❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 31, 2011

Akan Ku Terus Ketuk Pintu



Love




.

Selamat tinggal 2011 and Welcome 2012 ^_^


Assalamualaikum. Hai teman. Memandangkan tak samapi lagi 3 jam kita akan menyambut kedatangan 2012, jadi, rasanya perlu ada satu entry penutup untuk tahun ini. Boleh? ^_^

Apa yang menarik untuk tahun nie? Sangat sangat banyak. Rasanya tak perlu di cerita apa yang best sepanjang tahun nie. Tengok jumlah entry pun dah boleh agak. Setiap bulan entry mesti lebih dari jumlah hari. Cer jeling sikit jumlah entry untuk December nie. Dah 45!!! Keh keh. Yang saya tahu, tahun nie tahun aktif berblogging dan tahun malas gila berblogwalking. Berentry secara konon konon dairi yang harus di catat apa yang di perbuat setiap hari sambil syoq sendiri. Boleh gitu? ^_^

Untuk tahun 2011 saya tak berazam apa-apa, bahkan saya memang tak pernah punya azam setiap tahun. Haha. Entah, tak tahu apa yang nak di azamkan. Macam perlu ke? Mungkin sebab saya nie jenis yang suka redha je kot, redha saya nie mean, "Tak kesah la dapat apa pun, aku da usaha yang terbaik, nak buat macam mana, dah banyak tu yang layak" gitu la. So kalau belajar pun tak ada la nak target "Sem nie mesti dapat anugerah dekan. MESTI.". Tidakkkk. Saya tak begitu. Belajar bermain main. Last last sampai ujung sem, minggu final baru baca buku secara habis habisan. Hal hal lain pun banyak yang di aplikasikan perangai semacam ini. Sebab tu susah nak berjaya betul betul kot. Sebab tu jugak selalu dapat cukup makan jee. Tengah tengah.

Ok lah, Tak nak bercakap hal hal yang lalu. Yang berlalu biarkan berlalu, tak perlu di kenang, cuma pengajaran atas setiap yang berlalu itu harus di ambil ikhtibar. Bukan melupakan sajaa. Mari menaruh harapan pada 2012 yang bakal menjelama sekejap lagi. Apa yang di harapkan tuh? Entah lah.

Permulaan 2012 saya akan berhadapan dengan banyak perkara perkara yang mencabar. Pada 3.1.2012 saya perlu memviva projek sarjana yang di buat selama 2 sem untuk melayakkan saya grad. Atau pun dengan kata lain yang lebih di fahami, saya perlu bentangkan semua projek sarjana saya pada panel panel yang _ _ _ _ _ _ _ _ (sila isi sendiri tempat kosong). Saya tak tahu apa yang akan terjadi. Tak dapat di jangka atau pandai pandai nak andai itu ini. Berharap sangat semoga tidak ada apa apa yang teruk berlaku, hanya tembakkan kecil kecilan saja dan bukan bom bom atom Hiroshima yang jatuh. Ya, sangat berharap.

Dan permulaan tahun ini juga akan bertentang mata dengan kisah kisah membaca buku sampai lebam, sampai pengsan. Kisah hidup terumbang ambing dek kerana perlu baca hafal baca hafal baca pengsan!! Kenapa? Harus la sebab Final semakin menghampiri. 6 januari ini 1st paper sampai 16 hari bulan. Then boleh say bye bye UTHM. Jumpa lagi time Konvo. ^_^

Kemudian, bila dah say bye bye kepada hal hal belajar. Kena lah say hai hai pulak kepada dunia pekerjaan. Errrrr. Ini paling mencabar. Mencari  kerja bukan sesuatu yang semudah makan kacang Cap Tangan,  ataupun sesenang main angry bird level 1. Owh tidak. Bila sudah di jejak kaki ke alam itu lagi lagi lah mencabar kehidupannya. Semua ini akan di hadapi pada tahun ini. Dan sangat sangat menjadi harapan semoga Tuhan memurahkan rezeki saya di tahun hadapan dan di permudahkan segala urusan saya. Amin...

Lagi? Saya tak tahu hal ini perlu mencabar ke tak. Tapi mahu di tulis jugak. Bila hal belajar sudah habis, hal pekerjaan sudah dapat, apa harus di jawab pada mereka mereka yang sering menyoal Bila nak kawen? Errrr. Tak payah tunggu tahun depan, sekarang dan sebelum sebelum ini pun mak sibuk bertanya dalam nada yang berkias kias. Tidak lah straight to the point. Tapi di kabarkan yang anak si A dah ada orang merisik hari tuh. Kawan Muna yang si B tu dah kawen kan?. Kalau dah semua perbualan dah ke arah itu pandai pandai la agak kan. Nak nak lagi, bila depan sedara mara yang ramai ramai, dan mereka mengajukan soalan sepersis ini, mesti la mak lagi tersenyum riang. Hari tuh berborak dengan adik yang datang ke Melaka, di kabarkan kat rumah tuh semua dah bising bising tanya bila saya nak kawen. Errrr. Tetiba rasa tak nak balik rumah untuk setahun. Can? haha. Lepas tu tadi beborak dengan kazen, benda yang sama jugak di perkatakan "Weh, maksu kata hampa tak mo kawen lagi, sebab, dia cakap, mak hampa bagi tau dia hampa nak reja dulu. Dia cakap lagi, mak hampa kata dah ramai orang dok tanya(merisik) pasai hampa." Wow wow. Walaupun saya selalunya adalah seorang yang tak berkesah tentang semua hal, dan kadang kadang terdetik, mungkin saya nie boleh terima kot kalau jodoh pilihan ibu. Tapi bila di fikir fikirkan balik ini soal masa depan, soal yang sangat sangat melibatkan dan mempengaruhi masa akhirat saya juga. Jadi, siapa bakal suami saya adalah menjadi sesuatu yang sangat sangat perlu  diberkesah. Bukan tidak suka pilihan orang lain, saya boleh terima, tapi bukan sekarang masanya. Mungkin. Tapi...Tahh.. Tak tahu lah. Kadang kadang terbelit dengan pemikiran sendiri. Tak mengapa, malas la nak berkesah dalam semua hal hal jodoh jodoh ini. Kenapa nak pening pening, tidak kisah pilihan siapa pun, mak, sedara mara atau kawan, atau pilihan hati sendiri. Kamu kan punya pencipta. Tanya sama DIA dulu. Sesiapa yang datang dalam hidup kamu, sesuai atau tidak, bertanya pada Yang Satu dahulu. Itu jawapan yang paling terbaik. TITIK

Ya, berhadapan hal hal di soal dan di paksa kawen tanpa ada perasaan yang serius ke arah itu lagi memang sangat mencabarkan. Soalan untuk diri sendiri dan di jawab secara jujur. Kenapa tak kawen lagi ek? :  Sebab tunggu orang yang saya betul betul suka masuk minang. Tapi saya suka sapa ek? Entah.... Hadoi. Susah la macam gini. Haha.













PdanS : Berentry secara mood tak ada tapi di usahakan jugak menulis untuk karangan yang tak memberansangkan sebab dah separuh dah. Kemudian, walaupun esok nak masuk 2012. Tapi tak rasa apa apa pun. Yang rasa hanya, nak balik rumah. Nak jumpa mak ayah. Mood tak ada sebab teringak ke mak ayah kot. Hurmmm. T_T

Friday, December 30, 2011

Skema jawapan untuk soalan "Bila nak kawen?"




Kenapa Lambat?
✔ Kerana Allah tahu masa yg terbaik utk ku.


Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing.


Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kepada ku.


Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.











PdanS : Okeh!!!!Hapal-hapal!!! Tak payah buat toyol. Senang je nie. Hihi

Quote #13












.

Quote #12












PdanS : You still do? Like. To be stalker Tegar?? Tak gitu. hurmmm. Jom terasa!!

Hai malam malam ku.


Hai malam yang sunyi. Yang dingin. Yang bersendiri.

Hai malam yang penuh dengan rasa. Rasa suka. Rasa rindu. Rasa sendiri. Rasa tertanya. Rasa berserah.

Hai malam yang buat jadi  sedar. Jadi rajin. Jadi enyang. Jadi letih. Jadi mengantuk.


Hai malam malam ku.

Bila kau berlalu. Siang datang menjemput.

Bertukar ganti. Bertukat hari. Bertukar minggu. Bertukat bulan dan lusa bertukar tahun.

Langsung tiada sedar. Dirasa hanya pantas.

Semua silih ganti.


Hai malam ku yang dulu.

Yang hanya bertemankan susu, berbantalkan kekabu.

Yang erat dalam pelukkan ibu, selamat dalam dakapan ayahmu.

Hai malam yang lalu, aku rindu malam malam itu.


Update seorang master chef!!!


Hari nie update blog tentang kisah seorang Master Chef ya. Bila dah manapun master chef, haruslah ke dapoq 3 menet, lari kedepan tulis blog nam menet dan teringat tengah masak tadi, lalu berkejan ke dapoq kembali. Bila dah kacau apa patut mencuri curi menulis disini sekejap. Dan lari kedapoq kembali dan bla bla bla. Ya, itulah kehidupan master chef seperti saya... Ceyceywahh... eh sat sat.. nak pi dapoq balik, macam bau hangittttttttt!!!!!!!!!

Owh, tidak ada apa-apa yang hangit. dapoq masih selamat! Kita sambung lagi kisah master chef.

Hari nie master chef nampak pisang yang dah masak ranum kat dapoq. Oleh sebab salah satu sifat master chef kreatif dan tak suka membazir (hal hal makanan je lah, bab kain baju, kain kelumbong, kasut, hend beg segala bagai, TERKECUALI.) jadi, beliau mendapatlah ilham untuk buat cucoq kodoq. Ummm.. Dapnya cucoq kodoq. Kata master chef itu. Akan tetapi, bila di belek belek paras minyak di dapur, adussss. Sungguh sangat sangat mengeciwakan master chef itu... 

Lalu, di selongkaq satu dapoq, mencari apa yang boleh di masak. Hurm. hurm. dan hurm. Ahirnya, beliau terjumpa sebuah bungkusan makaroni yang dah lama beli tapi tak dan nak buat. Wahhhh!!! itu sungguh menarik!!! Jadi malam nie, dinner kita makaroni goreng ye. Makaroni Cisss cisss tak layan yer. Gemuk gemuk!!!! kahkah. Padahal malas nak pi kedai beli barang dapooo. Masak pun sekadar melepaskan batuk berkahak di tangga. 

Berdoalah semoga rakan serumah yang keluaq bepoya poya dengan skandel itu pulang ke rumah dengan kadar yang awal, sebab atas kepulangan dia dapat membuatkan master chef itu boleh menggoreng cucoq kodok. Minyak dah ada. Semoga ya. Dah dah. Jom tengok makaroni nuh!!!!












PdanS : malam nie berupdate update blog lagi ya. Haha. Kerja sudah beres. Tesis sudah di hantar ke panel panel yang berkenaan. Hanya menanti tarikh keramat untuk beraksi depan panel panel yang semoga sangat berhati mulia dan semoga tak banyak correction sangat.......... Yeayy!! Boleh sambung baca buku kegemaran. Wau. Dah ada buku kegemaran. Dah suka membaca. wau wau!!



Wednesday, December 28, 2011

Anak anak kecil


Pagi nie mengurungkan diri berseorang. Pintu dikunci atas beberapa sebab.

Pertama, kosentrasi harus di beri sewaktu memperbaiki tesis saya. Kalau tidak banyak anasir anasir luar yang akan campur tangan seperti:

Maktehhh.. Husna nak makan buahh, Potong la buah.. Serius rasa nak lempang laju laju budak nie. Semalam time aku tengah sedap tido pagi pagi, dia kejut suruh masak nasik, so bangun laa buat nasik goreng untuk dia. Pagi nie, aku dah bersemangat buat nasik goreng lepas subuh tadi, siap beli bihun goreng, mee goreng, kuih lagi,  tub tub bila dia bangun, mintak nak makan buah pulak. Aiyoyoyo. Pergi la engkau nak merajuk merajuk. Nanti dah habis buat kerja baru makteh pergi pujuk yee. haha.

Makteh makteh.. nak main game dalam henpon makteh.. Sambil telompat lompat atas katil

Makteh makteh.. nak dengar jugak lagu yang makteh dengar tuh.. Sambil telingan beregesel gesel dengan telinga aku sebab nak dengar lagu dari earphone yang aku pakai. 

Makteh makteh.. guna lagi tak berokband? Izzat nak pinjam. 

Errr.. serabut bukan.. Nie baru sikit dialog dialog kekacauan yang di buat.



Bila bilik dah di kunci, rasa aman dan tenang sikit. Kemudian, saja di buang earphone yang di pakai. Mahu mendengar bunyi bunyi kat luar. Apa yang sudah terjadi. Dah porak peranda ke ruang tamu rumah? Kemudian terdengar bunyi, sang abang menyanyi lagu apa tah. Terpekit pekit sampai bilik aku yang di kunci nie pun boleh tembus. Lalu, hati terasa seperti mahu di intai seketika apa budak budak di luar tu perbuatkan. Kelihatan, Sang kakak dan adik sedang menari lagu wonder girl. Errrrr. What ever. Janji engkau engkau tak kaco aku. Tapi aku sangat pasti, tunggu la sepuluh dua puluh menet lagi. Mesti ada yang datang ketuk ketuk pintu bilik, sambil nangis nangis, sebab Adik PUKUL kakak, or abang tak bagi main komputer, or kakak tak nak kawan dengan adik or bontot adik sakit sebab tekena bucu meja or makteh guna tak lagi berokband? or bla bla bla. Ya. Mesti punya!!







   



Video nie di ambil waktu balik kampung hari tuh. Memang hebat bergelek budak dua nie. Wakil taska tuhh. Kat bawah nie ada sekeping dua gambar waktu derang buat persembahan untuk majlis anugerah cemerlang ahir tahun sekolah bulan lepas. Lagu arab kat atas tu lah. Tu yang hebat semacam je step gelek dia. Hihi
















PdanS : Apabila melihat gambar kawen dan tunang kawan kawan di Facebook, hati tiba tiba menjadi debar. Can?? Gedipssss!!!! Kahkahkah.

Duhai rasa.

Bila
Bila mana

Emosi melayang

Hilang tanpa arah

Lalu rasa pun berubah

Dari gembira menjadi sedih

Dari suka bertukar marah

Dari bahagia kepada kecewa

Berubah tanpa tahu punca

Berubah tidak kira masa

Berubah di mana saja



Duhai rasa

Jika pendam buat aku bahagia

Akan ku relakan saja

Jika simpan, kau kembalikan ceria

Akan ku turutkan kata



Duhai rasa

Semoga berbaik baik saja

Walau sekelumit cuma

Jauh di sudut hati sana

Tamparannya sangat terasa

Tidak tertanggung pemiliknya










-mySelf-

Falsafah atau falsampah?




Orang cakap tepuk sebelah tangan tak bunyi, lepas tu ramai la yang takut untuk tergolong dalam kes-kes semacam ini.  Hey, sapa cakap tepuk sebelah tangan tak berguna? Bagus apa bertepuk sebelah tangan nie. Sebab tepukkan sebelah tangan itu membuatkan baby yang menangis tak henti-henti tadi itu terdiam seketika. Tepukkan itu jugak selalu menjadikan baby yang mata bulat dan sungguh nakal itu tiba-tiba boleh terlelap, terlena. So, jangan rasa segan dan malu jika bertepuk sebelah tangan. Mungkin ada keajaiban di hujungnya jika bertepuk di tempat yang kena. Siapa tahukan. ^_^ 








[Sila tak payah paham falsafah keling aku. kahkahkah.]

Tuesday, December 27, 2011

Ketabahan seorang MAKTEH.. (kehkeh. Tajuk tak bleh blah)


Hai. Morning pepss. Selamat bekerja, selamat berstudy week, selamat bermenganggur, selamat bercuti dan selamat bermenjadi suri rumah. ^_^

Pagi pagi mood sudah melayang terbang ke angkasa. Bila melayang layang tu gumbira lah namanya. Bila gumbira hati harus menjadi suka. Bila suka entry boleh di update dengan banyak sekali. Can?

Pagi nie, agak macam terbangun awal jugak. Awal ke? Jam 9 sengah di kira awal ke? Hadoiyaii. Haha. Ya, berada di bumi yang jauh dari mak ayah, mesti jadual pagi saya agak berterabur. Nak nak, bila tak ada apa yang harus di bereskan dalam rumah. Bukan tak ada sebenarnya, banyak je kerja, tapi bila dah bukan di rumah sendiri, malas la aku nak merajinkan diri. Aku kalau dah start nak mengemas, akan berkemas secara bermati matian. Jap lagi ada je benda kat sini tak sesuai, yang nie kena buang, yang tu susun tepi. Dah la rumah orang, tak payah memandai sangat lah. Plus dengan rumah nie penuh dengan barang barang yang, tah, kalau rumah aku dah lama aku kutip bakar. Kehkeh.

Ya, even kadang kadang benda tu boleh di gunakan lagi buat masa depan, tapi kalau dah menyemak sangat, nak simpan berpuluh ribu, nak gunanya satu saja. Tu pun tatau bila masa nak guna, kalau macam ini punya gaya baik kita bakau saja kan? Contoh; surat menyurat, bunga telur, beg kertas yang orang bg time kenduri kawen. Ya ampun, bersepah sepah kat rumah aku. Bila nak di buang, mak cakap, alaaa.. simpan dulu, nanti time sapa sapa nak kawen boleh guna. Ye la tuh. Kak cah kawen dulu, tak terusik pun beg kertas semua tuh. Last last dalam diam diam, aku kutip masuk dalam tong sampah. Bakar. Abeh cerita. huhu. Bunda dah ayahnda saya nie suka menyimpan barang lama-lama.

Kalau ayah, kasut, beg yang dah rosak, dia tak bagi buang. Dia cakap, nanti di akan baiki, dan boleh guna lagi. Tapi masalahnya, ada 5 beg sekolah yang usia dah lima nam tahun yang lalu. Sapa nak pakai kalau di baiki pun. Adik adik dah besar, dan bukan di fasa fasa pakai beg sekolah gambar Doremon lagi. Ya, ayah sangat sangat menghargai barang barang. Seorang yang berkira kira dengan sangat sangat sebab dia tahu susah nak cari duit sekupang pun. Jadi, kalau ada barang yang rosak, dia akan usaha di baiki, baiki dan baiki. Kasut yang dia pakai pun sama. Susah sungguh nak suruh beli yang baru. Tekoyak sikit antar kedai jait. Itulah incik Ismail. Sangat berkira kira dalam membeli barang. Bukan macam anak dia, henpon baru rosak tak sampai sejam dah talipon mintak duit nak beli henset baru. Aiyoyooo. Anak yang mana tuh??? haha.

Kadang kadang, sekali lagi di ulangi, kadang kadang bukan selalu ya, bila datang syehk saja.. haha.. Kadang kadang aku nie pesyen tak boleh la tengok sesuatu yang mengsemakkan mata. Bila dah mai mood terlebih rajin aku nie, satu rumah rasa nak kemas. Semua barang dalam rumah nak kutip bakar. kehkeh.

Pernah satu ketika, geram sangat dengan adik adik yang suka letak merata buku sekolah, baju sekolah selerak sana sini, balik balik, kat mana baju tuh di buka, kat situ la akan di lembek tinggai macam tu je. Bukannya nak pi bubuh hanger ke, masuk mesin basuh ke. Haishh. Dah jadi entry beletiaq pulak nie. Hahaha.. Bila mulut dah letih suruh kemas, last last, dikutip semua semua tu dan buang kat luar rumah. Padan muka. Sib baek aku tak kutip bakar. Kalau tidak lagi padan muka adik adik, dan padan muka aku jugak sebeb lepas tu mesti akan di beletiaq oleh emak pulak, sesuka hati ja bakaq buku, baju sekolah orang. Ingat beli pakai ayaq lioq kaa?? Haha.

Dah, tinggal kan cerita beletiaq yang tak sudah sudah itu, mari ke isi yang sebenar. Haha. Sungguh jauh melencong engkau nie bedah. Sekarang sedang bermastautin di kediaman kakak. Dan sudah 2 pagi beliau ke sekolah, bermeeting meeting guru untuk persekolahan penggal depan. Saya? Di rumah sambil di lantik menjadi bibik angkat kepada 3 kanak kanak riang. Ya, sangat riang tak terkata, tambah tambah, bila pagi pagi, ada budak kecik kejut engkau suruh bangun.. Mak Teh!!! Bangunn!!! Maktehh!! Sambil menarik bantai tilam. Hadoi. Che Sayang pun tak pernah kejut sekejam tau.

Pagi nie, kejut dengan nada yang memaksa maksa. Makteh, bangun la, pegi la masak. Husna lapaq nie. Alaaaa. Pegi makan roti nuh. Makteh.. Bangun la masak nasi. Husna nak makan nasi. Ye ye kejap. Sambung tidoq lagi. Lepas 2 menet datang lagi, Maktehhhhhhhhhhhhh, Husna lapaq nie. Bangun laaaa. Haishhhh..

Lepas lima nam kali datang kejut, tidur aku pun jadi terganggu, terus bangun dan masak ala ala kadar. Buat nasik goreng dan rasanya macam mee bandung. Haha. Hebatnya. Mungkin nasib menyebelahi. Kalau tak, err, nasik goreng tu betul betul tergoreng dengan berjumlah minyak yang macam goreng pisang saja. Kahkah. Ya, masak saya sangat bergantung pada nasib. Bukan pada kepakaran. Kalau menjadi tu, memang bernasib baik laaa.

Okeh, kanak kanak yang banyak songeh itu harus di bereskan. Belum mandi, belum di siap segak segak lagi. Ok tata!!! ^_^









Tentang masa depan...


Dan sesungguhnya SABAR itu adalah separuh daripada IMAN..

Maka bersabarlah wahai Munawwarah. Eh, kenapa Munawwarah di nasihati untuk bersabar secara tiba tiba. Eh eh. Tak boleh ka, nak suruh dia bersabar. Haha. Okeh okeh. Bersabar dan terus bersabar. Bersabar yang utama adalah bukan untuk nak TAWEN TAWEN. Bukan ya, BUKAN!!

Sekarang sangat sangat tidak sabar mahu membereskan hal hal belajar saya. Banyak benda yang bermain di fikiran. Semua semua itu berkaitan dengan aktiviti pengangguran saya. Hep. Awal awal lagi dah berdoa untuk menganggur. Erk, memang tak bermoral. Tolang la berkata kata manis wahai Munawwarah. Kata-kata satu doa. Tak tak. Saya dah merancang sebaik yang mungkin perjalan hidup saya. Tapi harus di ingat, Rancangan Tuhan lagi lagi terbaik. Jadi, jika perancangan yang dirancang tidak menjadi, bergembiralah, kerna Dia ada sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang telah kita rancangkan. 

Untuk bulan yang pertama, setelah tamat belajar, banyak benda yang nak di buat 

Pertama sekali, sebelum di panggil posting, mungkin saya akan bersenang lenang selama 6 bulan di rumah. Mungkin. Tapi tidak bermakna 6 bulan harus menggoyang kaki di rumah sambil menunggu orang masuk minang. Owh tidak. Duit harus di cari demi membalas budi mak ayah. 

So, akan di apply guru sandaran kat mana-mana sekolah. Tapi seriously saya tak nak duduk KL, tak nak duduk Sungai Buluh nie walaupun tadi kakak pulang dari meeting sekolah dengan kabar berita gembira yang mana sekolah beliau memerlukan ramai guru ganti. Errrrr. Tak nak. Tak nak duduk jauh dengan mak ayah. Banyak sebab untuk saya berada dekat dengan Che sayang dan Incik Ismail,  tapi, biar saya seorang saja tahu. 

Kemudian, dalam masa yang sama, mean, weekend nya pulak, saya nak masuk kelas menjahit. Dah lama suarakan hasrat nie kat Puan Bunda, dan beliau pun semangat nak bagi duit suruh anak dia pergi belajar. Yeay!!!

Lagi, mahu mengikuti semua, SEMUA kursus yang di anjurkan di kolej komuniti. Dah banyak kali usha dia punya iklan, cuma tunggu hari saja untuk beratur bagi nama. Nak ambik kursus bakery, photography, editing. Dan kalau ada jahit menjahit saya mau join jugak!!!

Dimasa-masa terluang, yang mana malam malam tidak perlu lagi bertentang mata dengan assignment, report, project dan segala bagai hal belajar yang lain, saya nak mendalami ilmu editing. Mahu belajar secara bermati matian. Serius!! Sekarang, macam teraddict  pulak, setiap hari harus di cuba tutorial yang baru. Even, sedang kalut mesiapkan report PS, tapi tetap nak mencuri seminet dua untuk kegemaran yang itu.

Di masa-masa terluang jugak, mahu mendalami ilmu tuhan. Mahu belajar hal hal agama yang mana dulu dah belajar dan di sebabkan tak amal, maka jadi lupa. Sekarang masa sudah terluang dengan banyak, tiada lagi alasan sibuk belajar! Ilmu agama harus di tuntut untuk perbaiki diri.

Kemudian, bila dah berada disisi puan bunda tercinta, bakat masak memasak harus di asah dan di gilap. Sekarang nie sedang berkarat lagi. Jadi, bila dah bergemerlapang, senang la nak masak ikut selera kampung, nie tak, mengidam macam macam, tapi sungguh menjadi sadis apabila perut mengidam itu ini yang mana yang di idam itu pulak adalah masakan kampung yang saya sendiri tatau masak, tau sebut dan makan jah. Hadoiii.



Untuk lima tahun yang akan datang. Saya rasa perlu ada target dalam hidup kita. Saya akan pastikan beberapa perkara yang harus di achieve kan. Mean 2016 nanti, umur sudah pada tangga 30!! Pada waktu itu saya....

...Sudah pun bergelar isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang soleh, juga ibu kepada sepasang putera dan puteri. Can? hihi. Tapi itu harapan saya dalam masa 5 tahun kedepan.

...Kemudian, mahu menunaikan umrah. Sangat mahu. Dan kalau boleh di usia tahun pertama punya kerjaya sendiri. Mahu di bawa bersama kedua orang tua saya. Sangat menjadi harapan!!

... Menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari hari lepasnya.

...Kemudian, mahu menyambung pengajian saya di peringkat terahir. Harus melangkah satu lagi anak tangga, sayang pulak rasanya jika di tinggal dan di biarkan begitu saja. Semoga kekuatan itu sentiasa bersama saya!!

... Kemudian, waktu itu saya punya perniagaan secara kecil kecilan. Mungkin tudung, mungkin pakaian, mungkin makanan, saya tak pasti. Tapi saya nak ada perniagaan sendiri. Ataupun buka pusat tuisyen. Entah. Nanti kita fikirkan secara detail lagi. Tapi saya pernah bercita cita nak buat part time photographer. Sebab minat sangat ke arah itu. Suka snap snap gambar. Suka edit mengedit. Tapi.. tah laa.. kan bagus, kalau yang betul betul kita suka itu adalah kerjaya kita.. 

... Kereta? hurm.. Punya sebuah kereta Saga atau Pesona. Memanglah menjadi idaman hati nak pakai Swift, Vios, Honda City, Latio dan segala bagai kereta mewah yang lain. Tapi tah laa.. Rasa sayang pulak nak di laburkan kepada kemewahan kemewahan itu. Naik Saga pun boleh bergerak apa? Kalau nak di bandingkan RM400/month dengan RM800/month tu besar bezanya. Kalau simpan untuk masa depan pun bagus. Kalau bagi kat mak ayah lagi lagi bagus!!! Mahu hidup secara bersederhana. 

...Rumah? ya, mahu dimiliki jugak! Harus sebab rumah adalah pelaburan yang sangat sangat menguntungkan.    Tapi mahu memiliki bukan untuk di diami, tapi nak disewakan saja. 

... Kerjaya? Mungkin waktu tu sedang bergelar pendidik di sebuah sekolah di Malaysia. Mungkin. Pendidik yang bukan sekadar guru biasa. Guru yang luarbiasa. Guru cemerlang??? hurm...

....Pada waktu itu jugak, sudah ada berak-rak buku ilmiah! Ya, sekarang sedang menanam cita-cita untuk jadi seorang yang suka membaca. Satu buku kulet tebal yang bermuka surat 480 sudah di beli dan sudah di baca separuh sebagai langkah pertama ke arah itu. Semoga hari hari mendatang boleh di tambah lagi koleksi ilmiah saya. Sekurang kurangnya ada benda, ada bidang yang saya mahir. Tak macam di entry ini. Sedih rasa.


Untuk 10 tahun yang akan datang.. di mana usia saya dah menjangkau 36 tahun. Wah!!! Apa ek?? Hurm. Tak dapat nak di fikirkan lagi. Perlu melalui fasa fasa menjadi pekerja, menjadi isteri, menjadi ibu. Baru boleh merancang lagi. Hihi. Itu saja. Semoga yang di rancang ini terlaksana. Tapi saya lebih mengarapkan perancangan dari Tuhan. Sebab itu lebih terbaik. Amin...











Tengah dok syoq syoq mengarang, ada 2 kekasih hati datang sebelah buat muka sedeh. Kesian pulak tak dilayan. Jadi di ambiklah berkeping gambar menggila sat. Tapi rasanya mokteh dia yang terover lebih.Well, seperti kebiasaan lah. Kahkahkah. Sekian.

anigifm.









PdanS : Bila berjalan jalan di Facebook, banyak pulak kawan-kawan yang kawen ek, kenapa tatau pun. Haha. Kemudian, tahun depan lagi la bertambah tambanya sebab umur dah menjangkau ke usia 26. Kesayangan saya ada 3 yang akan berkahwin di tahun hadapan. seorang sudah berpacaran, 2 lagi masih membujang mean bersingle single. Masih menunggu jodoh dari tuhan. Si Penulis?? Janda anak dua!! kehkeh.. Owh, sila rujuk blog blog yang lalu, tahulah status saya! 

Seorang Lelaki.


Seorang lelaki yang BERIMAN...



1.TIDAK AKAN mengajak anda ke pusat² hiburan

2.TIDAK AKAN berani pergi ber"dating" dan bercouple berdua-duaan

3.TIDAK AKAN membonceng bersama² dengan kekasih

4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan mahram

5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama² pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya

6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita bukan mahram

7.TIDAK AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan

8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA












PdanS : Mana nak cari ek? Masjid mana ek agak-agak?? Hihi. =P


Monday, December 26, 2011

Senyum lagi. ^_^



Hep, anda tahu, setiap kali menulis dengan bertemankan  lemas dendangan budak lelaki jalan belakang, mesti hati jadi berbunga bunga. Entah la. Lucu pulak rasa bila hati asyik nak tersenyum je memanjang. Haishh. Dah dah.

Semalam mimpi. Mimpi yang buat saya jadi suka. Jadi bila suka harus lah tidak di ceritakan. Kehkeh. Tak mengapa. Kita lupakan kisah mimpi itu.

Beberapa hari yang lalu hati cukup bahagia. Saya suka saya yang sekarang. Entah lah, sedang belajar mempositifkan sesuatu, even sesuatu yang di hadapi itu cukup sulit, tetap akan berfikir secara baik baik jugak. Dan, kamu tahu tak kesan mensedekahkan senyuman kepada orang. Kepada sesiapa pun yang tidak di kenali, di stesyen komuter, di bus station, di waktu sedang bejalan atas bumi Tuhan, tidak kisah la kemana pun. Kesannya nanti Tuhan campakkan dalam hati kita ketenangan. Hati rasa tenang dan tenang itu yang menyebabkan bahgia. Saya sudah rasa!! Mari senyum senyum dan terus senyum!! ^_^

Dah la. Malas mau tulis panjang panjang. Mata sudah mengantuk. Plus anak anak kecil meloncat sana sini di bucu katil sambil memaksa maktehnya membuka YOUTUBE untuk sebuah lagu yang tajuk pun masih kabur. Tapi masih merengek rengek jugak suruh di bukak. Tolong la p cari tajuk lagu tu betoi betoi. Nyanyi pun versi budak umur 2 tahun, mana nak boleh detect. Haishh. Ok tata.








10 Fakta mengenai SENYUM



  1. Forcing yourself to smile can boost your mood: Psychologists have found that even if you’re in bad mood, you can instantly lift your spirits by forcing yourself to smile.
  2. It boosts your immune system: Smiling really can improve your physical health, too. Your body is more relaxed when you smile, which contributes to good health and a stronger immune system.
  3. Smiles are contagious: It’s not just a saying: smiling really is contagious, scientists say. In a study conducted in Sweden, people had difficulty frowning when they looked at other subjects who were smiling, and their muscles twitched into smiles all on their own.
  4. Smiles Relieve Stress: Your body immediately releases endorphins when you smile, even when you force it. This sudden change in mood will help you feel better and release stress.
  5. It’s easier to smile than to frown: Scientists have discovered that your body has to work harder and use more muscles to frown than it does to smile.
  6. It’s a universal sign of happiness: While hand shakes, hugs, and bows all have varying meanings across cultures, smiling is known around the world and in all cultures as a sign of happiness and acceptance.
  7. We still smile at work: While we smile less at work than we do at home, 30% of subjects in a research study smiled five to 20 times a day, and 28% smiled over 20 times per day at the office.
  8. Smiles use from 5 to 53 facial muscles: Just smiling can require your body to use up to 53 muscles, but some smiles only use 5 muscle movements.
  9. Babies are born with the ability to smile: Babies learn a lot of behaviors and sounds from watching the people around them, but scientists believe that all babies are born with the ability, since even blind babies smile.
  10. Smiling helps you get promoted: Smiles make a person seem more attractive, sociable and confident, and people who smile more are more likely to get a promotion.
  11. Smiles are the most easily recognizable facial expression: People can recognize smiles from up to 300 feet away, making it the most easily recognizable facial expression.
  12. Women smile more than men: Generally, women smile more than men, but when they participate in similar work or social roles, they smile the same amount. This finding leads scientists to believe that gender roles are quite flexible. Boy babies, though, dosmile less than girl babies, who also make more eye contact.
  13. Smiles are more attractive than makeup: A research study conducted by Orbit Complete discovered that 69% of people find women more attractive when they smile than when they are wearing makeup.
  14. There are 19 different types of smiles: UC-San Francisco researcher identified 19 types of smiles and put them into two categories: polite “social” smiles which engage fewer muscles, and sincere “felt” smiles that use more muscles on both sides of the face.
  15. Babies start smiling as newborns: Most doctors believe that real smiles occur when babies are awake at the age of four-to-six weeks, but babies start smiling in their sleep as soon as they’re born.




Dan ada satu pepatah mengatakan......


If you are not giving charity by your money, use your teeth. :)



anigif







.

Friday, December 23, 2011

Quote #11



"Seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka kalau dedahkan aurat. Begitu juga isteri yang sayangkan suaminya pasti akan menutup auratnya kerana tidak mahu suaminya juga diseret ke neraka"




Note2self  jugak.

Jom pelan pelan kita berubah. Jangan di tangguh tangguh lagi sebab waktu mati kita tak tahu bila. Mati juga tak tunggu kita. Bila dah sampai waktu, tidak akan terlewat atau terkurang sesaat. Memang susah nak tukar semua dalam masa yang singkat, sekelip mata, tapi slow slow kita berubah. Yang penting setiap hari ada berubahan kecil kepada yang lebih baik. Jom jom!!

.
.
.

Senyum lagi dan lagi. ^_^



Ehem ehem.. Hai. Keudara berterbangan lagi kita. Kali nie bebas terbang di ruang ruang langit Shah Alam. Sangat bebas! Sangat aman! Sangat membuat hati menguntum bersenyum-senyum senyuman. ^_^

Okeh, sebenarnya banyak hal yang buat senyum di kuntumkan. Haha. Ayat apakah ini? Sudah macam bahasa kuno Parsi saja. Haha. Layankan saja.

Ya, hati senyum untuk banyak sebab...

Untuk sebab yang pertama : Saya pulang dengan keadaan aman. Tak payah rushing rushing nak submit thesis ke panel, sebab viva saya bukan minggu depan. Minggu 3.1.2012. So, ari jumaat depan baru kena submit. Kawan-kawan yang present khamis depan saja yang kelang kabut dok print pebetul itu ini sampai tidur lewat malam, jaga awal, then pergi photostep itu ini. lepas tu petang tadi jugak last date kena bagi ke panel. Agak membuat diri jadi stress jugak melihat mereka malam tadi. Dengan kadar waktu yang singkat perbetul itu ini. Saya? Nasib memang selalu menyebelahi. Present lambat lagi, jadi semalam berrelax relax sambil mengsiapkan assignment group. Pagi tadi di awal jam 7 sudah bangun bersiap siap untuk berangkat pulang dengan hati yang gumbira. Wau!!! 

Untuk sebab yang ke dua : Hep, saya di TUDM Shah Alam. Bersama 2 budak kecik yang boleh di penyet penyet pipi. Boleh di suruh ambik itu ini. Boleh di mengusik sampai menangis. Boleh di peluk peluk sampai dia nak menyawa pun tenat. Macam macam saya buat. Mana la tak bahagianya kan. Haha. Nanti, hari ahad, lagi lagi bertambah mangsa buli aku, rakyat jelata yang bercuti di kampung akan pulang ke rumah mereka ahad nie. Mesti meriah dunia. Mesti aku tetiba jadi Hulk yang menseramkan. Harus! Sangat harus bila berhadapan dengan kesemua anak buah. Kalau setakat 2,3 orang boleh melawak sayang sayang peluk cium lagi. Tapi bila semua berkumpul, semua mereka dah ada geng, dah hebat memporak perandakan rumah, langsung tidak gentar pada makteh yang berwajah karnivor nie.. memang sangat sangat harus suara jadi tinggi sampai boleh dengar jiran sebelah punya jiran.Garanggg ooo saya!!! Haha.






Untuk sebab yang ke tiga : ehemm ehemmm.. malu pulak nak cerita.. haha. Tapi kisah sedih yang berlaku dengan sangat pantas. 

Jam 10.00 : Balik dari jumpa SV. Men men internet sat.
Jam 10.15 : Tersedar hp tadi mapuh kat fakulti. bateri habis kot
Jam 10.17 : Ambik hp, charge
Jam 10.20 : Tengok hp. try on balik. Kot kot ada SV sms sebab nak kena jumpa dia lagi.
Jam 10.21: Eh, tak boleh on lagi??Apasal. Eh, awat dok lip lap lip lap lampu dia. Screen putih. Kejap menyala kejap mati. Maybe kena charge lagi kot.
Jam 10.30 : Dah boleh on kot. try tekan tekan apa patut. eh, awat dok sama macam tadi jugak. Godek godek sana sini. On balik. Tak boleh jugak. Hempuk hempuk kat lantai lima nam kali. Then try on balik. Ishk, tak menjadi jugak. Hadoi... SV saya.. nak jumpa diaa... Jangan la rosak tika tika ini.. Okeh okeh.. tenang, kita bagi masa lagi untuk di charge lebih sikit. 
Jam 10.45: Sambung men Fb sambil hati tak tenang sangat. Tengok hp kawan kat meja sebelah. Samsung? RM299 je? Hurm. Menarik!! Try belek belek. Try godek godek, konon nak biasakan diri.. kehkeh..
Jam 10.50 : Pergi tengok hp balik. Ambik dan try on. Kaciwa jugak yang aku dapat. Terus bangun ambik tudung, pakai. Then housemate tanya, nak pi mana tuh " Nak pi beli HP baru sat".. Haa!! Tegejut pun ada mereka mereka itu, siap pegang pegang dahi aku nak check deman ke tak. haha.
Jam 12.00 : Pulang ke rumah dengan sekampit plastik yang berisi kotak. dalam kotak ada bedalah di bawah. ^_^



.
Galaxy Y. RM499.



Memang patut pun bersama yang baru. Hp lama dari 2007 yang lalu kot. Dah masuk kat 5 tahun. Memang patut la dia lip lap lip lap dan memang patut la saya buat keputusan dengan pantas. Kalau hantar kedai tu, masih boleh di selamatkan lagi kot. Haha. Takpa takpa. Che sayang yang bagi green like selepas menabur ayat ayat manis. Talipon guan public phone plak tuh nak mintak permission beli hp baru. Tragis sungguh. "Mak mak tinggai sekupang lagi nie, cepat cakap.. makk makk".. Mesti sebab ayat ayat ini kot yang buat dia setuju. =P

Pepun memang sangat sangat berterima kasih buat mak ayah. Selalu sangat mintak macam macam dengan mereka. Satu pun tak pernah di tolak mereka. Sedey tau. Dikala kala umur begini tak dapat lagi nak membantu mereka. I know, mereka pun tak mengharap sangat duit duit saya, tapiii.. tah la, bila kawan kawan dah bekerjaya dah boleh bagi duit ke mak ayah, rasa diri sangat sangat anak yang tak boleh nak tolong mak ayah, tak reti nak balas budi mereka. Dah besar panjang pun asyik memintakkk je. Hurmm.. Ya Allah, semoga di murahkan rezeki saya di masa depan, semoga dapat kerja, semoga dapat gaji, semoga boleh tolong mak ayah, walaupun jumlahnya sangat sikit. At least, masih memberi, masih mengenang budi.. Nak sangat sangat bawak mak ayah pergi umrah dengan duit titik peluh saya. Semoga tuhan makbulkan hajat yang ini juga. 

Balik hari tuh, mak bersuara depan adik beradik yang ramai-ramai "nanti kak muna hang reja mak nak suruh dia...tuh.. tuh.. " Sambil memuncung kan mulut ke ruang tamu rumah. Dalam hati aku, mamposss laa.. mak na suruh pebesaq rumah ka? Baru baru reja kott.. Mana nak cekau duit..Hahaha.. Time tuh semua tediam, menanti ayat mak, apa yang mak hajatkan "apa tuh tuh mak.. "... "Tu.. orang panggi apa tuh yang ada dalam tv, boleh pasang mengaji, dengaq ceramah ugama tu.."...."Owh.. tu ka.. mak nak suruh pasang astro ka? hahaha.." Tegelak kami adik beradik. Cuak aku. Hadoi.. haha..











PdanS : Cerita dari hati menguntum senyuman, tub tub boleh tersamsul sampai kisah mak ayah pulak. haha. Comel la engkau nie, selalu nak mencelah sana sini.

Wednesday, December 21, 2011

Right Here Waiting.


Not for you. Or you and you and you you you!!! Tidak.

Waiting for my report. Menanti dan menanti untuk melihat apa yang perlu dibaiki lagi. Tapi sayangnya, penat saja menunggu. Menanti seawal jam 8 setengah pagi sebab telah berjanji temu dengan Incik SV. Tapi MALANGnya bila dah di sana, dah di tunggu sampai SEJAM, dia tak muncul muncul tiba. Bila di hantar SMS, katanya, "saya di kelas". Owh. Sedang mengajar. Tapi masih lagi mahu berjanji temu dengan saya. Hadoi. Tak mengapalah, memang begini nasib. Memang begini. Setiap  hari hati harus di uji. Baru dapat di nilai tahap kesabaran. Baru dapat di pupuk sifat sabar. Tak mengapa. Sebagai pelajar, saya terima. Cuma, di masa masa depan, saya tak akan buat perkara yang sama kepada student. Berjanji berjanji dan ahirnya, tidak menepati. Tidak moleh begitu.

Right here waiting jugak, untuk banyak perkara,

Untuk hari Jumaat yang indah. Sebab di hari itu saya akan ke Shah Alam, ke rumah saudara kandung yang memiliki 2 anak comel dan sedap untuk di buli buli, Altaf Zikri dan Ahmad Hasbi. ^_^

Berada di sana untuk beberapa hari sementara menanti hari untuk di VIVA. Ya, segala penat lelah mengerjakan PS2 selama satu sem harus dikongsikan bersama-sama orang lain. Tapi perkongsian ini lebih kepada pertempuran yang mana, kalau salah dia akan tembak atau bom kan saja. Senang, terus mati. Tapi kalau betul, dia akan selidik jugak, mencari cacat cela sehingga jumpa. Maka, kalau kamu perasan perfect dan bagus sekali pun, simpan saja perasaan itu. Tetap akan ada yang salah. haha. Nasib lah mendapat panel yang sedemikian.

Untuk beberapa hari bersenang lenang di sana juga saya akan menghadiri majlis perkahwinan teman baik di UTHM ini. Harus pergi. Terasa bersalah pulak kalau di abaikan.

Kemudian, dengar kabar, kekasih hati akan terbang pulang ke Tanah air, jadi harus di simpan 2-3 hari untuk membalas dendam rindu yang tersimpan ini. Hihi. Kekasih hati lah sangat. Haha.

Lagi, hurm.. waiting untuk menamatkan riwayat sebagai seorang pelajar. Jadi macam macam benda yang terdapat dalam list yang nak di kerja kan. Tak sebar menanti hari hari itu.

Lagi? owh, menanti jodoh dari tuhan tanpa membuat apa apa usaha. Can? Haha. Satu benda yang saya tak berapa jelas. Orang cakap, jodoh itu harus di cari, so, mencari tu mean? Jumpa lelaki dan say "Hai, boleh berkenalan, hai.. mintak no talifon boleh.. hai hai.. saya single.. " Itu kah yang dikatakan usaha? hurm.. Okeh, pandangan saya pulak, USAHA? Mahu mencari lelaki yang baik. USAHA nya adalah berusaha menjadi wanita yang baik juga. Itu lah usahanya. Tak gitu. Tah, tak paham aku. Correct me,  if im wrong.

Kalau usaha yang di maksudkan adalah mencari lelaki, owh, maaf saya dah malas ke arah arah semacam itu. Malas untuk sesi hai mari berkenal kenalan, saya suka makan itu ini, saya anak ke 7, saya belajar.. errrr.. bukan di fasa itu lagi. Malas!! Serius malas. 

Entah, kadang kadang hidup saya nie selalu sangat berserah dan redha, ikut apa yang akan terjadi, tak kira la tentang apa sekali pun. Kawan-kawan cakap, tenang, dan ada setengah cakap tak ada perasaaan. Berserah dengan terlalu awal, dan tidak berkisah dengan apa yang terjadi. Kamu tahu, saya jadi macam nie sebab dalam hati saya sangat sangat percaya, "Don't worry, tuhan tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak dapat pikul. Jadi semua benda yang kita rasa susah mesti boleh buat jugak ahirnya. Kemudian, Kalau kita buat yang terbaik, pasti yang baik jugak di balas"

Bab bab jodoh ini pun saya malas fikir. Tah la. Dengan sapa-sapa pun tak mengapalah. Boleh? Haha. Ya la, bukannya nak di sambar saja apa yang ada di depan mata. Saya kan punya pencipta. Tanya lah sama Yang Satu itu dulu. Kalau Dia cakap itu memang ketentuanNya, pasti saya terima. Mudah sungguh hidup kamu kan. Hurmmmm... 












PdanS : di uji lagi.. hp gue rosak.. Ya Allah, di kala kala sangat memerlukan alat perhubungan itu. Jadi macam nie pulak. hurmmmm... Sabar je laaa.

Syukur.




Hati selalu mengeluh susahnya nak tempuh hari hari itu. 

Tapi bila dah berhadapan, bila dah menyusuri, eh, baik baik saja. 

Ya Allah, bersyukurnya.. 

Selalu saja dipermudahkan segala kesulitan aku. 

Terima kasih Allah. ^_^





Tuhan tak akan membebani dengan sesuatu yang kita tidak dapat pikul. Percayalah, sesusahmana sesuatu itu, sesukarmana sekali pun ia, At the end of the day, kita dapat harunginya jugak.


.
.
.
.
.

Tuesday, December 20, 2011

Kisah saya di 20122011

Macam mana dengan 20 12 2011 anda? Best? Menarik?

Okeh. Mari bercakap secara kesimpulan saja ya. Mari mari. Haha





Si Gadis di bilik sedang kusyuk membaca buku yang baru di belinya semalam (ya, beliau sudah berjanji akan suka membaca buku ilmiah). Kemudian secara tiba-tiba rakan dari bilik sebelah terjerit jerit dari belakang rumah.. 

Munaaa.. cepat munaa... ada babi.. cepat tengok....  

Dengan perasaan teruja terus bangkit dari baringan tadi, dan berlari lari anak ke dapur untuk melihat babi yang di gembar gembur kan itu. Ya laa, salah sorang housemate penah ada jodoh dengan si babi sewaktu berjalan pulang ke rumah pada suatu malam yang gulap gulita dulu. Jadi, setiap malam, kami kami yang lain, berharap sangat semoga dapat berjodohan dengan sang babi yang di gembar gemburkan itu. Entah la kenapa teringin sangat nak tengok. Kalau comel tak pa la jugak. Tak paham aku. Haha.

Setelah si gadis sampai ke dapur, di jenguknya kepada ke luar pintu sambil tercari cari.. 

Mana mana.. mana babi tu weh.. tak nampak pun..

Alaa.. situ laa.. tu nampak tak.. sini sikit la.. meh sini...

Baru nak di atur langkah ke luar rumah.. tibaaaa tibaaa..

Happy Birthday!!!!!!!!!!

Wahhhh!!!! Prank apakah ini.. Habiss tepung gandum cap sauh bersalut di muka, badan dan rambut. 2 orang besday girl yang baru dan lama telah di prank kan. Sungguh cisssssssssssssssssss.. Dah macam boleh buat Orang celop tepung dah.

Sebagai rasa tidak berpuas hati sangat sangat. Si gadis tadi terus meragut tepung gandum yang berada pada tangan Si Prank itu. Selepas berjaya meragut, apa lagi.. dikerja kan habis habisan sampai tergolek golek budak tuh atas lantai. Kah kah. Nasih baek tak masuk parit belakang tuh. Kahkah. Sukanya aku!! hahaha.

Lagi 2 pranker sempat berlari masuk ke dalam rumah. Lalu di kunci pintu supaya kami kami di luar nie tak dapat masuk dan serang mereka yang kat dalam itu. Setelah 3, 4 menet di merayu rayu, dan di beri warning nak report ke rumah pakcik sebelah, terus  pintu dibukak.

Dan bila pintu di buka... kahkahkah.. tanduk pun tumbuh laju di kepala.. Bagai di rasuk setan..

Mana weh.. depa pi mana.. Weh. depa duk dalam bilik ayaq laa.. 

Bilik ayaq??? Memang silap la cari port menyorok di situ. Dah la bilik ayaq tu dinding sama paras dengan pintu jaa.. kahkah.. Jadi, tunggu apa lagi, terus di cari kerusi dan di panjat tinggi.. hahaha.. Konon nak lari dari mulut buaya, tetiba termasuk mulut naga!!! hahaha. Selamat bersnow snow di dalam bilik ayer lah rakan rakan ku sekalian. Nak prank sangat!! Nie barulah prank yang adil dan saksama.. kahkahkahkah..





Thank you my lovely darling housemate!!!






PdanS : Nie 1st time saya menyambut hari lahir bersama kawan kawan. Selalu meyambut di kala cuti sekolah. Cuti universiti. Ya lah dah besday jatuh di bulan 12. Memang waktu cuti. Jadi hanya wish dari jauh saja yang di terima. Tapi, setelah kalender semua universiti di rangka semula, dan bulan 12 adalah minggu belajar, maka, tahun ini saya berpeluang untuk sambut dengan rakan rakan tercinta. Untuk pertama kali sambut dengan rakan rakan, di beri peluang merasakan prank yang sebegini rupa pulak yer.. hahaha. Terima kasih lahh!! Nie yang terasa mau sambut besday di setiap hari nie.. =P

Thank You Allah. ^_^


Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga hingga kerana masih dipinjamkan nyawa olehNYA untuk tahun yang ke 25. Syukur jugak atas kesihatan yang sentiasa baik, rezeki yang tak pernah kurang, agama yang tak pernah berubah-rubah, dan bersyukur untuk semua-semua yang Tuhan berikan kepada diri ini. Terlalu lalu banyak kurnian yang diberikan sampai tak terkarang dek tangan, tak tercapai dek Akal. Besar dan  infinity nilainya! Tapi kenapa masih  merasakan tak cukup untuk semua itu? Dan tetap lagi melihat yang orang lain jauh lebih sempurna dan punya segala-galanya. Hep. Munawwarah. Jangan macam nie yee.. Tak baik untuk di usia yang lebih meningkat ini.

Terima kasih yang perlu didahulu-dahulukan kepada Puan Bunda dan Incik Ayah yang menjadikan saya ujud dimuka bumi ini dengan izin Allah SWT. Terima kasih kerana membesarkan saya dari kecik kemetot, haluih, kepala pun besaq tapak tangan ja sammmmpailah ke tinggi 159 cm dan berat 55kilo. Terima kasih atas curahan kasih sayang, wang ringgit, dan didikan yang tak pernah jemu jemu sehingga saya berjaya ke tahap ini. Terima kasih atas perlindungan yang sangat sempurna bagi memastikan anakmu tidak di sakiti  oleh sesiapa,  tidak sejuk di malam buta, tidak digigit nyamuk didalam gelap gulita. Terima kasih juga untuk didikan agama yang secukupnya sepanjang tempoh 25 tahun ini. Jasa kalian berdua amatlah terlalu besar, dan jika di cari apa apa bentuk balasan sekalipun, tidak ada apa yang setanding dengan pengorbananmu. Hanya doa yang dapat anakmu pohonkan. 

Kepada kawan-kawan di facebook, terima kasih kerana bersusah payah memenuhkan wall saya dengan ucapan ucapan yang membuat diri jadi, wahhh!!! Banyaknyee notification, Artis ke hapa aku nie? (statement tak boleh blah. Kahkah) Kini, barulah saya faham akan betapa gembiranya dan syoqqqnya mendapat Wish yang berjuta juta ini. Di kemudian hari akan berusaha membuat ucapan kepada kawan-kawan yang  menyabut hari lahir semoga mereka dapat rasa sebagaimana yang saya lalui hari ini. Kemudian terima kasih juga untuk doa yang dipohonkan, especially SEMOGA CEPAT KAWEN. Semoga mulut kamu kamu sekalian sangat sangat masin. Nak doa macam nie teptiap hari pun Aiman tak kesah tauu. =P.  Ahir kata, semoga apa yang dipohonkan oleh kalian akan dimakbul kepada kamu kamu juga.. Amin..



"Terima kasih daun keladi, mana hadiah hari jadi?"

=P















PdanS : Tak sampai sehari berusia 25 tahun dah sakit pinggang orat segala bagai. Hadoi. Macam sambut birthday yang ke 52 saja.. T_T

Monday, December 19, 2011

Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!



Dah boleh menarik nafas lega. Lega? Lega la sangat. Tapi sikit sikit lega lah. Full Report dah siap di print kan. FULL okeh FULL. Bila dah melalui fasa fasa terahir nie baru lah sedar yang segala isi kandungan, format spacing, size, margin rujukan dan tok nenek segala bagai yang lain yang selama ini di anggap, elehh.. kacang jaa.. buat last last.. tapi.. bila dah buattt... errr.. ambik masa dari jam lapan pagi tadi kot!!!! sampai sekarang jam 3.00 menet tengah hari baru complete edit!!!! Separuh hari kot!!!! Lepas tu buat benda yang macam kacang pun sangat sangat stress. Memang tekanan bila nak edit itu ini tak menjadi. Lagi lebih stress kena ikut format yang ditetapkan yang tak menarik langsung. Yang membuatkan table aku jadi tak menawan. Tak ada kaler kaler kegemaran. tak ada bold bold. Errrr. Langsung tak kemas kot. Sapa yang merangka Format Thesis untuk UTHM?? meh saya nak jumpa sat!!!

Eh, dah dah. Mari bawak bawak pergi sembahyang. Mari bawak makan satt. Lapaq tak dak dah nie. Dok pulun buat kerja sampai boleh lupa, EH EH HARI NIE BESDAY SAYA? eh eh macam mana boleh lupa? hahaha. Ada jugak nak kena sekeh kepala nie. Dah tak payah nak menipu sangat. haha

Serius dah lega sikit bila dah siap print. Dah boleh tersenyum dalam keikhlasan. Dah boleh baca wish kawan-kawan yang penuh wall dengan hati riang dan sangat berperasaan. Nie asal bukak FB je rasa serabut!! apa nie notification banyak banyak nie? Ishk. Effect buat PS sampai komen kawan kawan pun rasa macam boleh tak tak payah wish lagi. Boleh tak tunggu saya habis buat PS sekejap. Boleh tak? Haaa?? Boleh??? (macam nak lempang laju laju je ke diri sendiri. Dasar tak reti bersyukur kan. Orang ingat besday awak tu dah betuah laa. Hadoi.. Hahaha)

Okeh. Mari tutup cerita. Nanti balik kita sambung berEntry lagi. Entry dengan penuh kesukaan. Ye ke kesukaan. Nak nak jap lagi bila engkau pergi jumpa Abg Double H tu, tup tup dia kata, sini pebetul, sini buat balik, saya tak mau yang ini, kenapa mesti buat macam nie, yang nie tak menjawab persoalan kajian and bla bla blaa.. errrr.. Mamposs aku!! Semoga dia tak ada. Dan semoga saya boleh pi pejabat dia dan letak atas meja dia lepas tu beramboss!! hahaha.



-Sekian dari besday girl yang kusut-







Kepala sendat.


Hai anda. Hai. hey hoi hellow. Owh. Tolong lah menjadi orang Islam yang bukan atas nama saja. Boleh? Okeh. Mari mulakan kembali.

Assalamualaikum teman. ^_^

Hep. Saya baru sudah pulang dari bejumpa jumpaan dengan SV saya. Hasilnya.. Arhhhhh.. Banyak sungguh benda yang harus diperbaiki. Namooooo. Hey hey hey. Nak dapat A ke tak nak? Kalau nak pi buat sekarang kesemua correction itu!! Faham!! Dan esok harus hantar!!! Hantar bukan chapter itu saja. Tapi KESEMUA SEMUA SEMUA chapter. Berserta lampiran! Isi kandungan. Cover! abstrak dan bla bla bla. HANTAR MACAM NAK PERGI JILID DAH!! mean FULL dan COMPLETE THESIS!! ada faham!!! Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Mari pengsan.

Eh, tak payah mengada. Mari semayang asar. Mari berdoa kat tuhan di permudahkan segala urusan. Mari sambung kerja lepas itu. Mari owh mariiii.. Mari mari kita menari.. lalalala..








Sesi tayang menayang hasil dari Bermastautin ke Melaka selama 2 malam!!! 






Memang harus amek gambar mcam nie sebab kepala dia aset  nak goyang sana sini. Al maklumlaa budak 3 bulan yang tak reti apa lagi. Tapi apa sungguh tidak berkejadah ya mokteh dia itu. haha.







.

Yang last nie gambar paling febret!! hahaha. Tengok la muka 2-2 beranak nie. Tah apa apa je laa. 
Muka aku macam muka nak minta penampooo. 
Madihah?? Nak mintak kissssss muahhh muahhh banyak banyak tuh!!! haha











PdanS : Semakin mendekati ke hari hari kemuncak. Semakin otak kusut. Semoga Tuhan yang Maha Segala galanya memudahkan urusan aku dan memberi yang baik baik saja semuanya. Aminnn..