❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2011

Serius beb!

Hari dirasa semakin padat. Hidup seperti sendat. Biarpun tidak memakai sesuatu yang ketat. Tapi setiap masa penuh keringat. 

Sekarang bernyawa dalam terkejar.  Bekerja dalam gementar. Hati di rasa makin berdebar. Hari dinanti menunggu nasib kabar. Harapnya semua baik-baik dan berjalan lancar.

Kamu, doakan semoga baik baik saja hari saya. Semoga baik baik saja hal belajar saya. Risau bersarang lagi. Tidak mahu seperti masa lalu. Kerja hanya sekadar ada. Ilmu langsung tidak penuh di dada. Yang dibawa hanya entah apa-apa. Tidak tahu semua benda. Owhhhh. Tidak suka.

Nampak mereka semakin celaru. Tapi aku masih relax maintain berlagha di depan muka buku. Mengupdate blog pun selalu. Hadoi. Bila nak ke tahap itu. Tah la. Mungkin aku jenis yang berrelax-relax bila mengadap sesuatu. Tidak suka meng complicated kan masalah aku. Tapi last last? result pun tak segempak yang bercelaru itu!!

Okeh. Sudah. Mari bekerja!!! Masa itu emas. Boleh jadi juga ikan emas. Tangkas bergerak, laju berlari. Ya masa itu ikan emas!! [ideologi yang semakn celaru dan serabut. dah!! mari ke pangkal jalan]

No comments: