❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 6, 2011

Bebelan Sang Kakak.

Hai blog, hai reader.  Ceh nak perasan ada reader. Blog pun kucar kacir. Ok ok. Tak payah mulakan sesi cacian terhadap diri sendiri. Itu perkara bodoh namanya. Bangun pagi sekadar nak tulis hai hai belog saya selekeh dan serabai baek engkau pergi sambung tidur balik. Nextttttt!!

Hari nie pagi ku awal. Sesudah subuh sudah berjumpa dengan Sang Pagi. Selalu jam sepuluh sebelas baru bermula pagi saya. Tapi sekarang, ^_^ Suka perubahan yang ini. Mungkin terikut ikut budaya kat rumah di kampung sana selepas bercuti 3, 4 hari. Mungkin. 

Budaya yang tiada kisah kisah mimpi selepas subuh. Yang ada, hanyalah cerita doneng Si Cenderalela, gadis ayu tekal mengadap adalah pinggan mangkuk, batang penyapu, mesin basuh (owh, cindralela basuh baju pakai washing machine ek? kahkah) pada tiap-tiap waktu paginya. Aiceceyy, nak samakan dengan Si Cindralela yang cantik bergaya itu pulak. Bukankah waktak Sang ibu tiri itu yang lebih layak bagimu? Terjerit sana sini di pagi pagi buta sebab di arahkan oleh Puan Bunda untuk kejutkan adik adik bangun, kemudian di suruh mereka untuk  menyusun pinggan, sidai kaen, sapu sampah, pergi kedai beli gula, pi kemas tempat tidoq dan so on. Haha. 

Adik adik perlu ada petunjuk dan sebagai kakak yang mulia harus membantu adik adik yang kabur dalam mencari pekerjaan di dalam rumah. Kerja sangatlah banyak, namun adik adik masih terkapai-kapai terkial kial memikirkan apa yang harus di lakukan yang mana ahirnya bila mereka buntu, pergi sambung tidur atau bok buat tidur sambil duduk atas sofa semasa baca surat khabar yang menjadi pilihan mereka. Cissss. Tarak guna punya adik.

Tapi, itulah kehidupan seorang adik bukan? Normal lah, di kala engkau bergelar adik adik dulu. Pantang di suruh membuat kerja kerja dapur mesti ada saja alasan, nak baca buku nie, kena belajar la, nak buat kerja sekulah lah, padahal, masuk bilik, ambik buku baca atas katil, tak sampai 2 menet kemudian, buku itu membaca dirinya senditi. Hebat bukan?

Itu tak di masukkan lagi part part yang mana menangis lah sang adik teresak esak bila di suruh iron baju sendiri, basuh kasut sekolah sendiri, alasan tak reti. Haha. Comel lah engkau nie. Bila kerja semua kakak yang buat, kemudian, dah sampai fasa dimana harus belajar semua itu untuk di buat sendiri, haa!! terkial kial engkau..

i loike dengan jadual hidup saya semasa pulang ke rumah baru-baru nie. Masa di isi dengan bahagia saja. Lagi best bila diri sudah pandai membuat gulai bermutu tinggi resepi Che Sayang. Terasa macam, YESSS!! esok dah boleh kawen YESS!! YESS!!! haha. Tidak sabar rasanya mahu menamatkan hal hal belajar ini. Mahu duduk di rumah dan belajar masak bersama Che Sayang.

Okeh lah. Cukup sampai disini. Mahu membuat sesuatu yang lebih berfaedah likeee likeee pergi mandi dan mari bertapa di Library. Jom!!!!











No comments: