❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 26, 2011

Bermimpi lagi.







Semalam, saya tidur.

Saya mimpi.

Dalam mimpi ada mimpi yang lain.

Mimpi tentang hari itu.

Hari yang pasti.

Saya nampak ia jatuh ke timur.

Pelik.

Kemudian masa berjalan.

Berputar laju.

Sehari seakan seminit.



Saya nampak lagi.

Ada gunung yang berjalan.

Dalam berjalan, mengaut semua di hadapan.

Rumah, pokok, sawah, kedai.

Semua di telan.


Saya lari.

Lari lari lari dan terus lari.

Kemudian ada laut di depan.

Mana harus saya pergi.



Tika itu tangan terus menadah

Berdoa dalam takut.

Berharap dalam lewat.

Mata di pejam

Dengan harapan itu satu mimpi.

Bila di buka kembali.

Tidak..

Ini memang rialiti.

Dipejam dan di buka lagi.

Tidak..

Ini betul-betul terjadi.



Untuk ketiga kali dipejam lagi

Bila di buka.

Ya Allah.

Aku bermimpi lagi.

Syukur hanya mimpi.

Walaupun ianya memang pasti.

Sekurang-kurangnya masih ada masa untuk kembali.


















PdanS : Saya selalu bermimpi seperti ini. Semoga akan sentiasa ada kesedaran.




1 comment:

Rossnie said...

1hari b4 tsunami d acheh, sy pnh bmimpi laut yg berombak besar yg tsgt2 besar melanda.bpusing2 air laut..ms tu sy blari2 ke masjid sbb d c2 shj kwsn yg tslamat.masyaallah..esoknya, bgn pagi, bngunan d matrik bgegar..n dpt brita tsunami d acheh..
slalu jugaak mimpi laut yg bgelora, pastu turut monyet (macam agak pelik..muka ala2 org) byk sgt..subhanallah..bgn jer, terus amb wuduk.solat taubat..maybe byk buat dosa, allah nk beri ingatan melalui mimpi sbb slalu leka wpun kslahan kecil yg mmbwa kemudaratan...masyaallah..