❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

Duhai hati.


Tekan PLAY dulu.













Duhai hati yang aku miliki. Semoga baik-baik saja. Dalam waktu baikmu, Jangan engkau lupa. Jangan engkau tersasar. Jangan dilalai apa yang diamanahkan. Kerna engkau cermin diri. Gambaran pada si empunya diri.



Duhai hati yang aku miliki. Pemilik ini rindu waktu sakitmu. Waktu pedihmu. Di waktu itu engkau  merintih. Dalam rintihan, engkau mengadu padaNYA. Engkau merayu padaNYA. Engkau letakkan DIA dalam semuanya. Lalu yang sakit itu lupa untuk di rasa, kerna nikmat tenang menakluki segalanya.



Duhai hati yang aku miliki. Jangan engkau berpaling lagi. Jangan engkau menjauhi lagi. Jangan engkau lupa janji-janji mu lagi. Sampai bila mahu berjanji kemudian memungkiri, Dan kemudian berjanji kembali? Mana letaknya malumu? Pamerlah pada yang sepatutnya.



Duhai hati yang aku miliki. Sesungguhnya, pemilik ini hanya peminjam. Ada yang lebih berhak menakluknya. Dalam ruang masa yang ada, akan cuba dibersihkan. Akan cuba di semai rasa cinta. Agar hilang noda-noda. Agar kembali asal warnanya. 




Duhai hati yang aku miliki.
Ketahuilah, yang pemilik ini sedang berusaha untuk terus mencari.





Pemilik Hati




No comments: