❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 3, 2011

Janda Anak 3!!!


Hari nie, secara tetiba dan sungguh tak di sangka sangka, status saya yang single terangtangtang telah betukar jadi Janda Anak 3!!! WOW!!

Okeh, hari nie saya kena jaga 3 orang anak-anak comel yang susah nak bangun pagi sebab ayah dia dah 2, 3 hari pergi outstation dan mak dia tetiba malam tadi, pergi ke Muar sebab kawan dia menginggal. So, hanya saya saja satu satunya manusia yang boleh di harapkan dan di mintak tolong.

Pagi nie, jadual hidup macam amat sungguh bermakna. Perasaan menjadi ibu tunggal yang punya 3 orang anak kecil sangat membuak-buak. Bagun seawal orang lepas azan. Eh, actually tak bangun lagi. Cuma celik mata tengok jam dan tangan laju menggoncang badan Si Anak teruna sorang tuh.

"Izattt, bangunnn... izzatttttt.. bangun bangun.."

Nasib baik budak nie senang bangun. Jaga untuk kejutkan budak nie jee. Lepas tu sambung tidur jap. ^_^

Lepas tu Izzat siap mandi, kejutkan 2 orang anak dara pulak. Liat sungguh nak bangun. Nak bagun pun kena bagi rasuah macam-macam dulu baru la boleh bangun berdiri dan masuk bilik air dengan mudahnya.

"Husna... bangun.. bangun cepat laaa.. nanti lepas husna balik sekolah Makteh bawak pegi kedai.. haa!! cepat bangun.. Cepat laa. Hari kena pegi sekolah, nanti cikgu nak kasi duit raya.. bangun bangun.. jom mandi.."

Kat sepuluh menet aku dok pung pang pung pang baru bangun.

Nie kira ok lagi. Syimah langsung tak jalan aku cakap apa pun. Mata still tak bukak, last last, angkat masuk dalam bilik air dengan mata yang susah sangat nak celik tuh. Padan muka!! Nangis dulu seround dua time mandi. Habis mandi baru ok dia tu. Budak nie memang mengada sikit. Pagi-pagi susah bangun dan sokmo nak nangis.

Sudah mandi siap siap kan mereka. Bancu air sorang satu cawan.. Okeh.. Breakfast sambil tengok tivi!!!









Lepas dah siap breakfast tengok jam di dinding, eh baru 6.45. Macam awal lagi pulak. So On kan Laptup kejap. Bagi derang layan youtube, tebuang la sikit masa. Bila dah 7 suku terus, dah dah, dah boleh pergi sekolah.




Okeh. Anak-anak da selamat pergi sekolah. So, jom kita sambung tidur deh. ^_^










PdanS : Ingatkan tengah hari nie dah boleh balik, tapi macam-macam hal la pulak yang tejadi. Nampaknya malam karang la baru aku gerak balik kampung.

No comments: