❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 5, 2011

Tulis laju-laju.


Hai blog. Update laju-laju kejap.

Okeh. Esok kan Raya. So, kerja sangat lah macam-macam kena buat. Sampai sekarang pun, di tika-tika jam 11.55 menet malam, kerja tak settle-settle lagi. Puding tak buat lagi. Lantai tak mop lagi. Tauhu tak potong lagi and banyakkkk lagi. Errrr.

Hari nie, Che Sayang macam ada anak perempuan sorang nie je. Ye laa.. Anak perempuan yang lain-lain beraya rumah mentua. Anak perempuan yang sorang lagi nak exam SPM, memang tak boleh nak di suruh apa dah. Tak exam pun, kalau di suruh membuat kerja yang paling mudah pun tak terbuat, inikan pulak nak arah itu ini di dapur, cakap pun buat sakit hati. Baek aku je yang buat. Senang...

Lepas tu, nak mengadu kat belog. Saya letih sangat sangat sangat.

Tapi tak semayang lagi. Tapi tak mandi lagi.

Dah la muka sangat belengas. Beminyak gila-gila. Badan busuk gila kot sebab tadi dok menebas hutan belantara belakang rumah. Segala ayer acaq dari parit semua tepelantin kena baju. Tapi.. Tapi.. Macam malas gila nak mandi kot. Letih.

Okeh la. Tak nak type panjang-panjang lagi, tadi cakap LETIH, nie menaip sampai sepuluh perenggan, apa cer?? Macam menipu la pulak Letih yang di cerita tadi tuh. haha.

Di kesempatan ini, saya Munawwarah Binti Ismail ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh pembaca blog yang beragama Islam. Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya, dan dapat lah saya ke umrah tahun depan. Sangat sangat sangat sangat berharap. Aminnnnn.










PdanS : Dalam hati ada teringat. Sekian.

1 comment:

Sikurustegap said...

Selamat hari raya aidiladha