❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

"Unplaned moment are always better than planned ones"



Weekend nie, masa di isi sepenuhnya dengan berjalan-jalan. Semuanya sebab membalas dendam kepada Trip ke Singapore yang di postpone kan tuh. Dah berangan bagai nak rakkk nie, housemate siap mengshopping baju baru untuk nak pakai kat sana.. Tub tub.. 2 hari sebelum bertolak, baru dapat tau yang trip tu di postpone kan ke 25 DISEMBER!! DISEMBER hokeh! berbulan-bulan lagi. Dah la time tu sibuk exam. Owh nooo. Sangat lah tidak untuk say YES!! Maaf Singapore. Jodoh kita memang tak ada.

Betul kata orang "Unplaned moment are always better than planned ones". Buat keputusan untuk ke Melaka di kala jam 9 malam saat sedang berbosan-bosan di rumah memikirkan apa yang harus di buat weekend nie. Tub tub secara sepakat membawa berkat semua nya sebulat suara "JOM PERGI MELAKA". Wahhh!! Sekali lagi menempuh weekend yang indah. ^_^

Berbekalkan sorang RM50, macam-macam kami dapat.



- Lunch di Zubaidah dengan bermacam-macam jenis aneka lauk pauk. Lepas macam tak boleh bergerak, jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Errrr.





- Chalet di Tanjung Bidara yang untuk 4 orang, ada aircond, ada tempat BBQ, jalan 5 langkah sampai ke pantai. RM80 je.











- 2 hari di sana, 2 hari jugaklah tekak nie di basahkan dengan Coconut Shake Klebang yang nak beli kena tunggu sengah jam baru dapat. Tapi tak mengapa, sebab kesedapan dia tahap boleh menyebabkan tidur malam mengingau-ngigau, i relakan jugak beratur!!







- Jalan-jalan ke tempat-tempat menarik kat Bandar Hilir, Jonker Walk, Ayer keroh dan macam-macam lagi. Segala keseronokkan sepanjang cuticuti secara tekejut telah di Ekspresi kan seperti dalam gambar di bawah!! Selamat menonton^_^




































PdanS : Alhamdulillah... sampai ke saat ini, kemana-mana pun tempat baru yang dijejak, masih dipertemukan dengan insan insan sangat menyenangkan hati. Terima kasih tuhan.

2 comments:

BEADNEST by Hamiza Hamzah said...

amboooi muna....hang lawa skrg ni hah...bergayanya anak dara ni...

mOOn said...

ala.. skrang nie ja ka? dulu2? x lawa ka? hahaha..