❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2011

Tenat.



Menghabiskan sisa sisa hari bergelar pelajar. Masa yang semakin singkat membuatkan diri jadi tenat. Kerja yang sesemester dibereskan dalam masa seminggu dua. Hebat tak hebat. Itulah pelajar. Jangan ditanya kenapa tenat. Menjadi rutin harian untuk semput di setiap masa. Hadoi. Dagahakan segelas oksigen. Segelas sudah cukup!

Menghampiri tahap klaimet. Kemuncak segala kisah. Bukan final yang di debar. Bukan final menjadi kisah kami belajar. Itu masih boleh di pejam mata lagi. Belajar secara main-main pun masih boleh lulus. Tapi susah untuk mengemilangkan result. Hanya sekadar dapat cukup makan. Tak mengapa. Kita bersusah susah untuk final bila tiba masanya. Tidak ada dalam kamus hidup bermain main lagi. Ini peluang terahir. Ruang untuk mengcantikan result  hanya tinggal ini saja. 

PS PS dan PS. Baru menaip saja sudah buat hati jadi tidak keruan. Kalau untuk difikirkan? Arh, mahu di turutkan kata hati saja. Mengundur dan berserah. Tapi agama tidak pernah mengajar itu. Harus ada perjuangan sebelum menyerah. Tawakal pada penghujungnya. Bukan di awalnya.

Kisah sekarang hanya PS. Mahu ketawa bila membaca. Busan sungguh isinya. Hal hal PS yang hanya aku saja tahu. Dipandang bosan yang tidak mengerti. 

Hidup sekarang penuh bunga bunga CHENTA. Setiap waktu berchenta. Sebelum tidur BERCHENTA. Bangun tidur BERCHENTA. Lepas makan BERCHENTA. Dan tiba-tiba ada kisah BERCHENTA di pagi hening. Di waktu embun turun. Di watku mimpi. Haha. Ya, demi CHENTA sanggup dikorbankan segalanya. Masa tidur. Masa Tentang DHIA. Masa bergurau senda.

Di klaimeks juga hati berubah. Berubah menjadi yang di cari. Sedikit demi sedikit. Biarpun nampak sangat sangat perlahan. Perlu kesyukuran. Sekurang-kurangnya menjadi terpilih. Bukan semua diberi kesedaran. Alhamdulillah. Semoga lebih istiqomah. Semoga sentiasa di tetapkan. Semoga tidak ada palingan. Semoga mendapat keredhaan. Amin.










PdanS : Apasal aku menulis dalam keadaan ayat yang errrr.. tah. pesyen apa tah ayat di atas. Paham tak?Haha. Tak mengapa. Abaikan. Bye!!

No comments: