❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 14, 2011

Nenas dan Saya.

.


Semenjak dua menjak nie, napsu aku sangat membuak-buak pada nenas. Tatau kenapa. Lepas terbaca nenas dapat mengurangkan jerawat terus semangat nak makan nenas banyak-banyak. Padahal fakta tu tatau betul ke idoknyee.

2 minggu lepas aku pergi memborang 2 bijik nenas. Balik rumah sewa je aku terus buat jus. Kat rumah nie, 2 orang je penghuni yang makan nenas, yang lain, tak boleh makan sebab sakit, memang tak minat and isteri orang yang kena pantang nenas sebab plan nak mengandung. So, kesannye, beli banyak-banyak, tapi aku sorang je lah yang akan telannya. Member yang sorang lagi pulak, makan ikut mood je. 

Balik kampung hari tu pun aku mengidam nenas jugak. 1st day kat rumah dah beli nenas. Terus excited buat jus. Beberapa hari lepas raya, aku suruh Incik Ayah belikan, lepas dah beli, dengan rakusnya pergi potong-potong dan buat jus la. Apa lagi. Nak makan macam tu je nanti pedih lidah. Kalau buat jus kurang la sikit sakitnyaa.

Sekarang, aku dah balik Parit Raja. Seperti yang semua tahu, Johor merupakan pengeluar nenas yang  terbesar kat Malaysia nie. Kalau mai Parit Raja nie, kedai buah sangat  bersusun-susun tepi jalan. Buah nenas apa lagi, bersepah-sepah laa. So?? Aku apa lagi, bagaikan berada di heaven. Syoqqq gila kot. Balik library tadi memborang 3 bijik nenas. Sebijik dah selamat di buat jus dan jugak dah selamat masuk dalam perut aku. Minum sorang-sorang pulak tuh. Baguss!!!

Hari tu mak ayah menasihati aku secara berjemaah tentang nenas nie. Mereka cakap jangan selalu sangat makan. Tak elok untuk perut sebab dia tajam. Takut nanti jadi apa-apa. Tak nak dengar takut jadi yang bukan-bukan pulak, ye la, orang tua tua kan makan garam awal pada aku. So, tengah makan tadi aku teringat pesanan mereka. Terus dalam hati, Okeh nak google khasiat nenas jap lagi. Sangat perlu, takut jadi apa-apa pada diri sendiri sebab dasyat sangat sukanya niee.

Untuk sapa-sapa yang selalu pandang rendah seperti "Eleehhhh.. suka nenas pun nak heboh satu dunia ke, nenas jee ponnnn " Meh sini aku nak riak dan banggakan sikit tentang buah kegemaran aku sekarang nie. Hahaha.






FAKTA 1 (dipetik dari blog sapa tah)


Nama Saintifik: Bromeliaceae Comosus (tegeliat lidah nak sebut).

Sejarah: Sejenis tanaman tropika yg dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan (loh, ye ke. ingatkan memang asal dari Malaysia and orang maysia je makan, dah nama buah-buahan tempatan ^_^), yang kemudiannya diperkenalkan oleh penjelajah Portugis & Sepanyol ke dlm koloni mereka di Asia, Afrika & Pasifik Selatan. Di negeri2 ini jugalah nanas terus ditanam sehingga kini

Faedah & Khasiat: Baik utk sistem penghadaman & pelawasan, sekaligus boleh mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nurtrisi. Nanas juga dikatakan kaya dgn vitamin (C, B, B2, B3, B5 & B6), mineral, serat dan enzim (khususnya bromelain yg ada kaitan dgn penghadaman).

Cara Pengambilan: Utk keberkesanan yg lebih, nanas harus dimakan antara waktu makan tanpa mengambil makanan lain. Jika dimakan bersama makanan lain, kebaikan enzim dlm nanas akan terjejas.

Fakta Menarik: Tak payah makan ubat cacing kerana jus nanas dikatakan boleh membunuh cacing dlm usus (wahhhhh!!!)

Tidak Sesuai Untuk: Mereka2 yg menghidap kencing manis dan yg mempunyai tahap gula dlm darah yg rendah. Maklumlah nanas kan manis. Apa2 pun dptkan nasihat drpd doktor terlebih dahulu, jika hdk menggunakan nanas utk tujuan perubatan.





FAKTA 2 (nie dipetik dari wikipedia)


Khasiat

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.(wahhhhh!!!! saya sangat suka. Dah la berat macam agak kecelaruan sikit je angka dia. Harussss makan banyak-banyak la kalo ini macam!!!)

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei. (aisyeeee, buat kain tuh.. Sapa yang nak bangga-bangga kain dia made in filipina, meh sini aku nak gelakkan sattt.. kahkahkah.. baju die dari daun nenass.. engkau adee??)

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan. (Ya!! saya dengan jujurnya menyukai semua khasiat ini. Terima kasih TUHAN. ^_^)





FAKTA 3 (dari blog indo. Aku sikit-sikit saja ada paham. Manya manyaa lagi tarraa paham laa. Meh bokbuat paham je lah. hoho)

Beberapa Khasiat Buah Nanas Yang Telah Masak :
-Anti radang.
-Dapat mengurangi keluarnya asam lambung yang berlebihan (asam labung?? adoilaponn.. Mail Lambung tau la)
-Mengganggu pertumbuhan sel kanker,
-Bersifat dingin,
-Peluruh kencing (diuretik), (mesti di nak cakap dapat melawaskan air kencing. tapi kot bahas indo cakap peluruh. wau. hebatnya saya. dah boleh kawen dengan Pasha lah jikalo ini macam)
-Membersihkan jaringan kulit yang mati,
-Membantu pencernaan makanan di lambung(Mail lambung lagi. gue ngakk paham dongg)
-Menghambat penggumpalan trombosit.


Beberapa Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Buah Nanas :

-Air perasan (Jus) Nanas: Cacingan, radang tenggorokan, Beri-beri, menurunkan berat badan, masalah pencernaan
-Daun Nanas (cuci bersih, ditumbuk halus, balurkan pada yang sakit): Untuk luka bakar, gatal dan bisul. (wahh!!! daun nenas yang orang dok buang tu sebenarnya berkhasiat. wahh!!)
-Ketombe: Sediakan 1/4 buah nanas masak. Kupas kulitnya, lalu parut, peras, dan saring. Tambahkan air perasan 1 buah jeruk nipis dan aduk sampai rata. Gunakan ramuan ini untuk menggosok kulit kepala yang berketombe. Lakukan malam sebelum tidur. Keesokan paginya rambut dikeramas. Lakukan 2-3 kali dalam seminggu.(kotembe tu apa ya? mari kita assume kelimomor je la. haha)
-Peradangan kulit: sediakan 1/2 buah nanas yang telah masak. Kupas kulitnya, lalu parut. Hasil parutannya dipakai untuk menggosok kulit yang bersisik dan mengelupas. Lakukan sekali sehari, malam sebelum tidur. Keesokan paginya baru dicuci bersih. Lakukan setiap hari.
-Sembelit: minum air perasan dari 3 buah nanas, namun pilihlah buah yang belum matang benar dan agak sedikit asam.


Efek Samping Dari Buah Nanas :

-Nanas muda berpotensi sebagai abortivum atau sejenis obat yang dapat menggugurkan kandungan. Karena itu, nanas dapat digunakan untuk melancarkan terlambat haid. Karena itu, perempuan hamil dilarang mengkonsumsi nanas muda.
-Memicu rematik. Di dalam saluran cerna, buah nanas terfermentasi menjadi alkohol. Ini bisa memicu kekambuhan rematik gout. Penderita rematik dan radang sendi dianjurkan untuk membatasi konsumsi nanas.
-Meningkatkan gula darah. Buah nanas masak mengandung kadar gula yang cukup tinggi. Jadi, bagi penderita diabetes, sebaiknya tidak mengonsumsi nanas secara berlebihan.
-Menimbulkan rasa gatal. Terkadang sehabis makan nanas segar, mulut dan lidah terasa gatal. Untuk menghindarinya, sebelum dimakan, rendamlah potongan buah nanas dengan air garam.




So? Apa lagi. Mari beralih arah kepada nenas!!!








PdanS : , Owh, patut la suka tart nenes secara sakan sekali. Rupa-rupanya nak ada jodoh dengan buah nenas pulak ke.. Huhu.. Boleh macam tu??

1 comment:

armouris said...

kalau suka nanas jom minum Kopi Nanas