❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 6, 2011

Hal mengidam saya.


Di kala berpuasa nie kan.. Pantang di sebut sebut benda makanan, semuanya nak makan. Even tak lazat, still nak lapaq gak. Errrr. Lecturer yang mengajar tadi pun satu hal, nak bagi contoh, tak ada benda lain dah, kek kek kek. Hadoi. Padahal, yang di suruh bayangkan sebijik kek dibelah empat. Yang tu je. Tak ada pulak sebut, kek itu adalah yogurt ciss kek kat secret recipe sangat enak berkrim ke, Chocalate indulgent begitu mabeles ke, tak ada!! Tapi bila dengar je, mulut still gerak, nyum nyum nyum.. dapnyaaaa... Hadoiyai. Puasa owh puasa.

Saya nie kan, yang saya perasan la kan, kalau saya nak makan sesuatu tuh, mesti saya akan berusaha mati matian untuk buat. Biarlah kena turun pergi kedai beli bawang putih sebab tak cukup sebijik je lagi yang mana kalau tak ada pun tak pa, tapi saya? sanggup nie!! Tengah tengah masak, tub tub, gula habis, okeh!! Tak pa, saya mampu ke kedai lagi untuk kali ke dua!! Tak kesah. Janji yang di masak itu memuaskan hati lidah saya.

Semalam teringin sangat nak makan kek. Lepas balik kelas, pergi kedai cari tepung gandum, susu. Balik rumah terus bersilat di dapur!! hihi. Menjadi la kek cekelat kukus saya. Lalu makan lah secara 2 bijik jer (saiz sebijik adalah saiz sebuah bekas lompang yang comel).. Errr.. Macam sungguh tak berbaloi dengan semangat yang di tunjukkan.

Bila di fikir fikirkan balik, Nanti bila dah mengandung. Lepas tu mengidam macam macam.. haaa!! Jenuh la sang suami melayan kerenah aku. Tak mengandung pun, dah macam dasyat je kalau nak makan sesuatu tuh.. Mesti bagi dapat jugak! Ini kan mengidam!! Lagi laaaaa..

Okeh. Selamat berbuka bagi yang berpuasa sunat dan berpuasa ganti. ^_^











PdanS : Sekarang nie mengidam nasik arab kambing. Lalu housemate pulak tetiba lapar nak makan nasik beriani. Wah!!! Jodoh apakah itu. Boleh la saya menumpang sekaki untuk beriani kambing!!! WOW!!!! ^_^


No comments: