara..

Hai hai. Bagaimana hidup kamu kamu hari ini? Base on mata sapa? Mata sendiri kah? Owh, By the way, tajuk entry nie saya dengar dari sebuah radio apa tah.. Kata-kata dia buat saya terfikir. Hurm.. Betul.. Sangat betul.. Hiduplah dengan pandangan mata sendiri. Buka mata orang lain.. Faham? Tahu maksudnya?

Begini, kalau kamu nampak yang viva itu dah cantik pada pandangan mata kamu, sesuai dengan gaji kamu, sepadan dengan aktiviti kamu yang nak pakai pergi office sebelah rumah je.. So, pakai  dan belilah viva sahaja. Tak payah melihat apa-apa yang orang sekeliling guna. Tak payah la bila jiran sebelah rumah pakai Honda Civic kamu pun sibuk nak guna jugak. Tak payah la nak meniru hidup orang. Tak payah lah,  nak orang pandang hidup kamu hebat, tapi yang sebenarnya  hidup dengan menanggung hutang yang bermacam.  Hiduplah dengan apa yang kita rasa cantik dengan mata kita dan sesuai dengan hidup kita..

Ok. dah. Stop cerita mata ku bukan mata mu. Next!!!

Hurm. Actually lagi. Saya sangat sangat nak balik rumah laaa..  Rumah di Kedah sana nun.. Tah lah sekarang nie rasa family sangat sangat everything kat saya. Semalam waktu drive balik dari Parit Raja sampai ke melaka, termenangis dalam kereta sebab teringat kat mak ayah. Tah la kenapa. Nak nak lagi waktu-waktu susah saya hari tuh, mak sangat risau, setiap hari call, tanya perkembangan diri. Sapa tak touching kan. Duduk kat rumah 4 hari lepas rasa sangat sangat bahagia. Biarpun selalu saja ada sesi pendepatan dengan Si Ayah sebab selalu berlaga pendapat. Tak mengapa, saya suka.. Sebab last sekali akan ada gelak ketawa. Mungkin sebab tu akan merapatkan lagi saya dengan ayah. Puan emak pulak, walaupun leternya tak pernah tahu penat, lupa waktu rehat, tapi saya tak pernah nak makan hati dengan kata kata mak, menjawab lagi ada. Haha. Menjawab dalam nada yang lawak jenaka laa. Supaya tak serius sangat letir mak itu. Nanti stress anak anak. Lepas tu yang paling saya suka, bila sampai jam 10, 11 pagi saja, mesti mak dah suruh saya masak. Mak macam dah percaya akan ayer tangan saya. Lepas siap masak, tengok adik adik, makan sampai berebut rebut, hirup kuah sampai licin pinggan, terus rasa bahagia sangat. Si adik pulak selalu request yang masak itu ini. Buat diri rasa lebih everything untuk mereka. Can? Kehkeh. Alahaiii.. Nie yang buat nak balik rumahhhhhhh...

Eh, nak pukul satu.. Harus bersiap siap untuk ambik anak pulang dari sekulah. Dah dah. Jom...










.

Monday, January 30, 2012

Alhamdulillah... ^_^


Alhamdulillah, Syukur pada tuhan, akhirnya aku dah mampu tersenyum riang. Tersenyum bersama air mata kesyukuran. Serius. Sejak dua tiga hari nie air mata aku sangat murah. Kadang-kadang tak ada nilai dan langsung tak berharga. Mungkin aku terlalu pendamkan semua rasa, sampaikan bila semua dah tak tertanggun. Hanya air mata yang dapat di luahkan, kata-kata sudah tak beri apa-apa pada aku.

Selama bertahun aku belajar, PMR, SPM, Diploma, Degree, tak pernah aku rasa sepayah sekarang. Sesukarmana pun semua itu, aku hadapi dengan penuh senyuman. Setitis air mata langsung tak pernah gugur biar di uji dengan pelbagai kepayahan.

Mungkin Tuhan nak menguji aku, di pertemukan dengan seseorang yang tinggi kemahuannya tapi kurang pemberiannya, kurang pengjagaannya. Tak mengapalah. Semua tu pengajaran buat aku. Dalam hidup ini jangan susahkan orang. Kalau kita seorang guru, jangan susahkan pelajar. Kalau kita seorang yang berjawatan tinggi, jangan susahkan pekerja bawahan kita. Kalau kerja kita berhadapan dengan orang ramai, jangan susahkan dalam setiap urusan mereka. Susahkan di sini bukan bermaksud semua beban kerja di letakkan pada kita, bukan. Tapi jika mereka sudah layak mendapat semua yang mereka usahakan, semua gaji itu, hadiah itu, markah yang cemerlang itu, kenaikkan pangkat itu, surat yang di pohon itu, cuti yang di minta itu, berika saja. Permudahkan semua urusan mereka, nescaya suatu hari nanti Tuhan akan permudahkan semua urusan kita pula...

Di sebalik perit itu juga, Tuhan temukan aku dengan seorang sahabat. Sahabat yang saling bertukar bahu di kala aku dan dia bersedihan. Yang faham dan sama sama merasa apa yang aku lalui. Nasib kami sama. Entah berapa kali aku tak dapat menahan sebak bila dikongsikan kisah itu dengannya, lalu berderailah butir butir kaca itu dihadapannya. Malu pulak rasa bila di fikirkan balik. Menangis, senyum, menangis, senyum, dan menangis kembali. Sedih kami bersilih ganti, bila aku tenang, dia pula yang berduka, seperti bertukat shif  kadang kala. Entah kenapa, apa-apa yang di bualkan sepanjang seminggu dua ini, semuanya perlu di kaitkan dengan kisah susah kami itu. Jadi di setiap perbualan mesti ada sebak di penghujungnya. Nabis ada dia bagi di pinjam bahu dan tisu untuk kesat air mata.. T_T





Tapi sekarang kami dah kuat. Dah boleh bergelak seperti biasa, aku dah boleh terkentut di mana-mana tanpa malu segan. Haha. Itu tandanya hati dah normal. Hati dah seceria yang dulu. 

Dah. Fikiran dah kosong. Semua dah berlalu pergi. Sekarang mau menulis sesuatu yang ceria.. yang buat  saya gembira.. Setelah selesai semua kerja, kami berdua bershopping.. Ya Shopping salah satu terapi diri buat aku.. Haha.. Beli baju untuk adik lelaki dan perempuan, beli baju untuk 3 anak dara aku di Melaka dan Sungai buluh.. Untuk anak teruna tak ada laa.. Err.. Semoga mereka tak terasa hati.. Alah, makteh pun tak beli apa-apa untuk diri sendiri tau.. Lagi sedih.. Ok lah. Mahu mengemas barang. Sebentar lagi nak terbang ke Melaka. Bye. ^_^















PdanS : Dalam masa 2 minggu ada 10 jerawat yang bernanah dan besar yang meninggalkan parut, tumbuh di muka aku.. Gambar kat atas dah di tarah semua jerawat jerawat yang bermaharaja lela itu. Tuh yang nampak sesuci lebaran saja. Haha.. Sebenarnya, yang paling ketara dan dasyat sekali di bahagian antara bibir dan hidung. ada 7 kot.. Dah macam jantan yang ada misai dah.. Hadoiyai.. Penangan stress itu.. Hurmm.


Kita hanya merancang..



Malam ini, tak tahu dari mana, dan bagaimana harus aku mulakan. Tapi jiwa rasa sarat kerana tak tahu kemana harus ku lepaskan semua rasa yang tertanggung. Hanya air mata dapat leraikan semua rasa itu. Tapi aku tak nak nampak selemah itu. Mana aku yang dulu. Yang kuat dengan semua dugaan. Yang tidak mudah rebah dalam setiap ujian..

Diluar hujan mencurah-curah. Tidak selebat mana tapi sejuknya sampai ke jiwa. Titisan air bersama lembut angin menyapa diri ini, membawa rasa yang berat. Harapnya terbang dibawa bersama semua semua rasa yang bersarang itu...

Kita manusia hanya mampu merancang. Dalam setiap perancangan kita cuba mencari yang terbaik dalam hidup dengan berlandaskan izin Nya. Memang benar segala terjadi telah tertulis. Hanya doa dan usaha mampu mengubahnya. Benar DIA lah yang mengetahui yang tersembunyi. Benar setiap apa terjadi ada alasannya. Apa terjadi ada penyebabnya. Bukan aku menyangkal aturan ini. Tapi aku kesal dengan diri yang kadang tersasar bila aturan tidak seindah yang di impikan. Hati mengeluh kesal tanpa memikirkan setiap dari apa yang telah ditakdirkan dariNYA  itu tersembunyi sesuatu yang paling berharga buat hidup ini...

Sesungguhnya hati wanita rapuh sekali. Tapi kita akan cuba sekuat yang mampu untuk mengkaburi khalayak. Namun, sebenarnya, jauh di sudut hati sana, hanya Tuhan sahaja yang tahu, hanya diri sendiri saja yang menanggung semua rasa itu, dan orang lain langsung tak pernah ambil tahu...








Ya Allah.. Letihnya menanggung rasa yang terpendam ini..















PdanS : Masih di Parit Raja. Tidak seperti dirancang. Tak mengapa, kesabaran selalu setia menemani diri..

Sunday, January 29, 2012

Rezeki pagi..






Sedang berkemas-kemas tiba-tiba ada suara memberi salam, lalu di buka pintu..

"Akak... mak bagi.."

"Alahaii... time kasih banyak banyak..."

Rezeki duduk sorang sorang..

Rezeki dari rumah ujung sana..

Selang satu pintu..

Rumah yang kami tidak pernah bertukar juadah..

Hanya jiran di belah kanan dan kira saja yang sering menghulur dan diberi..

Di ahir pertemuan.. di beri rezeki yang sebegini rupa.. 

Alhamdulillah..

Bubur kacang hijau ditambah dengan durian..

Dah lama mengidam..

Makan di kala-kala panas..

Sedang lapar pulak tuh..

Adussss..

Nikmat nikmat..

Terima kasih Tuhan..

^_^










.

Kelebtisan melanda..

Fuhhhh.. ahirnya sampai jugak ke bumi parit raja ini setelah berhempas pulas kesana kemari. Dimulakan dengan keluar dari kediaman tercinta menaiki kereta Si Bapak jam 9 pagi, kemudian menanti bas yang janji janji melayu, di perhentian bas.. lewat sejam!! Adusss.. Dah la sebelum keluar rumah gatal pergi telan ubat jerawat yang sebenarnya harus di telan sesudah makan. Lepas tu terkejan kejan suruh Si bapak berhenti kedai cina apek mana tah nak beli air mineral sebab effect dari telan ubat dengan berkeadaan perut kesong sangat dasyat. Serius rasa macam telekat ubat kat kerongkong walaupun dah minum dengan air bertubi tubi dah waktu kat rumah tadi.. Tapi disebabkan tak dengar cakap orang, pi telan sewaktu perut kosong, so selamat merasa lah macam tercekit segumpal nasik yang bersaiz penumbuk tangan engkau.. Waktu masuk kedai apek tu, aku terus bukak air mineral depan kauter dan minum dengan pelahap tanpa bayar apa apa lagi, sampaikan tokey kedai tu siap tegur lagi, lapaq kaa?? haha.. Nasib boleh cover baek punya.. "Telekat ubat Nyaa".. Serius tersiksa gila.. 2 jam lepas tu baru hilang sikit rasa dia.. Dulu, waktu kat hostel UPM pernah jugak buat perangai macam nie, makan ubat waktu perut kosong, lepas tu muntah tak hingat hingat, badan jadi lemah, terus terpaksa ponteng kelas petang tuh...

Okeh, jam 4 petang kot aku selamat sampai Pudu, lepas tu try  usha usha kaunter kat situ kot kot ada jual tiket ke Batu Pahat.. Tapi menghampakan.. semua destinasi yang menuju ke selatan sila pergi ke Station Bandar Tasik Selatan.. Fine!! Fine!! Lalu membawa diri menaiki train.. Pukul 5 ptg selamat sampai ke BTS.. Beli tiket jam 5.30 petang, sempat la nak sembahyang, makan, minum, berak segala bagai.. Tapi macam besa, lambat lagi bas itu tiba.. jam enam baru sampai kot.. Lepas naik bas, dalam 8.38malam sampai la BP.. Kemudian, ambik teksi pulak, bayar duapuluh hengget, sampai la ke terakat Lorong Haji Saiman jam 9 lebih lebih, Dah seminggu lebih rumah nie di tinggalkan. Sunyi sepi.. Rindu pulak kenangan lalu.. Kenangan dengan penghuni rumah ini..

Ok lah. Dah letih sangat. Esok jam pagi mahu bertemu SV, kemudian berkemas kemas semua barang lalu di angkut menuju ke Melaka.. Travel lagi.. Adus.. Letih hari nie belum habis, akan di sambung esok pulak dengan mendrive ke Melaka lepas tu KL.. Harus singgah di Melaka sebentar, nanti apa pulak kata abang kandung, lalu saja, singgah tak... time susah singgah, time senang hai hai bye bye saja.. Owh, sangat tak boleh, pengungkit dia tuh.. 

Ok.. Tata..





.

Wednesday, January 25, 2012

Note to Self


Kita selalu berdoa padaNYA 

"Berikanlah aku kesabaran, ketabahan dalam menempuh hidup ini"

Selepas beberapa ketika, Tuhan beri kita ujian. Dengan sekelumit ujian itu, buat kita jadi tidak tenang, hati tidak selesa, merungut sesuatu tentangnya. Kita bertanyakan Tuhan, kenapa di uji sedemikian rupa. 

Kita lupa tentang apa yang di pohonkan. Agar diri semakin sabar, tabah, kuat... Mana bisa semua kesabaran dan ketabahan itu hadir tanpa diberi ujian keatasnya. Dalam kita tidak sedar Tuhan telah memakbulkan doa kita itu...

Dengan ujian itu juga, Tuhan sertakan KESABARAN, KETABAHAN yang kita pohon. Kekuatan yang lebih dari biasa.  Tapi sayangnya kita selalu tidak sedar akannya...









.

Senyum dalam risau.


Hai malam yang gelap. Malam yang tidak ditemani lampu lampu pendafloor. Malam ini hanya mampu bergelap gulita dan hanya di iring oleh bunyi dengkuran Sang adek lelaki.. Dan kadang kadang di sahut oleh dengkuran Si Ayah, tidak pun si kakak. saling berlawan antara satu masa lain, siapa yang paling nyaring. Eh, Adik?? Ayah??? Adakah saya di Kampung halaman?? Owh, tidak lah seperti yang anda sangkakan..

Saya masih di negeri tumpangan. Belum pulang ke tanah tumpah darah. Alasanya sangat banyak. Tuhan beri ujian kepada saya dengan beberapa kesulitan di ahir pengajian saya, tapi tak perlu lah di cerita kisah sedih itu. Nanti stress dan menyebabkan jerawat 5 bijik yang tak tertanggung ini bertambah jadi 20 bijik. Cukuplah saya yang tahu, saya yang menanggung rasa itu, dan saya sangat yakin, saya boleh pikul semua itu. Sekarang hanya menanti penuh debar apa yang akan berlaku, semoga baik baik saja. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku, kawan kawan, tolong doakan sekali.. Dah laa.. Tak nak bercakap hal stress itu.. 

Kadang kadang saya terlalu menyembunyikan rasa saya di sebalik keceriaan yang dibuat buat itu. Sehingga semua orang pandang saya dengan rasa kagum. Hebatnya muna, hidup tanpa masalah, tenang saja, selalu ceria saja.. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Bila sampai satu tahap, saya akan menangis dengan tiba tiba, tanpa sebarang sebab, atau bila di ajukan soalan tentang kisah itu, tiba tiba saya tak mampu menjawabnya. Hanya sebak yang kedengaran. Sudah lah. Bukan isi ini yang nak di sampaikan.

Okeh. Actually gua sedang menikmati hari hari indah bersama keluarga di Selangor. Incik ayah, Puan emak, Puan kakak, cik adik jatam dan betino telah kemari berjalan jalan ke selangor. Dah 4 malam mereka bermusafir. 2 hari yang lalu bermalam di melaka. berjalan jalan ke sana. Kemudian semalam bermalam di Shah Alam, Hari nie bermalam di sg buluh pulak. Esok?? Esok akan ke teluk intan, Hihi.. Berjalan saja saya minggu nie. Ya, bergumbira sehingga ahad ini kemudian, membawa diri ke parit raja sekali lagi. Owh tuhan. Permudahkan segala kerja kerja saya.

Saya tak rasa saya boleh update blog sampai semuanya settle. Hati rasa tak best, setiap cerita dan kisah gembira yang nak di sampaikan, mesti akan terselit kisah susah payah itu. Tak mengaplah. Malas sudah mengupdate. Asyik asyik nak tersamsul masuk kisah itu. Nak pergi bercuti lagi dengan mak ayah lagi best. Tata...











.

Friday, January 20, 2012

TeguranNYA


Di uji lagi dan lagi...


Semoga di permudahkan...


Semoga tabah..


Semoga redha..










Ya, mesti ada salah dalam tidak sedar 

Perlu di renung dan di fikirkan hal diri semula

Mesti ada silap di mana mana

Bila kita lupa seketika

Bila berpaling walau sedikit cuma

Pasti  akan di tegur Yang Esa,

Teguran Tuhan istimewa

Diberikan dengan ujian derita

Supaya hati merintih mengadu padaNya

Supaya diri sedar dari lalai leka

Dan kembali ke pangkuanNya

Sungguh Tuhan tak pernah lupa kita

Tapi kenapa masih dipandang sebelah mata???

Ya Allah..... Jahilnya aku....

T_T





.

Thursday, January 19, 2012

And i miss them..












.

Quote #18









“Sometimes we waste too much time to think about someone who doesn't eventhink about us for a second.” 



















PdanS : Berkaca mata saya takkala membaca sebuah blog itu. Kisah tentang kehilangan suami yang dicintai, kisah bagaimana hari hari sukar itu ditempuhi, tentang kisah kisah lama sewaktu bahagia bersama. Semua itu sangat menyentuh hati kecil ini. Ya, saya memang pemurah dengan air mata. Tapi bukan pada semua keadaan dan tempat. Ada waktu waktunya yang saya rasa selayaknya ditangisi. Sebab itu jarang dilihat saya berduka. Dimasa terluang akan dikongsikan bersama.T_T 

Wednesday, January 18, 2012

Sisa sisa waktu.

Hai belog. Mcam dah beberapa hari tidak mencatat di sini. Sibuk yang teramat dengan hal belajar. Biasa la di sisa sisa waktu yang tertinggal nie. Semua aku nak buat. Sampai tak cukup tangan kaki. 

Sekarang, final sudah settle. Yang tinggal hanya PS aku. Itu pun hampir settle jugak. Hanya menanti green light dari tuan SV dan terus boleh jilid. Tapi, yang agak sedih.. aku kena datang balik lepas raya cina nie untuk hal hal PS itu. Kalau di beri kelulusan untuk jilid sekarang pun, still kena datang lagi lepas raya cina ini. Ya la, semua kedai untuk jilid di bolot oleh cina semua nya. Lepas tu di kala kala nak raya cina, sapa yang nak bukak.  Kalau hantar hari nie pun mesti dapat after raya cina. Tapi takpa, aku dah redha dah. Even ramai yang hari nie dah nak siap hantar tesis yang di jilid ke fakulti. Ramai yang dah boleh balik dan tak perlu perlu datang lagi.. Tak mengapa. Dah terbiasa redha di awal awal dengan senang..

Okeh, semalam mebuat BBQ dengan rakan rakan sekelas. Dari jam 3 petang aku dengan 3 orang lagi berhempas pulas menyiapkan ayam yang hendak di bakar. Part aku harus buat yang itu, jadi di kerjakan sehabis baik supaya semua orang tersenyum dan terkenang kenang lepas makan. Memang menjadi jugak lah bila ramai yang memuji sedap macam satey, ada manis manisnya, ada rempah rempahnya. Hihi. Itu semua berkat membuat dengan mereka mereka yang berpengalaman. Aku tukang gaul saja. Tapi baru aku tahu, yang nak membuat rempah BBQ itu sangat kacang saja. Tak ada la punya banyak bahan sangat.. Cuma perlu lebihkan gula dan serai saja. Pasti meletop letop ayam BBQ anda... 

Serai yang banyak banyak, sedikit cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serbuk kunyit, sup bunjut, Gula yang banyak banyak, dan garam secukup rasa... blender dan siapp... ^_^

Ya, duduk di sini selama satu setengah tahun sangat banyak mengajar aku hal masak memasak. Tak pernah mendapat curahan ilmu yang sebanyak ini. Lepas tu semua resepi sangat menarik untuk di santap sampai terterap terap. Nie yang buat diri terasa sudah layak untuk di kahwinkan. Kehkeh. Okeh, tak mengapalah. Nanti aku buat entry untuk setahun sengah di sini. Secara random random. Mesti banyak yang harus di ceritain. Sekarang mau sambung basuh baju, sidai baju dan kemudian sambung tidoq.. Hihihi.. Tata.. 















PdanS : When you say nothing at all...

Saturday, January 14, 2012

Best place on earth without doubt.....






One day god willing I will make it there






















.

Kamis lalu.






Hari khamis lepas hidup sangat kucar kacir. Dengan examnya, dengan buat pembetulan PS nya. Paper jam 9 pagi, malam sebelum tuh baru start study. Study bermalas malas. Study dua menet, ngadap Tumblr tiga belas menet. Nasib baik ada tips tips yang membantu like.. Soalan 1 akan tanya bla bla bla. Soalan dua bla bla.. sampai soalan 6. Dapat sebijik sebijik soalan yang akan keluar exam esok.. Dah siap pilih lagi nak jawab soalan no apa, dan tinggal no mana. Sebab tu study dengan tidak apa kebimbangan langsung. Hihi. Tapi malam tu hanya sempat tidur dua jam sahaja. Tidur pukul 3 sengah, pukul 5 lebih lebih dah bangun balik. Pulun menghapal apa yang nak di karang untuk esok.

Akan tetapi... bila tibanya hari esok.. iaitu hari exam.. dan bila kertas soalan telah di edarkan, tanpa di suruh bukak, aku terlebih dahulu membelek belek kertas soalan itu.. lalu.. Haaaaa???? Apakahhhh?? Errrrrrr??? NOSH? Apakah?? NOOCC?? menatang apa ini?? Serius lain gilerr. Satu soalan pun tak ada yang bau bau seperti tips yang di beri oleh Incik MN. Memang lain gila gila. Giler yang macam study tips cara menjahit baju tapi keluar soalan apakah kesan nitrogen yang berlebihan dalam badan. Memang tak ada keserasian langsung. Nak menggoreng pun sangat payah sebab soalan banyak yang macam fakta. So, apa lagi ujudlah teori teori sendiri.

Keluar keluar dewan exam mood jadi swing swing. Menggeletar satu badan. Kepala pening. Nak muntah. Sakit badan badan. Macam penagih yang perlukan dadah sangat sangat. Tapi sebenarnya mengidam nak tilam bantal.

Waktu ondaway nak pergi cari makan tengah hari, tetiba dapat satu call dari sapa tah. Angkat-angkat..

"Helo ini cik munawwarah ka? saya dari syarikat ***** kat Batu pahat,  Cik ada terima satu barang, dan sekarang saya tengah ondaway nak pergi hantar kat rumah cik. Lagi 10 menet saya sampau. Cik Munawwarah ada kat rumah ke?"


Memandangkan aku tak ada kat rumah dan masih lagi berlegar legar di kawasan UTHM, terus berjanji temu untuk jumpda di main gate UTHM. Lagi senang.

Lepas beberapa menet kemudian.. Barang yang di tunggu pun sampai...

Jeng jeng jengggggg...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




.











Alahaiiii... suwittttttttttttttttt la akak aku sorang nieee... Hihihi. Bagi bagi bunga pulak.. Memang comel tahap gaban gila gila lah. Lepas-lepas dapat terus mood yang swing swing tadi jadi ok. Satu hari mood bebunga bunga. ^_^

Terima kasih kakak ku sinderela yang comel. Bagi hadiah bungan ini. Sayang kamu ketat-ketat lah. Tapi kan.. Kamu jangan lah tertalu baik sangat. Sokmo belanja saya macam-macam. Serius dah jadi segan. Serius yang sangat shit and shitty!! Kadang kadang rasa macam melampaunya Muna nie, teptiap kali keluar mesti akan dibelanja oleh kakak dia yang comel tuh. Tapi, kalau kamu nak belanja saya yang macam macam jugak, apa saya boleh buatkan. Takkan nak tolak. Mesti kamu terasa hati nanti. Jadi terpaksalah saya redha.. kehkeh..

Kakak ku yang comel, kemaafan dipohon dari adikmu yang gojes, kerana tak dapat beri semua kemewahan kemewahan sepeti yang kamu taburkan. Adikmu yang gojes masih bergelar student. Masih mengaharapkan duit mak ayah untuk perbelanjaan harian. Nanti adik mu yang gojes ini sudah bekerjaya, kita perabehh habes habesan desss.. ^_^

Kakaku ku yang comel, sangat lah menjadi harapan saya semoga persahabatan kita akan kekal dan bertambah erat lagi untuk masa masa akan datang. Masa saya sudah punya suami, masa saya sudah punya anak. Masa kamu sudah beranak 5. Semoga kita tetap happy go lucky macam nie setiap kali bejumpa. Semoga kita tak akan bokbuat lupa untuk mengingatkan sesama kita bila kita macam dah terlupa antara satu sama lain. Semoga bila kita sudah punya kehidupan masing masing, punya kerjaya, punya suami dan anak,  punya kesibukkan untuk semua itu, persahabatan yang terjalin tak pernah sedikit pun pudar, tapi  semakin  erat terjalin . Semogaa.. Amin...














.
PdanS : Kejadian lama berulang. Kereta kehabisan minyak di jam dua pagi sewaktu pulang dari library UTHM. Nasib baik mapuh setelah bergerak dalam 10 m dari tempat parking. So, tengah tengah malam yang membuta, bersama 3 orang kawan, pakat menolaklah kereta gue yang sangat sangap minyak itu. Memang kedarah minyak gila gila.... Sepanjang 6 tahun study di UMP, berjaya kutip 3 kali pengalaman  kehabisan minyak di Kuantan. Lucu sungguh kalau di ingat ingatkan balik. Lepas tuh.. study kat UTHM nie, nak jugak adaaaa.. hamek kau, dah pun terjadi.. Hahaha..

Friday, January 13, 2012

Dalam diam diri DIRINDUI...




Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :
“Siapakah yang paling hebat imannya?” tanya Rasulullah. ”Malaikat,” jawab sahabat. “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.””Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.””Mungkin kami,” celah seorang sahabat.”Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. “Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. “Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku,” suara Rasulullah bernada rendah. “Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.



Ya Allah, sayangnya Nabi kepada kita, rindunya Baginda terhadap kita... Belum di ujudkan di muka bumi lagi,  belum lahir kedunia sudah di sebut sebut... Tapi kita??? Tapi diri ini????.... T_T



Bibir sering kali melafaz kata cinta padaNya, pada pesuruhNya, 

Tapi bila dilihat pada tiap Perbuatan??

 Semuanya tak membuktikan...


T_T













Ya Saiyyidi Ya Rasulullah.. 
Sampaikanlah kami kepada mu..
Terimalah cinta kami pada mu..
Ringan dan basahkanlah lidah ini selalu mengucap selawat pada mu..
Kuatkanlah hati dan anggota ini melaksanakan sunnah mu..
Berikanlah kami minum air telaga Kauthar dari telapak tangan mu..
Benarkanlah kami melihat wajah dan mengucup tubuh mu..
Jadikanlah mimpi-mimpi kami sebagai pertemuan dengan mu..
Temukanlah kami dengan ahlul bait serta para sahabat mu..
Sertakanlah kami dikalangan orang-orang yang mencintai mu..
Tempatkanlah kami bersama-sama dengan mu di akhirat nanti..
Kurniakanlah syafaat mu kepada kami.. Tetapkanlah kami untuk mengikut jalan mu..

Rasulallah.. siapa yang tidak tenggelam dalam cinta kepadanya...ami pada mu..
Ringan dan basahkanlah lidah ini selalu mengucap selawat pada mu..
Kuatkanlah hati dan anggota ini melaksanakan sunnah mu..
Berikanlah kami minum air telaga Kauthar dari telapak tangan mu..
Benarkanlah kami melihat wajah dan mengucup tubuh mu..
Jadikanlah mimpi-mimpi kami sebagai pertemuan dengan mu..
Temukanlah kami dengan ahlul bait serta para sahabat mu..
Sertakanlah kami dikalangan orang-orang yang mencintaami pada mu..
Ringan dan basahkanlah lidah ini selalu mengucap selawat pada mu..
Kuatkanlah hati dan anggota ini melaksanakan sunnah mu..
Berikanlah kami minum air telaga Kauthar dari telapak tangan mu..
Benarkanlah kami melihat wajah dan mengucup tubuh mu..
Jadikanlah mimpi-mimpi kami sebagai pertemuan dengan mu..
Temukanlah kami dengan ahlul bait serta para sahabat mu..
Sertakanlah kami dikalangan orang-orang yang mencintai mu..
Tempatkanlah kami bersama-sama dengan mu di akhirat nanti..
Kurniakanlah syafaat mu kepada kami.. Tetapkanlah kami untuk mengikut jalan mu..

Rasulallah.. siapa yang tidak tenggelam dalam cinta kepadanya... 










.

Thursday, January 12, 2012

Take a smile...



Alhamdulillah, 3 paper dah berlalu. Satu saja lagi yang menanti isnin nie. Banyak sangat benda yang mahu di kongsi di sini, kisah semalam yang indah ada bunga bunga. Kisah semalam jugak yang macam menggila soalannya. Dan hal hal buku yang bertimbun timbun atas katil. Hurmm.. Seperti banya, tapi masa terlalu mengekang, tak dapat nak karang semua itu. Sekarang pun baru habis jawab paper yang ke tiga tadi, malam nie harus ke library membuat assignment yang terahir. Errrrr.. Okeh lah. Azan zuhur sudah berkumandang. Mau  solat dan lepas itu mau berpengsang pengsang lalu terkoma sampai magrib.  Akhir kata, terimalah sekeping gambar yang cukup bermakna ini. Tata ^_^














.

Tuesday, January 10, 2012

Berpagi secara awal.








Hai blog. Good Morning.... ^_^

Hari nie berpagi secara awal awal.

Tiada kisah-kisah terpengsan seusai subuh.

Yang ada kisah breakfast with secawan nescafe

Ditambah dengan sebungkus bihun basi. T_T

Bihun semalam.

Ingat masih elok.

Jadi di perangat balik sebentar tadi.

Time nak cedok masuk pinggan,

Try pegang pegang, kemudian, errr..

Dah melekit.. Kompem basi..

Jadi biskut tiger jadi peneman pagi nie.

Sekarang macam agak hobi jugak.

Pagi pagi mesti sakit perut

Sakit perut yang harus di bawa ke bilik melabur.

Fine!!! Sakit tuh datang lagi.. Tata..








Handmade Card.








Gambar ini buat saya teringat.

Teringat tentang hobi saya yang dulu.

Yang tersimpat rapi dalam fail biru.

Sekarang masa sangat mencemburui.

Jadi, yang digemar terpaksa di lupakan dulu.



Card maker...

Cita cita yang pernah datang.

Tapi hilang kerana tiada waktu terluang.

Tak mengapa, tunggulah saya selesai berjuang.

Akan di kerjakan sepenuh tulang benulang.



Comel kad ini.

Ada love love kecilnya.

Ada beribu ribu jumlahnya.

Ada banyak warnanya.

Barangkali diberi pada yang kechintaan nya.

Tapi lagi indah kalau disetiap love love kecil itu di tulis note note ringkas.

Note note tentang masa bersama.

Masa gembira.

Masa sedih.

Masa kecewa.

Masa sukar.

Alahai, teringat pada teman teman seperjuangan pulak.

Cukup lah.

Nanti ada habuk masuk mata pulak.




Monday, January 9, 2012

Aduhai mimpi... ^_^




Melihat seketul video Mat Luthfi di dinding Facebook sapa tah buat aku teringat akan mimpi yang malam itu. Nama pun mimpikan. So cerita mesti la merapu, mengarut dan menipu saja [dirujuk kepada mimpi yang bukan bukan. Mimpi yang mendapat hidayah, mimpi Tsunami bukan mimpi mengarut. Itu satu petanda supaya diri lebih sedar, segera kembali ke pangkal jalan]

Okeh kembali kepada mimpi malam tuh, memang bagai bunga bunga cinta lah. Sampai aku bangun tidur pun boleh lajak ke jam 11 pagi. Actually terjaga saja di jam 8, 9 pagi, tapi sayangkan mimpi yang indah itu, terus dipaksa kepala untuk lena dan sambung lagi mimpi itu. Kehkeh. Lepas celek celek mata saja, tak dan nak bangun lagi, tak dan nak alihkan kain selimut, terus wajah tersenyum panjang lebar. ^__________________^ Sampai roomate tegur. Awat bahagia semacam ja nie bangun bangun tidur.

Tanpa di alih kan apa-apa dari badan, dan masih berkeadaan bergolek-golek di atas toto narita lagi, terus dikongsikan cerita yang cuwet cuweeeet gitu bersama roomate. Alahaii.. Mat Luthfiii.. Mat Luthfi.. hahaha.






Sinopsis mimpi itu. 

Sinopsis sudah la ye. Tak ingat sangat detail sebab 3, 4 hari yang lalu mimpi ini. Hahaha.

- Saya pergi ke sebuah kem bahasa English apa tah
- Sungguh tak sangka Matluthfi adalah salah sorang Abang fasi di situ. 
- Dengan tak di sangka sangka lagi di cuba menakel saya? Apa?? Saya di takel oleh artis Youtube yang glemer ituh.. Alahaiii.. cuwettt nyerrrrrr.. haha.. (sila berbulu bulu ya)
-Masa berlalu dengan pantas dan kem itu pun berahir, sebelum pulang, kami ambik gambar berdua, di atas TANGGA bas sekolah (kenapa mesti TANGGA BAS SEKOLAH wahai mimpi? tak romantik langsung) Dan dia sememang nya seorang yang sengal  kurang perasaan control macho haruslah berposing secara gila gila, like posing ala ala sedang bersanding di TANGGA BAS SEKOLAH. Pasangan pengantin yang senget lagi sengal.. haha





Aduhai mimpiii mimpiiiii...






.
Semua video dia buat aku tergelak dan berfikir. Bagus video video Mat Luthfi nie, ada pengajaran yang nak di sampai. Dan ayat ayat dia pun menarik!!









PdanS : Mimpi saya sekarang nie macam sangat menarik sehingga perlu di catat di ruang ini. Haha. Tapi serius tak tengok video dia pun sebelum tidur, tak bercakap hal dia pun sebelum sebelum itu. Dan yang paling penting, SERIUS tak pernah menyimpan apa apa perasaan pun ke Mat Luthfi nie. Kalau orang post video video dia kat FB, tumpang sekaki tengok, tapi tak ada la sampai nak donlod donlod semua video dia, pergi stalk setiap hari, nehi nehi..  Tapi apasal aku mimpi beliau ini ek?? hurm.. Mimpi yang agak bidan terjun dan sungguh tiba tiba..

Mimpi malam nie nak hero lain pulak lah, Aaron ke... tak pun laki orang tuh, ZA!! Kehkeh.. ^_^


Semoga...


Dari semalam dari aset berlagha. Bukan tak di cuba buat kerja. Tapi bila di buka file file yang berkenaan otak jadi blur, tak dapat berfikir, terus putus asa dan jadi malam malam yang sangat down. Bila terasa down, masuk bilik, baca buku yang berkenan di hati. Lebih terasa berbaloi. 

Sekarang pun masih menghadapi masalah yang sama. Sampai kat library nie dah nak dekat dua jam. Tapi macam satu habuk apa kerja pun tak jalan. Tak ada semangat nak buat. Tak ada perasaan. Selalu sangat memikirkan benda yang buruk buruk yang tak sepatutnya difikir. Ya Allah.. Kenapa la jadi macam nie. Mari bersihkan hati. Namo fikir fikir yang bukan bukan.

Sekarang tak tahu apa yang harus diperbuat. Tak mengapalah. Mari menukar port. Semoga boleh buat kerja. Semoga. Aminnnn...

Planning for my 'rumah tangga' life.. ^_^



Semenjak dua menjak dapat baucer buku bernilai RM200 nie, hobi membaca saya sangat menjadi-jadi. Pantang ada masa lapang terus di cari buku sebijik dulu untuk di tatap. Kadang kadang bukan saja di masa lapang, masa masa yang esok ada kuiz dan lusa nak ada paper final pun masih lagi malas menelaah yang berkaitan, tetap nak baca buku yang baru di beli itu.. Hihi..

Lepas berjalan jalan di Tumblr, saya terbaca satu quote yang macam, eh eh, nak plan lah macam nie.. nak nak !!!











Sangat sangat berharap, bila ada anak nanti, nak didik anak supaya suka membaca. Tak nak anak anak jadi semacam ibu dia, sampai besar, tua bangka baru ada kesedaran kearah itu. Ya, sekarang baru sedar betapa ilmu kurang didada. Betapa semua itu berpunca dari sifat tak suka membaca. Bila dah membaca nie, rasa macam, eh, banyak nya yang aku tak tahu... dan bila membaca yang berkaitan dengan hal hal keagamaan, ketuhanan lagi lah menyentuh hati, jiwa dan raga saya. Sesuai sangatlah untuk saya yang selalu lalai dan alpah nie. Sekurang kurang nya, bila dah suka membaca, hati akan sentiasa lah ingat pada yang Satu itu. Semoga akan istiqomah sampai bila bila hobi ini.

Hajat dan impian yang paling besar sekali, SANGAT SANGAT nak memiliki satu bilik bacaan macam kat bawah bawah nie. NAK SANGAT SANGAT!!!




.



.



Library idaman saya simple saja. Cukuplah ada rak rak buku yang berketinggian dimana tangan mampu di capai dan tak perlu sampai kena ada tangga untuk panjat bagi mengambil buku buku di rak teratas. Kalau dah sampai kena pakai tangga tuh, rasanya nanti, dah tak terbaca buku buku kat rak tuh, lalu  berubah lah menjadi muzium library pulak. Lepas tu, nak ada sebijik sofa atau kerusi yang empuk empuk untuk membaca. Jadi sambil baca boleh golek golek, lepas golek golek tak sampai 3 menet boleh terus ZzZZzzZZ. Kemudian, ada carpet yang empuk juga buat anak anak golek golek sewaktu membaca. Kiranya, nak bilik bilik yang santai saja. Bila masuk rasa best nak lepak lepak. Meja meja study, plus lampu sebijik, tak perlu kot, nanti akan macam ter-psycho untuk perlu belajar dengan tekun. perlu belajar!! perlu!! lalu menjadilah seorang insan yang stress bila masuk library kecil itu. Namo namo..





Alahai, sweetnye bila berkumpul satu family, duduk lepak lepak sambil membaca. Best kan.. hihi





Cantik kan bilik nie, color dia buat rasa tenang, aman jee. Tapi unggun unggun api tuh tak payah la kot. Kang ado jugok hat tebakau nye rumah akau..






Okesp. itu saja rancangan saya untuk masa berumah tangga nanti. Semoga apa yang di tulis di sini dapat di capai. Aminnn...












PdanS : Nanti kalau ada kelapangan, ada update cerita baucer buku RM200 tuh. Tata. ^_^
.

Untuk kesayangan saya Aisha da gojes and da hot hot market ^_^







Assalamualaikum sahabat.. ^_^

Di ruangan blogspot yang sangat tidak membataskan tiap-tiap ayat ini di sampaikan, dan di hari di mana usia kamu bergenap 26 tahun, 

ingin saya ucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN DILAHIRKAN!! ^_^


Dan sangat menjadi harapan saya, di hari hari mendatang..

Semoga Sya dimurahkan rezeki selalu..

Semoga di permudahkan segala pekerjaan..

Semoga di panjangkan umur bersama kesihatan yang baik dan iman yang bertambah.. 

Semoga sentiasa dalam Rahmat Tuhan selalu..

Semoga mendapat jodoh dan keturunan yang baik..

Semoga menjadi Hamba (ALLAH), Anak, Kawan, Isteri, Ibu, Menantu yang solehah..

Semoga 26 yang mendatang dan seterusnya ini membawa perubahan yang baik buat hidup kamu.. 

Amin....

ILYSM!!!











Pdan S : Owh "I do! I do! i do do do do do dooo" ^_^ Bila nak i do i do??

Friday, January 6, 2012

Hati yang teringat.



Hai minggu yang dihujung hujung. Hai juga untuk hati yang tidak berperasa. Entah. Tak tahu apa yang harus di rasa. Tapi rasa yang di rasa itu semua pelik pelik saja. Actually sangat sangat nak balik rumah. Entah lah, tapi terasa dengan yang sangat sangat. Mungkin bila lihat wajah mak, tengok muka ayah, hati akan jadi tenang. Nak call cakap dengan mak, tapi risau ada sebak yang teramat. T_T













PdanS : Ya, menangis dengan yang banyak banyak mampu buat kepala rasa sakit. Rasa berat. Ya Allah....
.

Bosan.



Malam nie... Malam berbosan-bosan. Entah. Hanya mengadap Tumblr. Reblog semua yang berkenan di hati. Yang kena dengan jiwa. Kemudian, menulis sesuatu di blog ini. Sambil sambil itu mendengar lagu kegemaran.. Don't want miss a thing sambil dalam hati ada teringat.. teringat pada yang tak nampak.. ya lah. Kalau teringat pada yang nampak itu di panggil melihat. Sungguh apa apa saja kamu ini. Tapi lagu ini buat saya rasa hurm tah. Rasa yang tak perlu di cerita. Sekian. Terima kasih.  T_T

Hep, satu paper sudah berlalu. Tinggal lagi 3. Dihari Khamis dan Jumaat depan. Dan hari Isnin yang depan depan. Lepas tu yeay!!!

Yeay lah sangat. Thesis tak buat correction pun lagi. Ada 2 Assignment yang masih di hutangkan. Ada satu kuiz di hari selalsa depan. Hurm. Malas la fikir lagi.. Mau rehatkan minda dengan bacaan yang menyentuh jiwa buat rasa cinta lagi membara. Ya, tak kenal maka tak cinta.. Macam mana nak bercinta kalau tak kenal.. Jadi, mari membaca kisah kisah yang buat hati sentiasa dekat denganNYA. Hati sentiasa teringat pada PesuruhNYA.

Mereka cakap, kalau nak buat baik, tapi tak ikhlas, baik tak payah buat.. Nak tunggu ikhlas tu sampai bila? Bila ikhlas tu nak datang. Bila insaf tu nak tiba? Macam mana nak insaf kalau diri masih lagi bergelumbang dengan dosa. Sebab tu, kadang kadang, berbuat baik harus dipaksa.. Paksa diri untuk buat.. Paksa hati untuk ikut.. Biar hati tak ihklas sekalipun, lama-lama bila dah terbiasa, dah selalu di amalkan, pasti ada sekelumit rasa keinsafan yang timbul dalam jiwa..


"Buatlah kebaikan dan kebajikan walaupun tak ikhlas. Mungkin kali ni tak ikhlas, siapa tahu kali ke-1000 baru ikhlas. Jadi, bila dah ikhlas nanti, doa pada Allah supaya beri pahala bagi kebaikan yang tak ikhlas dulu. Nak tunggu ikhlas, entah-entah sampai mati pun tak ikhlas... Didik dan paksalah diri kerana nafsu sentiasa memusuhi iman "

 Dan saya sangat sangat percaya, kalau kita nak berubah, mesti tuhan akan permudahkan jalan kita.. Hantar seseorang yang memberi inspirasi, semangat kepada kita.. Sentiasa di jauhkan kita dari tempat yang tidak elok.. InsyaAllah, sesuatu benda baik yang ke jalan Allah, pasti akan dibantuNya...









.

Thursday, January 5, 2012

Quote #16









And i enjoy it... ^_^


TUMBLR




.

Exam, tidur dan mimpi.



Assalamualaikum. Hai... Sekarang nie, semakin nak exam semakin menjadi jadi tidur aku. Tah la, waktu tak exam tak nak pulak nak tidur tidur nie. Bila dah esok nak exam.. hurmm.. asal pegang buku je dah start menguap. Lepas tu otak pulak selalu psycho yang baik baik, macam, alahh, senang jee soalan esok, tak payah baca sangat, boleh jawab punya. Baik kan otak saya. Lepas tu terus tiada kerisauan untuk hari esok. Lalu bertenggek di sini menulis dua tiga butir kata. Hahaha.

Okeh, esok 1st paper. Wish me luck. Doakan saya dipermudahkan jawab walaupun bacanya tak seberapa. First paper pun berperasaan malas yang teramat, begemana nak menghadapi paper paper yang berikutnya nie. Hadoi.

Lepas tu, saya sekarang kan, kalau tidur je mesti akan mimpi yang peli pelik. Tadi petang tertidur secara tak sengaja sewaktu membaca kisah sejarah Sosiologi. Tidak di sengajakan lagi bila tertidur secara berlama lama. Sangat tak sengaja kan? ^_^ Lepas tu mimpi, mimpi yang mana sedang berjalan jalan melawat muzium tentang kisah nabi, penghijrahan nabi, peperangan di zaman nabi, di satu kawasan di kampung mana tah dan tiba tiba ada tornado AKA puting beliung yang sangat besar. Bergerak menghampiri kami kami, time tuh takut yaang teramat amat macam dah nak kiamat pun ada. Waktu tu jugaklah mulut tak henti henti menyebut nama Allah.. Lepas di baca beberapa surah, nasib baik dia membelok, tapi masih lalu di sebelah kami, angin kuat dia sangat sangat terasa. Hurmmm.. Dah la semalam mimpi Tsunami dan angin taufan. Petang nie pulak mimpi Tornado. Ya Allah, petanda apakah ini. Semoga di jauhkan segala bencana yang tidak baik untuk diri ini. Amin...

Dan di last mimpi tu, ada yang manis dan sweet sweet gitu. Ada seorang lelaki dalam mimpi saya dan saya still boleh ingat lagi muka dia. Berkaca mata. Berkulit cerah. Sedikit parut jerawat. Serius masih segar lagi wajah dia. Tapi kejap kejap lagi hilang la ingatan ini. Haha. Okeh, nak di jadikan mimpi la kan, dia dah lama dah menaruh harapan pada saya, selalu berusaha untuk memikat saya dengan bersungguh sungguh. Dan waktu Tornado tu berlaku, dia memang ada dengan saya. Sangat menjaga saya. Dan lepas turnado tu berlaku, secara tiba tiba kelompak yang buat lawatan tadi tetiba sampai kat rumah dia. Err?? Ya mimpi selalu macam tuh, engkau di muzium dan engkau boleh sampai kat mana mana kampung orang dengan sungguh tetiba. Errr.. Dan rumah dia AKA lelaki itu tadi, adalah rumah kampung yang sangat cantik. Depan rumah ada kolam, ada itik berenang dan tetiba saja sebab rumah dia cantik saya boleh terima dia. Sebab rumah cantik?? Ya, bagus punya sebab!! Walapun dalam mimpi tuh dia penah pegang tangan saya secara sengaja. Saya tetap terima dia... Mimpi mimpiii... Hadoi.  Mula-mula dah start pegang, tak kawen lagi pulak tuh, tak reti ke halal haram. Kalau di alam yang nyata, sorry tu say lah. Memang kena reject la awal awalmlagi. Bukan model bakal suami yang baik.....

Aduhai... Mimpi... Mimpi....








.

Zikir untuk terhindar dari musibah..



Bacalah




( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم )



Tiga kali di waktu pagi dan petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara tiba-tiba yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang sohih. Ertinya bacaan itu "Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui". Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.



Wednesday, January 4, 2012

Petanda?





Kamu. Semalam dia datang lagi.

Datang dalam mimpi.

Tapi dengan kisah yang lain.

Kisah yang selalu terjadi, selalu berlaku di tempat lain.

Semalam, dengan tak disangka, dia datang ke tempat sendiri.

Angin laju itu meranapkan separuh dari tempat berteduh aku.

Mak, ayah, kakak, paktam, semua luka.

Nasib aku tidak di situ.

Terselamat dari bencana buruk itu.


Kemudian, aku pulang.

Pulang melihat tempat berteduh yang ranap itu.

Tiba tiba, dari jauh, aku ternampak sesuatu.

Sesuatu yang di sebelah pantai.

Ada ombak yang tinggi.

Tingginya yang amat amat.

Hitamnya yang gelap gelap.

Lalu dengan kuat menghempap pantai.

Nasib aku sempat berlari,

Sembunyi jauh di balik tembok.

Cuba di jerit pada mak ayah dan kakak

Tapi sudah terlambat.

Bila keadaan reda, semua bergelimpangan.

Di mana mana, di merata tempat.

Aku nampak mak, masih mampu bernafas.

Kemudian, aku cuba mencari ayah.

Puas di pusing sana sini.

Tapi tidak ketemu.

Di satu sudut, mata liar tertumpu pada sesuatu.

Seperti kenal bentuk badan itu.

Seperti selalu dilihat wajah itu.

Aku cuba dekati.

Tapi...

Tuhan lebih menyayangi.

T_T












PdanS : Sudah banyak petanda yang di beri. Ya Allah, semoga hati sentiasa dekat selalu dengan Mu. Tidak berbolak balik lagi. Tidak lalai lagi. Tidak leka lagi. Tidak ulangi kesilapan yang dulu lagi. Aminnnnn. 


Tuesday, January 3, 2012

Sampai di sini saja. Sekian.



Alhamdulillah. Dah selamat presentation aku. Tapi selamat kah? Macam sangat menipu saja? 

Hurm. Selamat la sebab walaupun di bom dengan dasyat, tapi tak la sampai hancur bekecai badan, sampai nak kena sedut pakai vakum.  Tak  tak, cuma sebelah kaki tecampak di utara, tangan dalam tanah, kepala? kepala tecampak ke laut, nyaris dibaham buaya laut dan Paus Bunting yang mengidam kepala orang. Tu lah perumpamaannya kepada peristiwa pembentangan projek aku tadi. Paham ideologi ini? Tak paham sila pergi sambung Master in Education di UTHM dan bila dah sampai waktu kena present Projek Sarjana, engkau mintak lah nak present dengan Prof A dan Incik B serta Tuan Haji C. Maka selepas itu akan lebih difahamilah ideologi sampah ini. Sekian.

Kesimpulan, Alhamdulliah, tak kena present semula. Ya tu yang lagi penting. Correction memang harus ada dan BANYAK!! Tapi tak mengapa. Janji tak ada lah sampai semua kena ubah. Mau jugak yang berkampung kat sini sebulan dua lagi.

Ok. Cukup kisah PS kita. Tiada lagi kisah PS PS selepas ini. Kalau tertulis jugak tuh, mungkin PS yang stand for Pacar Segak or Pemuda Smart =P. Dah boleh say Good Bye PS. Good Bye Master. Good bye UTHM.....  Hai hai PHD!!!! (Perhhh!! ada jugak tak kawen sampai ke tua. errrr)

Monday, January 2, 2012

Bersakit-sakit dahulu.


Hep anda. Hurm. Hai. Esok saya ada presentation project saya. Project yang besar, dan yang paling terbesar. Tapi, hurm. Tah saya tak ada perasaan apa lagi. Slide pun baru separuh siap even start buat dari petang semalam lagi. Tapi di sebabkan buat 3 menet dan bejalan jalan di internet 3000 menet, jadi terbengkalai macam tu jer. Tapiii.. esok saya dah nak present!!! Tak ada lagi apa apa perasaan ketakutan ke, kecuakkan ke, kerisauan ke. Sangat bimbang dengan diri sendiri yang tak ada perasaan apa apa nie. Hurmmm.

Perut pulak meragam sebab sedang di Mood Kotex. Sakit yang luar biasa. Sebelum nie tak pernah pulak nak senggugut, kalau sakit pun just rasa macam sakit nak membuang je, tu pun kalau nak terasa, tapi yang selalu selalunya tak rasa sakit apa apa pun. 


Kali nie lain macam pulak. Sakit sampai perlu di bawa berguling guling atas katil sambil menekan perut kuat kuat. Sampai kena duduk macam ulang lipan. Menggulong kan badan semacam je dan kadang kadang macam tenggiling yang sedang berguling guling di atas katil. Errrrrr.. Tapi Alhamdulillah, dah hilang sikit. Sekejap saja semua itu. Macam mana la perasaan mereka yang senggugut secara teruk teruk itu kan. Ada yang sampai tak boleh berjalan, sampai kena makan ubat, sampai pergi klinik dapat MC. Sampai menangis nangis. Errrrr... Sangat simpati. 

Syukur, tuhan memberi kesihatan yang baik baik saja. Saya bukan jenis yang mudah dapat penyakit, sangat boleh di kira berapa kali deman. Tapi sekali deman memang dasyat. Last deman dulu waktu 2007.  Time tuh Tuhan saja yang tahu. Nak berjalan pun tak mampu. Badan panas yang tak terkata kata. Time tuh duduk kat hostel pulak tuh. Kena pandai pandai jaga diri, nasib baik ada roomate dan teman baik yang datang jenguk, tolong apa yang patut. Seminggu jugak la nak kembali pulih. Tu pun bila dah kuat sikit, batuk still tak henti henti.


2nd last deman waktu, sekolah teknik dulu. Form 4 or 5 tah. Tak berapa ingat. Time tuh lagi sedih. Dah la deman, nak pergi klinik, van sekolah pulak tak ada time tuh. Terpaksa lah jalan kaki sejauh hampir 2 kilo kot. Dalam dalam deman pulak tuh. Bila dah jumpa doktor, dapat MC 3 hari. Then jalan pulak balik ke hostel.. Call la mak suruh datang ambik kat hostel. Mak cakap, tak boleh balik naik bas ka?.. Haaa!! Tergamam dan tak boleh nak cakap apa. Memang mata dah berair kat situ. Nak je cakap, mak, anak mak deman, sakit sampai doktor bagi MC 3 hari, bila dapat MC yang banyak tuh, maknanya, deman teruk la tuh. Tapi cakap dalam hati saja. Nasib baek lepas cakap tak larat nak tunggu bas, letih, then mak pun paham. Datang lah, kakak or ayah tah jemput ambil. Balik rumah. Tapi memang sedih sangat sangat.

Apa apa pun, saya tetap bersyukur, sesedih mana pun yang saya rasa, sesakit mana pun ujian yang ditimpa, semua tu sekelumit cuma. Berjuta-juta lagi nikmat yang Tuhan beri yang harus kita Syukuri, cuma kita saja buta dalam menilainya....







Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Bukhari) 


Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.
(HR. Bukhari) 


Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah).
(HR. Bukhari)












.