❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 17, 2011

Makan angin. Lalalala


Angin. Ada apa dengan angin? Ada nyaman kalau ia menyapa ke muka. Terasa cool kalau di kenakan ke badan. Tapi kalau di letakkan dalam badan. Errrrrr. Nak muntah. Mual. Memulas. Ya, itu la yang sayarasa dan lalui sekarang. Aset sendawa. Kentut apatah lagi. Gamaknyaa, kalau la angin kentut tu boleh di isi dalam botol, mesti dah dapat penuh 4 botol kicap kipas udang kan. Nasib baik tiada bau. Hanya ada bunyi yang sangat boleh di banggakan di kalangan rakan serumah. kahkah. Ya, kadang-kadang kami suka lawan sapa kentut paling kuat. Nampak macam kurang tatasusila sebagai rakyat malaysia, tapi, rialitinya, itulah kami. Insan-insan yang akan dahagakan sesuatu yang mampu membuatkan hati gumbira, lalu keserabutan belajar pun berlalu pergi.

Okeh. Kembali ke cerita angin dan saya.

Tanya sama angin, napa masuk perut saya,
Nanti jawab angin, sapa suruh tak makan,
Tanya sama mulut apa sebab tak makan,
Nanti jawab mulut, tanyalah hati.
Hati nanti kata, engkau mana paham, aku rasa loya lagi nak melugai.
Kalau di sumbat jugak, kompem akan tekeluaq punyaa.
Nanti jadi muntah-muntah lalu otak pun lemahhh...

Itulah kisahnya. Macam tak masuk langsung kan lirik dan irama, bukan macam, rasanya MEMANG tak kena langsung. Kehkeh. What ever. Tapi sampai ke saat nie, semua rasa-rasa yang pelik itu masih bersarang di jiwa. Errrrrrrrr....

Dah cuba di minun 100Plus. Terus sendawa tak berhenti. Tapi, angin yang banyak lagi dalam perut sangat degil nak keluar. Ketegaq sungguh. Yang saya rasa la kan, bukan angin sebenarnya yang ada dalam badan saya nie, semua tu gas gas asid yang terhasil dari buah nenas. Sebab semalam ada google tetang kelebihan buah nenas. Dia cakap, nenas nie akan menghasilkan satu asid. Dan apabila saya menelan sebijik buah nenas secara alone-alone, tak semawa sapa dah, jadi haruslah menerima derita angin bermain-main aci ligan dalam perut. Paham!!!

Nenas yang lagi 3 bijik, yang tergolek-golek di dapur, yang macam agak kecut perut bila tengok, tobat tak mo makan dah BUAT SEMENTARA WAKTU nie, kena stop sat, dah saya bagi ke jiran sebelah. Beli dengan napsu yang tamak, last-last jadi lagu nie. Hahaha.

Okeh lah. Mata sudah memberi insyarat yang mana tangan harus berhenti menaip dan otak perlu stop berfikir, walopon kalau ikutkan hati nak cerita itu ini lagi. dah dah. Mari memberi kerehatan kepada semuanya. Selamat malam. Semoga di panjangkan Umur lagi. Semoga bertemu lagi di esok hari. Dan saya memohon maaf untuk segala-galanya.. Maafkan saya.. (Saya banyak buat salah kat orang, (mengatakan sesuatu dibelakang mereka yang mana kalau mereka dengar mereka tak suka dan kadang2 ada ayat yang mengguris hari orang) risau kalau mati, tak sempat nak mintak maaf. Sebab tu dosa mengumpat lebih besar dari berzina. Berzina boleh bertaubat bersungguh2 dan mintak ampun dari Tuhan, inyaAllah, Tuhan Maha Pengampun. Tapi bila Mengumpat : perlu bertaubat, mintak ampun dari Tuhan dan MINTAK AMPUN DARI ORANG YANG DI UMPATKAN, kalau bertaubat bersungguh2 macam mana skali pun, tapi orang itu tak ampunkan.. tak boleh buat apa jugak)





Sesungguhnya, makan angin itu adalah sesuatu perkara yang SANGAT BEST. Tapi bila tertelan angin yang banyak.. Errr.. 









PdanS : Esok nak pergi Bukit Beruang, Ayer Keroh Melaka. Ada kem apa tah. Tata..

1 comment:

♥e'in♥ said...

asek kentut2? patut laa bau sampai sini.. hahahahahaha..