❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 16, 2011

Bila dalam hati ada rindu.

 Hai pagi. Bersua lagi. Sejak akhir akhir nie selalu sungguh dating bersama Si Pagi. Bagus!! Murah rezeki jika di amalkan selalu. Tapi, aku nie, waktu waktu begini je rajin. Cuba tak ada sekelumit kerja, pasti seusai subuh, terus gugur kembali di medan perang kan? ^_^

Semalam tidur. Mimpi. Mimpi tentang Si Ayah. Mimpi tentang seseorang mengkabarkan sesuatu tentang si ayah. Hal hal usianya. Hal beliau deman panas. Hal tanda tanda ke penghujungnya. Ya Allah. Aku rindu kat ayah kot. Sebab tu mimpikan beliau. Tapi kisah mimpi tu? Hurm.. Entah laa..

Aku pernah mimpi tentang ayah satu tika dulu. 6 tahun yang lalu. Waktu tu aku di Johor,di rumah abang, menghabiskan waktu waktu terluang menanti keputusan SPM. 

Satu pagi aku bermimpi, yang ayah sudah pergi. Pergi menamatkan usianya. Ya Allah... Lepas beberapa hari rumah mengadakan kenduri tahlil untuk ayah (masih dalam mimpi) Waktu majlis tersebut, aku nampak ayah datang. Ayah pulang ke rumah dalam berjubah putih. Bersih wajahnya. Lantas aku lari ke pangkuannya dan memeluk rapat. Aku menangis sekuat hati.

Tiba tiba juga aku terjaga. Tanpa aku sedari mata basah. Basah dengan yang amat amat. Aku menangis dalam mimpi tadi, tapi bila sedar dari tidur aku betul betul menangis sebab ada tanda tanda mata aku basah. Walaupun perasaan aku tika itu tidak sedih, gembira pun tidak. Cuma rasa kosong, mungkin kerna terjaga dari tidur dalam keadaan yang terkejut. (sekarang bila di ingatkan balik, rasa kagum dengan kejadian tuh. Selalu kalau aku mimpi aku sedang menangis, tak ada la sampai bila terjaga pun nampak mata berair. Tapi mimpi tu ajaib sangat. Tak pernah terjadi)

Waktu itu dalam otak aku hanya terbayang wajah ayah. Terus di capai talifon. Di dail nombor henfon ayah. Tapi bila terdengar suara ayah memberi salam. Terus suara aku sebak untuk membalasnya. Tak dapat bercakap. Talian talifon terus di matikan. Beberapa saat kemudian ayah menalifon kembali. Aku hanya melihat saja talifon itu berdering. Kalau di angkat mahunya aku menangis sekuat hati bila terdengar suara ayah nanti.

Talifon yang berdering lama tadi, aku ambil dan di beri kepada abang yang berada di luar bilik dengan harapan dia akan menjawab panggilan dari ayah itu. Memang aku tak boleh cakap. Sebak rasa. Abang pun jadi pelik melihat tingkah aku. T_T

Sayang ayah, tapi bila dah ada depan mata mesti nak membantah segala cakapnya kan. ^_^ hihi. Aku selalu berdebat dengan ayah. Pendapat selalu tak sama. Tapi membantah aku dalam nada yang bergurau senda. Bukan secara serius. Otak masih waras. Masih boleh berfikir lagi dengan siapa aku bercakap. Jauh di sudut hati untuk berkurang hajar.

Ok lah. Mari mula membuat tugas yang harus di submit jam 9 pagi nanti. Jom jom. Tak mula buat apa pun lagi. Tata




.
Sambut hari ulangtahun di lahir Incik Ayah. 6 December 2011



.
Puan emak dah pandai posing yang bukan bukan. Tengok la gambar nie. Orang lain relax, cool control ayu. Puan Emak?? Fuhhh!! Siap ada gaya gaya pisau di dalam mulut lagi. Ewah ewahhh. Sudah pandia membuat aksi yang kurang sopan ye. Babapp kang. Sapa yang didik la nie.. Haha.. Mak sapa la nie.. hadoiyaii..











PdanS : Hati berbelah bagi. Mahu berhibur hibur ke Melaka. Atau duduk saja di bumi parit raja dan selesaikan semua kerja yang bertangguh tangguh itu....

No comments: