❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 2, 2011

ALLAH MEMBEBANI SESUAI DENGAN KEMAMPUAN KITA




Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa):
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al Baqarah:286)




Kita sering merasa beban permasalahan yang sedang kita lalui adalah sangat berat, bahkan kita merasakan paling berat diantara beban yang dimiliki oleh orang lain. Orang lebih cenderung suka menceritakan beban, kesulitan, atau masalahnya kepada orang sambil meyakinkan orang lain bahawa beban masalahnya yang paling berat. Apa itu dapat membantu menyelesaikan masalah kita?



Menceritakan beban masalah kepada orang terdekat atau yang kita percaya mungkin akan meringankan beban, tetapi daripada kita bercerita ke sana ke mari tentang beban masalah kita, mengapa tidak kita bercerita dan mengadu kepada Allah SWT. Berdoalah:



Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.



Allah SWT tidak pernah memberi beban yang melebihi kemampuan kita. Ini menurut Al Quran. Jadi sebesar manapun beban, kesulitan, dan masalah yang kita hadapi, yakinlah bahawa kita akan mampu melalui dan mengatasinya.



Ayat ini memberikan kekuatan kepada kita untuk lebih percaya kepada diri dalam menjalani hidup ini. Kita percaya, bahawa diri kita sudah diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah bagaimana pun beratnya menurut nilaian kita. Kita juga yakin, bahawa Allah tidak akan memberikan beban masalah yang melebihi kemampuan kita.



Justeru itu, ketika mana kita berhadapan dengan masalah yang berat, sangat berat, bahkan paling berat dibanding masalah yang dihadapi orang, ini menunjukan bahawa kita memang memiliki kemampuan yang lebih. Seorang pelajar sekolah tentu hanya akan diberikan soal ujian untuk tahap pelajar sekolah, sementara seorang mahasiswa akan menghadapi ujian untuk tahap pengajian tinggi. Harusnya kita malu, jika kita menyerah dengan ujian yang kita hadapi. Jangan-jangan, ujian yang diberikan adalah untuk tahap sekolah, sementara orang lain menghadapi ujian pada tahap lebih tinggi dan mereka mampu menghadapinya. Fikir-fikirkan.........



Sumber dari SINI









PdanS: Artikel ini sangat baik untuk kesihatan hati saya sekarang nie. Hurm. Moga bertambah sihat ya hati ku sayang... Semoga baik-baik saja kan..

No comments: