❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 10, 2011

Menulis di petang hari.


Cuaca di parit raja hari nie sangat panas. Sangat membahang. Sangat buat aku rasa nak masuk peti ais dan tutup rapat-rapat. Tapi terpaksa di lupakan niat tu sebab mana nak cari peti ais di rumah sewa yang sekadar melepaskan batuk di tangga saja. Errr. Apakah.

Rumah sunyi. Yang kedengaran bunyi kipas berpusing. Bunyi key board yang sedang di taip. Bunyi lagu Don't Want Miss a Thing dicorong dada laptop. Don't Want Miss a Thing? Wau! Sangat membuat mood saya melayang. Jauh ke awan. Tinggi ke langit biru. Wah!! Mari menulis secara berbunga bungan sekejap. Eh, lama-lama pun tidak mengapa kan? sampai habis pun tak kesah kan? Hahaha.

Tidak. Saya bukan mahu membicarakan hal dalam hati sudah ada bunga. Tapi mau cakap yang i suka bunga carnation yang ini.




Ya, saya suka bunga ini secara mendalam. Secara ketat ketat. Can? Haha.

Okeh. Sebenarnya nak tulis dengan lebih sangat sangat panjang. Dalam banyak hal. Hal semalam. Hal mimpi yang indah. Hal menjadi manusia jangan memijak manusia lain. Hal menjadi manusia yang perlu menerima pendapat orang lain. Hal manusia yang tak boleh rasa semua buah fikiran kita saja yang benar. Lagi, Hal manusia yang orang suruh pi melawat Jabatan Tenaga Manusia kat putrajaya saja, tapi dia pi hentam melawat Jalan TAR sekali. Hal manusia yang gila beli tudung 6 lai sekali shopping. Banyak kan benda nak di cerita. Tapi nak tamatkan di sini saja. Sebab sekejap lagi jam 6 petang nak pergi keluar jogging. Sekarang jam 5.30 menet petang. Nak tidur kejap. Tata sayang! ^_^ Bersayang sayang dengar reader. Perhhh. Mana nak cari blogger macam nie. Haha. 









PdanS : Hai penduduk Taipei. Tak nak say something kah? Jemput lah. Hai hai hai. ^_^



No comments: