❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 20, 2011

3 hari 2 malam di Melaka.



Hai. Sebelum saya memulakan segala aktiviti menatap, memahami, mengkaji dan mendalami benda-benda ilmiah untuk menuju kejayaan, mari menulis sebutir dua bicara manis menyentuk kalbuh. Ahakss ^_^

3 hari saya tak tulis blog. 3 hari tiada di rumah. 3 hari pergi Melaka. 3 hari berada di Beruang Hills ayer keroh. 3 hari buat aktiviti untuk program interpersonal grooming. 3 hari jugak mengsurvivekan diri hidup tanpa laptop disisi, tiada internet, tiada tumblr, tiada facebook, tiada blogging. So, tanpa kejadah-kejadah itu saya memang boleh hidup. Kehidupan terasa lebih hidup. Suka.

Okeh. Mari bercakap tentang program tuh. Mula-mula macam tak menarik, tapi lama-lama macam happy pulak. Banyak sebab untuk saya suka.

- SATU. Dapat ahli group yang menarik, happy, bekejasama, tak pentingkan diri sendiri, semua semangat buat apa pun and banyak lagi.. lebih kenal dengan rakan-rakan seksyen sebelah menyebelah..

- DUA. Sebab duduk kat hotel selama 3 hari 2 malam, harus lah menulis BESTT. Sebelum pergi, mula-mula tuh bayangkan tempat dia adalah hostel yang mengseramkan, rumah kayu, siang-siang mesti panas, nyamuk banyak, nak mandi kena berebut, katil double dacker, satu bilik 30 orang... tup tupp.. sampai kat beruang hill tuh.. wahhhh.. duduk seminggu pun tak pa.. ^_^





-TIGA. Game dia best. Salah satu yang best tu ; 2nd day ada task yang kena keluar pergi cari duit tanpa dibenarkan bawak apa-apa pun. Bawak k/p dengan kad matrik and dibekalkan air sorang sebetol. Yang nie paling mencabar. Untuk group saya, kami pecahkan kepada 2 part. 5 orang pergi taman A dan 6 orang lagi pergi taman B. Pergi buat khidmad masyarakat. Tapi semua rumah yang kami pergi semua tak mo bagi kerja. Derang cuma bagi sumbangan duit je. Part nie sangat sangat sangat lah terasa bertuahnya Ya Allah, dipermudahkan segala urusan. Dapat kumpul sampai RM173 selama 3 jam kami jalan pusing 1 taman ddengan satu rumah pun tak nak bagi kerja. Yang geng kami satu lagi tuh, agak mencabar, kena cuci rumah baru dapat duit, pergi restoren buat kerja selama sejam, dapat rm100. Asingkan sampah sarap yang kitar semula dapat berapa tah. Tapi derang memang betul-betul buat kerja. So bila balik, kumpul-kumpul duit, dapat la RM328 ringgit. Alhamdulillah, untuk task nie, group kami dapat no 1. Paling banyak. Ikut rezeki jugak kan. Sebab ada group lain dapat sikit lepas kerja macam-macam. Ada yang jual air mineral yang dibekalkan tuh, lepas dapat duit beli air, jajan, tisu and jual pulak. Rolling duit yang dapat tuh. Nasib baik hotel yang kami duduk nie dekat dengan jusco n parkson. So, ada la tempat untuk mereka nak mencari rezeki. Tapi yang paling kesian, semua group yang dok meniaga kat jusco tu kena halau dengan pakgad kat situ lepas sejam dok pusing-pusing menilau cari pelanggan yang lalu lalang. Kesian dengar bila derang cerita. Macam-macam dugaan. Tapi group saya? Sangat sangat sangat di permudahkan. Paling tak sangka, ada satu rumah tuh, bagi RM50. Dah la tak nak bagi kerja apa, siap masuk rumah lagi. Tapi kami tolak sebab nak kena jalan cari duit lagi. Masa dah suntuk. Alhamdulillah.... ^_^

- EMPAT. lagi.. hurm.. haa!! Sangat sangat suka sebab GROUP SAYA, 'TOK JANGGUT' DAPAT NO 1!!!!! ^_^ semua tu sebab dapat ahli group yang best!!!! Terima kasih Tuhan sebab selalu mempertemukan saya dengan insan-insan yang SANGAT SANGAT SANGAT menyenangkan hati.




Okeh. Dah la. Tak jadi kerja pulak aset dok cerita kenapa saya suka, kenapa tidak and bla bla. Nak buat kerja pulak. Tapi nak cakap satu perkara lagi, yang tak menariknya, makanan dia memang banyak masalah. Telebih masin la, Pedas la sampai semua orang cirit birit. Saya yang cirit birit dari selasa hari tuh lagi-lagi la teruk effect dia. Hari nie dah baik sikit kot. Dah tak kentut memanjang dah. Hoho. Kalau tak.. errr. Sejam 18 kali kot. Haha. Dah la bau dia boleh buat orang pengsan lalu mati mengejut. Lepas kena komplain baru ok makanan dia. Ok tuh, macam angkut satu mangkuk puding yang enak masuk bilik, bungkus 14 keping roti telur yang sedap dalam tisu dan bawak naik ke bilik. Macam tak pernah jumpa roti telur jaa. Sebab sedap dia lain macam, so haruslah angkut masuk bilik. Telur pun kami angkut jugak. Buat telur separuh masak untuk makan malam-malam. ^_^

Tata. Mari jadi pelajar yang rajin.







No comments: