❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 27, 2011

Mereka yang Riang Gumbira



Di hujung weekend yang hening, sekawan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertentang mata telah berjanji temu untuk berjumpa-jumpaan sesama mereka. Rakan yang jauh di mata dekat di hati itu telah memilih Taman layang layang Kepong sebagai destinasi untuk dilepaskan segala rindu dendam. Dan bukan JALAN TAR lagi. Jalan TAR dah boleh terkeluar dari list destinasi untuk sesi detim detim mereka sebab dah jumpa upacara berPicnic yang lagi menggoda hati. Next destination??? Pantai mana pulak dear?? ^_^





Sebagai bangsa melayu yang sejati, maka, haruslah memegang kepada janji-janji melayu, seperti janji pukul 9 pagi nak kumpul, tapi dah nak dekat pukul 10 baru sampai.  Lalalala. Well. Melayu katakan....






Boleh tak, saya malas nak mengarang panjang, biar gambar yang berbicara. Boleh? 
[Dasar blogger malas!!!]



Mula-mula sampai dengan excitednya melihat photo album kawan yang baru bertunang bulan 6 hari tuh.



Lepas tu baru teringat nak makan. Ada  breakfast MCD yang lazat.. Sumpah lama gila kot tak menjamah breakfast mcd nie. Terima kasih la kawan-kawan yang mengseponsernye.. ^_^



Last touch up sebelum beraksi di depan lensa!!





Mula-mula warming up dulu. Harus lah di mulakan dengan pose pose yang sopan santun di mana kalau kaum-kaum ibu tengok mesti akan ada kes kes kawen paksa!! Jodoh Pilihan ibu!!




Tapi ayu ke kalo duduk semacam ini? Haha. What ever.

Okeh. Nie baru la dikatakan rakyat jelata yang mematuhi Rukun Negara no 5, eh ke enam. - Kesopanan dan Kesusilaan.

Wah, bersopan santun lagi. Bagus rakyat Malaysia ini !!

Okeh. Sedikit tanduk sudah keluar.

Add caption

Add caption

Okeh. Fine!! Dah start menggila dan menggedik. Hahaha



No no noooo...






Bila otak dah macam tak berapa nak berada di paksi yang betul sikit, mula lah macam-macam idea timbul untuk menggayakan pose-pose yang errrrrr..tak payah cakap laaa.. Tengok sendiri lah.. 







Duta Super Ring!!!!

Alahai, terus rasa nak makan Supering lagi. Hari tu buat main-main je lebih.


Gadis Corntoz!!

Nie la awek hat dalam ikelan corntoz tuh. Tapi sekarang dia dah tak freehair. Dah insaf dan pakai tudung. Gigi pun tinggai 2 batang jah. Dan pakwe dia yang pengsan dalam ikelan hari tu dah sedar dah, selamat betunang dah mereka. haha ^_^


Cubaan untuk meniru aksi-aksi dalam iklan corntoz. Tapi gelak ja lebih. Tak dan nak susun-susun depan gigi dah gelak macam hapa ja. Last-last masuk mulut dan telan!!!


Happy moment, walaupun sangat tak berjaya menjadi awek corntoz, takpa,  Next time kita harus cuba lagi ya kawan-kawan.




Kak Sue ku cayang, kamu sungguh comel dengan spek ini. Serius suka gila tengok sampai dok tersengeh sorang sorang pulak, even tengok pat lima nam ploh  kali pon still nak suka lagi. Haha. Rasa macam nak buat desktop Background pun ada!!! Haishhh..


Makcik gojes nie langsung tidak berniat untuk membuat aksi pose semacam ini. Tapi tah macam mana tah, boleh tekeluar muka macam nie, tu la, banyak cakap sangat. Hahaha.  Tapi comel apa. Macam ikelan Pelekat Gigi Palesu Poledine. "Bukan saja tak macam gigi palsu, malah belakon pun tak macam palsu"


Ya Muhammad Adifff.. Umi cakap apa Muhammad Adifff... Kab Ba Ra,  Kaf Alif Ta Nunn.. Ya? apa Ya Muhammad adiff? KEBERKATANNNN..




Dah. Sekarang mari kenal dengan insan-insan senget lagi sengal yang sangat menceriakan hari saya!!




Ini tuan punya kamera sanggeh yang kami guna untuk snap sana sini. So, bila dalam album haruslah bersepah dengan gambar dia saja. dan tukang yang mengsnap tu plak mestilah saya, lalu gambar aku posing gaya artis pun kurang dan takdak langsung kot. Fine Sya Shahid Fine!! Kalau nak bekenalan dengan beliau nie pi cari kat FB saya Sya Shahid. Waktu dok pose-pose untuk gambar kat atas nie, tetiba di sapa oleh segerombolan keluarga Makcik X mana tah yang baru habis jogging. "Model keee??" Wow!!! Yunk!! Pujian apakah ini,  serius kena pi antaq resume kat majalah Mangga!!  i akan support u !!


Ini pulak kawan saya yang namanya Mek Na. Sepanjang 2 hari saya besama dia, 2 kali kot  kami  nak accident. Satu dia pi langgar moto RAZ jiran depan rumah dia time reverse parking. Shah nama pemilik moto tuh. Lepas tu, harus lah menjadi ramah tamah bila berjumpa dengan Shah ke esokkan hari, contoh ramah tu like, sedang nak keluar rumah dan tejumpa Shah naik moto kawan dia nak pergi kerja, lepas tu lagi mau tanya, "Nak pergi kerja ke Shah?" Hahaha. Ya, harus berbuat baik sebab dah langgar moto besar orang,  takut nanti-nanti  X-Trail beliau ada kesan diperkosa oleh manusia tak betanggung jawab pulak. Nasib baik  Shah mintak lima ploh hengget jah untuk ganti rugi. 


Ini pulak kawan saya Kak sue, dia pemilik album betunang yang dok tengok-tengok tadi. So, bila dah pemilik tu mean dia dah betunang la kan. Tak perlu kot bagi FB dia. hahaha. Kang ada jugak aku kena belasah dengan Incik Tunang beliau. 



Nie pulak sahabat saya, Farah Arina. Mesti nak Fb dia kan? haha. Tak payah la sebab  FB dia adalah FB pakwe dia jugak. Fb pakwe dia adalah FB dia jugak. Pendek kata dia dah berpakwe. ^_^ 



Nie makcik jual sayur kat Cameron Highland. Tapi kadang-kadang dia jual bunga jugak. =P



My Love

Wanita kegemaran.

Seharusnya rakan-rakan saya ada 7 orang. Tapi 2 lagi ngak ada kerna ada masalah yang tak dapat di elakkan. Bila boleh keluar ber 7 pulak kan. Macam sangat harapan jeee. Hurmmm.. =(







3 comments:

Mya Kamelia said...

seronok tgk pic kamu n kwn2 mkn corntoz tue,,,haha

S.U.R.I.A. said...

hadoii.......
buruk noo muka i yg u gemar tuuu.hudusssssss..
tapi i like...
chop2..nk check tarikh bertunang..bukan bulan 5 kah???jajja..
sendiri pun xingt

mOOn said...

Mya Kamelia : hihi.. kita orng mmg x bleh duk skali, mst akan ada wayar2 di otak putus sikit.. ^_^

S.U.R.I.A : upsss.. a'a bulan 5 la. bln 6 i da praktikal.. hihi.. xpa2. bleh pejam mata kan..