❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 24, 2011

Bertapa tanpa sesapa.



Sekarang waktu sembahyang jumaat dan waktu library di kunci. Announcement telah pun di buat jam 12.00 tadi. Tapi aku sebagai manusia yang comel dan rajin haruslah tidak mendengar kata, bila kena halau keluar. Lantak engaku lah. Malas nak gerak dan simpan semua pekakas yang ada dan besepah nie untuk ke bilik 24 hour yang tak di tutup tutup kat bawah library tuh. takmo takmo. Biar la kena kunci sampai jam 2.45  petang pun. Saya tidak bekesah.

Jadi memduduklah si anak gadis itu secara sorang-sorang di dalam bilik iqrak 112. Bilik yang bersize karokay jamban. Tadi waktu keluar tutup aircond yang sangat membekukan darah darah saya, nampak ada 2 orang cleaner tuh tengah macam jalan-jalan dengan kawan dia. So, rasanya, bukan aku sorang je kot yang sengaja membiarkan diri terkunci dalam library nie. Ada lagi kot spesis-spesis aku nie.

Okeh, sekarang di MOOD mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Kenapa? Ya, haruslah memasang zikir zikir dan alunan kitab Allah itu saja sebab sedang duduk sorang-sorang. Apabila sedar diri adalah sorang yang penakut pait, jadi, hiburan lagu-lagu kegemaran kena stop dan dilupakan sekejap. Harus di berilaluan kepada ayat quran supaya nanti hantu pun tak kaco.. Tatuttttt.. Tapi ada hati lagi nak lepak sorang-sorang kan. Haha.

Okeh. Hari nie 1st time saya masuk bilik Iqrak yang disediakan oleh pihak Library. tatau pun ada bilik yang canggeh cam gini. Selalu duduk kat bilik thesis yang mana duduk meja besar yang ada 4 kerosi, bilik sangat luas, bila masuk kena berebut extension dengan manusia manusia lain. Lepas tu kalau nak bukak plastik cekelet pun kena pelan pelan dan boleh makan masa 3 menet. Kenyang dulu la baru boleh makan. Kalau bukak laju-laju tak ada adab sopan, nanti bunyi dia mampu menggangu rakan sebelah yang sedang belajar. Serius sangat obius bunyi dia. Tu la keadaan bilik thesis yang selalu i lepak kat library selama nie. Yang best nye, kalau nak buat rujukan thesis ok la sebab thesis orang sangat bersepah.

Harinie rakan baik mengajak duduk di bilik Iqrak. mengOK saja ajakan beliau. Kemudia bila naik-naik tingkat 4.. WAHHH!!!!! ada dekat dekat dua ratos kat bilik dia. Satu bilik satu user. Ada komputer sanggeh yang berLCD, screen cantek. Ada speaker siap. Kalau nak dengar lagu kuat-kuat tu tak ada masalah lah sebab bilik nanti akan di tutup. So, orang luar tak akan dengar. Walaupun bilik dia hanya bersize karaokay jamban je, tapi sangat sangat selesa. Sejuk pun dasyat jugak la. Nanti kalau nak datang memang kena bawak sweater. Sejuk kot..





 Inilah bilik yang bersize karaokay jamban tuh. Kecik. Tapi selesa.



 Komputer besar untuk tengok youtube dengan melagha facebook. Laptop sendiri untuk buat kerja. Hebat bukan!!!



 Macam biasa. Mestilah sedang belakon belakon membuat kerja.



 Kasut busuk saya. dan beg plastik UTHM. Beg plastik yang nie saja yang di benarkan bawak masuk dalam library nie. Beg beg lain tak boleh. Dengan adanya beg nie, dapatlah saya mengangkut segala bentuk makanan untuk di di usung masuk sini. Hihi



Pemandanga luar dia cukup cukup menawan. Tapi kalau hutan kelapa sawet tu di ganti dengan sawah padi lagi lah menggoda hati.




Macam besa. Saya dan bekal memang tak dapat di pisahkan kalau masuk library. Nasib baik beg plastik tak kena check. Kalau tak dah kena halau dah. Tak dapet laa saya menikmati jemput-jemput carrot berperisa bilis nie sewaktu letih lalu stress membuat kerja sekulah. Kehkeh..






No comments: