❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 16, 2011

Hati Menguntum Senyuman Lagi. ^_^

Malam ini mau menulis dengan hati yang terseyum. Setiap hari hati tersenyum. Tapi hari ni lebih lebih lagi tersenyum. Kenapa? Hurm. Kenapa ya? ^_^

Okeh. Cerita bermula begini. Sesudah solat, aku duduk termenung di atas sejadah berfikir panjang, dan tiba-tiba saja ada bunyi dari mobile tangan menandakan ada seseorang menghantar pesanan. Mahu di abaikan saja, sebab hati waktu itu cukup tenang. Tidak mahu difikir urusan dunia, tidak mau di aduk hal hal duniawi. Tapi risaukan mungkin ada sesuatu yang penting, terus dicapai mobile itu. 

Tangan laju memicit butang kekunci. Di atas screen terpampang satu pesanan "1 new message". Terus di klik butang Ok untuk membaca isi pesanan ringkas itu. Tapi pengirimnya tidak dapat dikenal pasti siapa kerana hanya no telifon sahaja yang terpampang.

"Askum cik da kt mn skrang... cik chat.."

Cik? Dalam hati sudah dapat meneka siapa. Barangkali bekas pelajar aku sewaktu menjalani latihan mengajar di POLIMAS kira kira 3 bulan yang lalu. Tapi tak dapat di pastikan siapa yang menghantar pesanan itu kerana aku tak menyimpan semua nombor-nombor mereka. 

Tanpa membuang masa terus membalas message itu.

"Salam. ada kat Batu Pahat la. Knpa? Sapa nie?"

Tidak sampai seminit, mobile aku berbunyi lagi. Mesti Si budak tadi. Henpon yang baru beberapa  saat saja di letak di atas katil, terus dicapai aku. Perasaan sedikit teruja.Ya lah, student mana la yang rajin dan teringat kat aku tika tika begini. Selalu mereka hanya berbalas balas terguran di Facebook saja. Tapi hari nie, di henpon pulak. Bertanya kabar lagi. Sangat buat aku tertanya? Hurm.

Message yang sampai tadi terus di buka laju. Mata tajam memandang skrin paparan tanda tidak sabar melihat isi seterusnya.

"Sya ilias la cik.. trima ksih bnyak2 erk cbb ajaq sya aritu.. alhamdulillah sya llus gak geoteknik..."

Ilias? Owh. Pelajar yang kecil, hitam manis itu. Ya, memori aku di Polimas bersama kelas DKA3D masih segar lagi. Mana bisa di lupa semua perkara yang mencuit hati aku, biarpun kadang-kadang di uji dengan kenakalan mereka, tapi setiap memori dalam kelas tu mampu buat aku ketawa sendiri bila dikenangkan kembali.

Bila mendapat berita begini, hati sangat sangat bersyukur. Aku rasa ajar aku hanya biasa-biasa saja. Ajar aku pun hanya sekejap, 2 bulan mungkin. Dua bulan yang hanya dapat cover 2/3 dari isi keseluruhan. Kalau mereka berjaya sekali pun, bukan aku yang menjadi titik tolaknya. Banyak lagi sebab yang utama.

Bila ada seseorang yang masih mengenang penat lelah kita, biarpun sudah lama ditinggal jauh mereka itu, mesti hati akan jadi touching gila gila. Ya lah, nak nak lagi bila mengajar di situ adalah pengalaman pertama yang aku kutip dalam bergelar pendidik. Jadi semua-semua di situ, memang akan kuat di ingatan. Baik dari pelajar, rakan pensyarah, meja kerja, sampai ke kasut pergi mengajar semua itu mesti akan di kenang sebagai yang pertama dan mula-mula.

Ibu mana yang tak bahagia bila anak yang dikandungya berjaya. Pesawah mana yang tak gembira bila melihat benih yang ditanam tumbuh membesar. Guru mana yang tak touching bila ada bekas student hantar SMS ucap terima kasih kerana pernah mengajarnya sehingga dia berjaya. Mungkin yang berhati buta dan tak berperasaan saja yang mengendahkannya.

Bila dikenangkan kembali, rasa hanya sekali dua saja aku berdoa untuk kejayaan mereka. Bukankah doa seorang guru itu, doa yang paling di makbulkan Tuhan. Terasa sangat sangat bersalah dengan mereka. Tak pernah mendoakan kejayaan mereka. Mungkin rasa ini tidak ada bila tiada yang mengenangnya, tapi bila ada yang menghargainya. Errrr.. 

Tak mengapalah di hari mendatang, di masa kelak, di waktu sudah bergelar pendidik,  akan sentiasa di ingat perkara ini. 

BTW, ada beberapa waktu yang doa kita paling dimakbulkan, yang aku tahu : sewaktu hujan. sewaktu nak berbuka. antara azan dan iqamah. hari dan malam jumaat. doa seorang ibu, guru, insan teraniaya, dan teman yang berdoa dalam diam. Jom berdoa. ^_^














PdanS : Melaka jom!!!!

1 comment:

ch!natsu said...

tersenyum jugak bc entry ini.. ^^