❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 19, 2011

Remaja rosak akhlak.


^_^ ^_^ ^_^

Hai hai. Tengah suka nie. Sebab tu tak start apa-apa lagi dah bagi 3 bijik smile kat kamu. Syoq tak rasa? Best kan.. hahaha..

Okeh. Actually malam nie, i macam dah insaf sikit la, di sebab kan dah deactive FB untuk sementara, so, nak la jadi pelajar yang rajin membuat kerja sekulah yang dah mula menimbun lalu i pun jadi tembun. Wah, berpantun mantun pulak ye nyah niee.

Lepas dah berniat rajin, lalu rasa seperti macam kalau buat kerja dekat dalam bilik sendiri beralaskan toto empuk dan ditemani meja jepun mesti lagi akan kusyuk kan. Lepas tu duduk sorang-sorang pulak tu dalam bilik, tak ada dah rakan sebelah kanan dan kiri yang selalu nak hasut ajak stalk rakan-rakan di FB mereka yang canggeh berfesyen shawl, belit sana sini. Uisss. Semua tu godaan besar untuk saya dikala diri nak start buat kerja. Tu tak temasuk lagi, bila mereka dah start bukak FB FB nyah nyah yang pandai makeup untuk pengantin segala bagai, uishh, ada jugak aku tarik kerusi g lepak sebelah dia terus. Kerja tak jalan dah. Dok puji memuji sambil buat dosa lidah je lepas tu. Ya la, dah bukak FB nyah (nyah yang bukak bridal yang buat service make up pengantin) mesti la ada gambar bersama rakan rakan nyah yang lain. Tak semua rakan nyah buat servie bridal, ada sorang sua tu buat service yang lebih canggeh dan lain macam dah seperti sejam RM30!! Errr. Apakah itu?? Time tu dah tak daknya nak puji memuji, masa untuk mengasah lidah pulak laa.. Hadoiyaiii.. Errrr.. kantoi, hobi dimasa lapang adalah stalk FB nyah!! haha. Eh, bukan la, sebab rakan meja sebelah saya nak berkahwin di ujung tahun ini, so banyak la FB nyah yang bukak bridal di terjah oleh kami. Makeup nyah2 nie lagi lawa la. Serius gojesss weh, natural beauty. Suka i tengok.

Pengaruh rakan sebaya sungguh la saya nie. Dah dah, bukan nak cerita nyah sebenarnya. Cuma nak gambarkan betapa melagha nya saya bila dok buat kerja ada rakan kanan kiri. Mesti benda lain yang jadi.



Ofkosla meja saya hat penuh bunga dan di balut bunga itu. Lalalala.



So, dengan sebab itu saya pun masuk la bilik, duduk sorang sorang.




Bila buku dah di lunggukan kat sebelah. Lepas tu rasa macam nak ambil gambar sekeping dua untuk bubuh dalam blog. Klik klik klik dapat la sekeping macam nie.



Bertemankan 3 pasang jerawat kembar. KEMBAR hokeh. Semoga anak pun boleh kembar jugak nanti. Aminnnnnnn.


Lepas tu, macam tak puas hati. Teringat pulan gadis cantik yang pandai lilit shawl kat rakan saya punya FB. Teringat cara dia pakai shawl. Lalu, tangan pun laju bukak Tiub Awak dan mencari lah shawl tutorial pulak. Tengah syoq-syoq tengok tutorial, tetiba, rakan yang suka belit belit shawl pun masuk bilik dan tumpang sekali jugak tengok. Bila dah ada geng yang sekepala tuh, apa lagi "weh...weh.. meh, aku try buat ke mu".. aku dengan laju "nak!! nak!!!"

Maka, dengan itu, bermula lah si cantik dan si menawan itu bermain lilit-lilit shawl. Macam-macam jenis pesyen di try mereka. Tak ingat pulak aku nak ambik gambar. Tapi, yang pastinya, bermacam-macam feshen telah di cetuskan oleh kami berdua. Pesyen belik macam towel yang sesusah mandi la, belit ala nak jujung barang la. Dan untuk raya haji nanti aku dah ada satu fesyen baru yang akan di gayakan!! Haha. Raja haji kottt. Bezaman lagi dah fikir dah, nak lilit pesyen apa. Hadoiiii. Lepas tu, esok pun dah dapat satu pesyen baru nak pakai. Tak pernah try pakai kat luar lagi nie, esok nak cuba. Nyum nyum. Okeh. Saya memang menggila bab bab shawl ini. Terlalu taksub kot. Hadoiiiiiii.

Bila dah pakai lawa-lawa nie, [kepala je la lawa. baju, still baju tidoq dan di serikan dengan kain batik ya] rasa macam nak keluar la pulak. Haha. Mengada sungguh kan. Nak keluar p drive thru mcd pun dah baru makan mcd ja magrib tadi.

Dan tetiba pulak, housemate baru balik dari kelas. Dengan rasa bertanggung jawab macam kesian dia tak makan apa lagi, jadi, mempaksa la beliau untuk makan mcd. Takpa takpa, muna tolong drive kan, jom jom, pergi McD, drive thru jaa. Jom laaa. Jom jom. Siap!! Paksa kot suruh orang makan jugak. Sian ke budak tuh yang tak berapa nak lapaq sangat tapi kena paksa beli mcd. Haha.




Nie la wajah mendrive thru McD tadi. Boleh show tang muka ja. Bawah tu suar dan baju tidoq ya kawan kawan.

Okeh. Ini lah kerja saya malam ini. Sungguh rosak akhlak. Kerja tak start-start sampai sekarang sebab sibuk update blog pulak. Hadoiii. Mata dah mengantuk nie. Kompem jaap lagi bila dah habis update terus tepengsan sampai pagi besok.

Ya, even facebook dah deactivekan, masih banyak kerja-kerja melagha yang buleh saya kerjakan. So, jangan dipersalahkan FB bila diri sendiri sangat malas nak buat kerja. Dah off FB pun still tak buat jugak kan. Dah, dah, sila active kan balik. Syoh syoh!! [errrr. tengok dulu. malas la nak active. Boleh tak macam tu? ^_^]









Okeh. Esok akan pakai pesyen ini pergi kelas. Lalalalala.











PdanS : Saya sangat berharap tak ada orang baca belog saya. SERIUS.

2 comments:

ayarasmin said...

wanita rosak akhlak,

aimishyu la..awat off fb?

mOOn said...

alahaii.. anda dah merindui saya kah.. okeh2.. akan active kan balik.. huhu..