❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 11, 2011

Catatan hari ini.


Ceh. Macam skema saja tajuk entry malam ini. Kahkah. Tak mengapalah, tapi sememangnya sangat betul tajuk itu. Memang nak di ceritakan isi isi yang berkaitan dengan itu. Mahu menaip apa yang sedang di buat tika ini. Dan hari ini.

Nothing to share. Cuma tadi sedang kusyuk menulis sesuatu yang ilmiah, ya! PS chapter 4 dan 5 adalah bahan ilimah, dan secara tak sengaja termonolog sorang sorang. Lalu di tekan google chrome dan blogger.com menjadi pilihan. Hihi. Update seround!!!!

Mata kuyu. Mata pedih. Mata mengantuk. Mata tak larat nak buka. Mata macam sakit. Mata tak sihat. Mata mata mata. Mata, kenapa kamu kena tak sihat bila saya sedang menulis sesuatu yang imliah? Kenapa bila saya sedang menulis sesuatu yang merapu meraban di sini kamu sangat celik? Kenapa mata? Hadoi.

Malam ini belum di jamah nasik. Tadi berdetim dengan sang kazen di pekan parit raja sambil meneman beliau makan. Kasihan beliau. Tiada housemate di rumahnya. Semuanya pulang ke kampung. Tinggal beliau terkontang kanting secara bersendirian. Dah la rumah di terjah oleh segerombolan monyet yang sedang bergaduh. Bergaduh pulak secara dashyat. Monyet memakan monyet yang lain. Wow! Gerun dengar!! Tapi itulah yang terjadi depan matanya dan di ceritakan kembali dengan sangat penuh emosi. Terus beliau menjadi penakut pait hari nie sebab saya selaku Sang Pengusik yang sangat berbakat telah membuat dan membukak cerita hantu monyet yang bukan-bukan. Lalu si kazen pun menjadi penakut pait. Tak keluar bilik. Kahkah.

Teringat sewaktu di rumah ku surga ku. Selalu mengusik anak-anak kecil saya. Bukan saja anak kecil, tapi adik yang baru lepas SPM pun selalu di sakat. Sakat tu haruslah sampai dia menangis lalu merajuk lari masuk bilik. Hahaha. Jahat kan? Eh, tak sesuai ayat tuh. Nakal kan? Kehkeh. Tak comel sungguh perangai. Kalau mengusik harus di buat sampai anak-anak kecil menangis. Kalau tak, tak akan stop. Haha. Lepas tu mula lah Si kakak beserta mak cik, mak su bising. Di beri warning dalam nada yang kurang serius" Hang tunggu la muna, nanti anak hang.. kami mengusik lagi terukkk." kehkehkeh.

Okeh lah. Monolog sudah tamat. Mau karang sesuatu yang ilmiah. Doakan kejayaan saya semoga berjaya tamatkan dengan baik baik dan tidak ada cacat cela. Sangat mengharap. Amin...











PdanS : Hati menguntum senyuman. Tidak berharap. Tidak berandaian. Hanya berpegang pada janji Tuhan. ^_^

PdanS lagi : Adakah penulisan saya sekarang seakan nampak berseri berbunga bunga seperti ada taman bunga? kebun bunga? Kedai bunga? Ataupun berbau wangi yang seperti ada sebotol escada tertumpah kedalam dada blog ini? Adakah? Adakah? Hahaha. Tidak moleklah beranggapan yang bukan-bukan. Hati saya milik Tuhan. Dan penjaganya yang sementara masih dalam perjalanan. Jauh atau dekat, itu tidak dapat dipastikan  ^_^


No comments: