❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 28, 2011

Tersamsul lagi.


Unplanned Moments Are Always Better Than Planned Ones.


Yup. Sangat sangat setuju. Tambah-tambah saya nie yang jenis nak buat apa saja mengikut kata hati. Tak boleh di plan awal-awal. Nanti tak menjadi.

Hari semalam boleh pulak tersamsul pergi KL. Mula-mula tak nak pergi mana dah. Punya la nak tekun buat kerja. Konon la kan. Tapi last minit punya decision, tub tub, okeh aku nak pergi KL.

Naik bas jam 5 sengah petang dari BP. Sampai Kajang pukul 9 sengah. Tidur rumah kawan. Esok pagi bangun pergi kenduri kawen kawan. Balik dari kenduri jam 3 petang. And then singgah Sg Buluh rumah kakak. Dan sebelum sampai rumah kakak, tergerak hati nak pergi nursery bunga kat belakang Sg Buluh tu kejap. Singgah-singgah sana. Menggila jap tengok bunga yang sangat sangat sangat sangat seperti di Cameron. Feeling feeling jap bagai di tanah tinggi itu. Kemudian terpandang orang jual durian. Wahhhh!!! Sepantas kilat mulut JOM!!!. So, makan dulu seround dua. Habis makan ambik gambar dengan bunga banyak-banyak. Lepas tu baru blah pergi rumah kakak. Duk rumah kakak 10 menet. Borak itu ini. Makan durian rumah dia pulak. Terus balik. Siap culik 2 bijik durian rumah dia bok balik Kajang lagi. Sampai rumah member kat kajang tu, terus siap-siap. Pukul 6 sengah keluar pergi BTS. Pukul 7 sengah naik bas balik Parit raja.

Okeh. Itu saja kisah tersamsul saya. Secara tiba tib dan tak dijangka. i loikeee. Sebab tu kalau nak keluar mana-mana dengan teman rapat, jarang plan nak pergi mana mana and mana. Just janji, okeh pukul 11 siap, aku datang ambik. Nanti ada la tetiba tersasul sampai kemana-mana tempat tah.

Okeh la. Mahu tidur. Dah letih. Esok pagi, di jam 9 sengah, perlu berlakun-berlakun rajin lagi sebab dah berjanji temu dengan rakan baik, nak buat kerja sekulah untuk subjek kelas jam 2 petang esok. Nak berak baru kalut nak korek lubang kan. Aiyoyoyo. Amalan yang tak bagus. Ada jugak yang berak beteraboq nieee.. Haha. Dah. Nak tidur pun kena cakap benda kotor. Dah dah. Syoh. Nite. Tata. Selamat malam. Selamat saling merindui. Doakan terbaik untuk saya. Saya dah nak habis belajar. Yeay yeay. Doa-doa la semoga tak ada apa-apa tersangkut. Doa la semoga PS saya dapat A. Er. Panjang sungguh pesanan. Bila mau habis. Haha. Okeh okeh. Ini last dan serius. SELAMAT MALAM. TERINGAT!!






No comments: