❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 2, 2011

Buka mata mu..



Hidup dengan bermacam jenis orang sangat membuka mata saya. Melihat aksi mereka. Memahami perasaan mereka. Mendalami kehidupan mereka. Semua itu banyak mengajar erti hidup.

Ada yang baik. Ada yang buruk.

Yang baik sungguh buat saya tersenyum. Indahnya jalan hidup mereka. Mahu mencontohi mereka. Tapi dengan iman yang nipis ini, mampukah? Kekuatan tidak sekental mereka. Kadang-kadang hati berbisik dengki. Bila akan sesempurna itu.

Yang buruk itu buat saya berfikir panjang. Kenapa tuhan uji mereka dengan semua itu. Jangan salahkan keadaan. Jangan salahkan insan lain. Percayalah, Ada cerita di sebaliknya, ada pengajaran dariNya. Tuhan tidak akan pernah meletakkan sesuatu yang buruk di tanpa sebab dan musababNya. Nampak atau tidak, semua tu terserah pada mata hati kita.

Semua semua itu, mengajar saya. Dalam semua hal, dalam semua keadaan, walau sesempurna mana sekalipun,   letakkan Tuhan yang utama. Nombor satu selalu.

Dalam setiap pilihan, tanya tuhan dulu. Bukan tanya hati. Mana tahu, yang nampak indah itu sebenarnya muslihat syaitaan, yang rasa bahagia itu sebenarnya hasutan iblis. Kita tak tahu. DIA lebih mengetahui. Tanya DIA dahulu.

No comments: