❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 24, 2011

Semangat tahun ini.




Bila tengok jumlah post kat atas nie, macam WOW!! Banyaknye entry aku publish bulan nie. Dah melebihi 31, tapi hari nie baru 25 hari bulan. Wah!! Semangatnya aku. Hahaha.

Tahun nie banyak entry di publishkan, melebihi tahun 2009 and 2010. Dah 3 tahun usia blog aku nie kan. Dah lama. Boleh tengok dan baca balik zaman-zaman muda remaja waktu 1st time tulis blog, mula nak bangun, macam-macam style. Yang tak boleh blahnye, kalau time tu aku tengah febret baca blog Hanis Zalikha, nanti ayat-ayat aku akan jadi lebih kurang sama dengan dia, banyak frosa-forsa kata dia yang tersamsul masuk ke blog aku. Pendek kata, blog mana yang aku baca, mesti blog tu akan mempengaruhi setiap lenggokkan ayat aku.

Sekarang, selepas 3 tahun menulis? Aku dah jumpa identiti blog aku, iaitu sesedap hati mak aku la nak mengarang apa. Haha. Ya. Itu yang aku rasa buat masa sekarang. Menulis dengan mengikut kata hati.

Sekarang aku jarang buat blog walking. Malas nak membaca. Serius. Sebab aku sangat tak mengharap orang datang blog nie dan baca. Sebab tu blogwalking aku kurang. Kadang-kadang ada jugak jalan-jalan blog teman-teman rapat sebab nak tau apa perkembangan derang. Ya tu je. Kalau yang tak kenal or mungkin femes di arena blogspot nie tapi bukan rakan aku, aku tetap jarang pergi nak terjah or jalan-jalan. Tah la kenapa malas.

Okeh lah. Hari terasa macam dah hari Sabtu. Walaupun sebenarnya baru hari Jumaat sebab hari  jumaat adalah hari tanpa kelas. So bila bangun di pagi dan tak ada kelas, terus set dalam otak. "Owh, dah hari sabtu."  

Tengah update blog di pagi-pagi nie di kala jam 7. 57 menet pagi, tiba-tiba terdengar housemate dari bilik sebelah terkejan berlari sana sini. Macam nak rushing apa tah. Mandi dalam bilik air pun terjerit-jerit. Pakai baju pun sambil lari-lari. Aikkk. Kenapa? Terus tanya "Eh, nak pegi mana?" tanya sebab fikir hari nie hari Sabtu, kenapa derang sibuk mandi awal and pakai baju kurung. Baru je dia nak jawab, tetiba aku baru teirngat hari nie hari Jumaat laaa.. Hari jumaat derang ada kelas.. Dan derang tekejan sana sini sebab kelas pukul 8 dan terbangun lambat. Owhh.. Ok.. Kenapa boleh lupa.. Kalau tak boleh aku tolong kejutkan.. Mata dok bulat, segar bugar dari Subuh tadi lagi nie.. Hurmm..

Okeh la. Tak nak tulis dah. Nak menjadi bibik yang solehah. Rasa nak buat sarapan yang kebabom.. Jom tengok apa yang mampu di silatkan di dapur. Adakah roti jala bermutu tinggi? atau pun roti kukus cicah kaya je? Tengok tahap kerajin kat dapur nanti. tata. ^_^








No comments: