❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 7, 2011

Ilmu dan amal.


Hai hati yang ke udara. Jangan berterbangan sangat. Jangan melayang sangat. Bimbang bila di tiup angin laju, terus hilang arah, hilang pandang. Kasihan sama pemilik ini. ^_^

Malam ini tidak mahu melayang ke mana-mana lagi. Cuma terfikir akan satu hal tentang diri ini. Tak perlulah di baca di mentelaah lagi. Cukup disini. Sebab ini hanya cerita hati.

Cerita hati bermulanya begini. Si hati selalu mengeluh sendiri. Sampai bila nak macam nie. Asik bergelumbang dosa sana sini. Bila nak berubah nie. Jangan tunggu bila dah nak mati. Waktu tuh semua tak beguna semua rugi.

Eh.. kenapa perlu tulis macam ada ciri ciri kePantunNan nie. Haha. dah dah. Mari keluar dari kepompang bahasa jiwa bangsa. Mari menulis dengan ikut suka hati.

Okeh, sebenarnya nak bercakap hal diri sendiri. Diri sendiri yang, tah, saya pun tak tahu apa yang saya tahu. Saya selalu ambil mudah ambil ringan dalam semua bab. Sampaikan bila tanya pada diri. Apa yang aku mahir sebenarnya. Apa ilmu yang aku kuasai. Bab agama pun tidak. Bab politik pun tidak. Bab cerita hal negara pun tidak. Hiburan pun tidak. Sukan lagi lingkup. Hal hal ilmiah? lagi la kosong. Entah la apa ilmu yang aku ada setelah berumur 25 tahun nie. Apa yang aku kutip pun tatau. Kata belajar sampai master. Apa yang engkau Masterkan? Hurmm..

Ilmu semasa di Universiti? Belajar sekadar untuk lulus exam. Sejam lepas keluar dewan terus lupa. Sebab tiada pengamalan kepada ilmu yang di miliki. Bak kata pepatah arab, al ilmu bilal amalin minal kashajarata bila tsamarin. Paham? Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang yang tak berbuah. Phon yang rendang itu, ibarat belajar tinggi sampai master, nampak besar. Tapi pohon besar yang tak berbuah. Nampak gah tapi tak memberi faedah apa-apa. Nampah gah, tapi isi taraaak. Itulah kamu. Tolong BERUBAH!!

Ilmu agama? Sangat kurang. Sedih rasa. Nak je join apa-apa kelas agama. Tapi nanti orang cakap nak menunjuk alim. Tapi sampai bila nak berpaksikan hidup atas mulut orang. Boleh mati kah dengan kejian mereka? Kata-kata meraka yang sampah itu? Tidak bukan. So??? BERUBAH!!! Berubah untuk sesuatu yang lebih baik. Boleh bukan.

Ilmu yang keadaan negara/dunia? Yang ini pun masih kosong. Zero. Berita malas dengar. Newspaper baca tajuk depan je. Macam mana ilmu nak bertambah. Sedih dengan pengetahuan yang ada. Kalau tanya menteri? Tau PM dan TPM sahaja. Adus. Bagaimana mahu di interview nie. Kalau tanya plan transformasi. RMK. Budget2012. dan semua yang berkaitan dengan negara. Adus. Saya mampu senyum menggoda saja. Hal luar negara pun serupa itu juga. Kosong, baik cerita irannya, perang di mesirnya, palestinnya, pergollakan di negara arab. Tidak. Kosong dan nothing. Hurmmm. 

Ilmu hiburan? Sangat nipis ilmu ini di dada. Kalau gosip cuma dengar orang cerita. Artis tak kenal semua. Kenal Zahiril secara mendalam sorang jah. Hahaha. Syukur, saya buka yang jenis berminat sangat dengan hal hal movie panggung atau di tivi. Kalau di rumah di kampung sana, tivi memang tak berfungsi. Dibuka hanya dijam 8 malam untuk mendengar berita. Itu pun ibu dan ayah yang bersaksikan berita itu. Anak-anak, entah buat apa tah. Kalau busan sangat baru buka. Pendek kata bukan kaki tivi lah. Tapi eh eh bukan kah magrib saya selalu jam 8 malam sebab bagi laluan kepada cerita Tentang Dhia. Hey apakah ini? Tidak melihat tivi kah begini cara? Haha. Okeh, saya hanya melihat cerita drama jam 7. Cinta Alisya dan Edisi Khas. Lain-lain. Tak layan. Tapi cerita katun tivi 9 dari jam 3 sampai 6 petang saya layan. Sometime. Haha. Muzik-muzik? Melodi? AIM? ABPPH? FUHH?dan lainlain Tak tengok pun tak pa. Tak menjadi masalah. Tapi kalau ada tibi terpasang depan mata tengok je lah. Kalau mengantuk bersarang akan melebihkan yang itu dulu.

Bila di fikir-fikirkan balik. Apa yang aku buat selama hidup 25 tahun nie. Ilmu apa yang hebat. Rasa macam perlu ada perbahan dalam diri. Tapi nak berubah apa?

"Membaca itu jambatan ilmu" Ya baca saya kurang. Sedar yang itu. Sekarang hobi perlu suka membaca sesuatu yang berfaedah. Perlu tambah bahan bacaan. Tahu yang mana perlu di ambil tahu yang mana perlu di abaikan saja. Bijak membuat keputusan nak beli Remaja atau Solusi.

Tapi ingat. Ilmu tanpa alam, ibarat pohan yang rendang tak berbuah. Bila berilmu hal agama, perlu beramal. Bila belajar solat sunat, jangan lupa buat sama. Bila belajar hukum tajwid, jangan lupa ikut. Bila belajar tentang akhlak yang baik jang lupa praktikkan. Baru boleh ilmu yang di pelajari lekat di dada.

Okeh itu saja yang nak di cakap untuk malam ini. Semoga penulisan ini tak sampai sini saja. Semoga setiap point akan di ingat di hari mendatang. Semoga bukan hanya karangan berisi tapi tak di aplikasi. Semoga ada PENGHIJRAHAN yang lebih baik dalam diri saya dan kepada kamu yang sabar membaca sampai ke ayat terahir ini. Semoga Allah merahmati kamu.




No comments: