❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 28, 2011

Cara Mencegah Jerawat.

"Eventhough muka kita seringkali ditumbuhi dengan pimple2 yang sangat cute, sampaikan kadang2 macam 'penternak jerawat' pun ada, please, JANGAN MERUNGUT. Marilah BERSYUKUR sebab sekurang-kurangnya bukan kurap, bisul, kayap or something yang lebih worst yang tumbuh. Jerawat jee punn."




Ceh.. macam bagus saja ya bila nak mempositifkan pemikiran sendiri. Pandai mengayat, tapi tak mampu nak mengaplikasikan ayat ayat yang di perkatakan sendiri. Haduiyaiii. Muna owh muna..


Semalam pergi farmasi, hajat nak cari pil untuk tak bagi jerawat naik. Dah penat la, even dah habis period pun still jerawat itu nak hidup subur lagi. Lepas tanya orang kat farmasi tuh, dia tak syor kan aku beli pil jerawat tuh. Dia cakap, kalau ubat yang makan untuk jerawat yang tahap kronik sangat sangat je. Tahap kronik tu like, macam bila tengok muka dia pun macam tak boleh nak beza, eh, orang ka kulit bewak nie.. Haha. Keji sungguh perumpamaan sendiri tu.


Ya, dia tak bagi saya beli ubat makan. Dia suruh saya amek ubat sapu jee.. Butttttt.. Ubat sapu yang untuk luaran dah besepah la. Sekarang saya nak cari yang untuk makan pulak, mungkin boleh sucikan dan bersihkan bahagian dalam bada saya pulak. Nak buang kekotoran dalam yang menjadi punca utama sebab jerawat tak henti henti tumbuh.


Lepas tu dia cakap lagi, tak elok ambik pil pil untuk jerawat nie, nanti kesan dia antibodi lemah. Owh. Ok. Saya pun redha dengan tetiba. Lepas tu aku pun tanya la apa lagi uba t yang boleh di ambil untuk cegah jerawat dari naik, then dia cakap, PIL PERANCANG. Wow!! Adakah saya perlu mengambil pil perancang di kala saya belum berumahtangga? Wow. Sungguh tidak berkejadahnya. Tak payah menggatai. Dah kawen nanti pun tak akan ambik jugak. Biar anak segerombolan banyak mana pun, saya tak kesah. hahaha.


Semalam macam tak puas hati lagi, bila balik rumah saya google sebab dan punca jerawat nie, kenapa dia naik dan macam mana nak cegah. Lepas tu dapat beberapa info yang sangat dan betul betul menyedarkan saya. Saya memang tak selalu amalkan, sebab tu kot jerawat mudah sangat naik.


Okeh, da sekarang sebagai manusia yang suka nak share semua benda, saya nak kongsikan beberapa rutin harian yang boleh kita amalkan untuk mencegah petumbuhan jerawat nie.






SATU- Rajin membasuh muka.


Bila baca tang ini, rasa macam lebih sedar kenapa tuhan suruh kita sembahyang 5 kali sehari, rupanya tuhan nak kita basuh muka kita dengan lebih kerap supaya tak ada kekotoran di muka. Lepas tu tak ada lah penyakit penyakit yang tumbuh. Dalam kita tak sedar rupanya ada hikmah di sebalik setiap yang di perintahkan itu bukan. Jadi, jangan tinggal sembahyang!! Berwuduk setiap waktu!!




DUA - Rajin bersukan.


Betul, saya sokong yang ini. Bila bersukan peluh boleh keluar dan bila peluh keluar, segala kekotosan dan benda-benda yang tak di perlukan oleh badan dapat di rembeskan melalui peluh. Kalau tak bersukan, macam mana kekotoran tu semua nak keluar, melalui jerawat la kan. Sekarang saya kurang bersukan. Dan akan mengaktifkan balik diri nie. Sebab tu lemak pun macam dah pandai kembang-kembang tanpa di suruh.




TIGA - Rajin minum air masak


Sokong. Penulis tu cakap bila kita minum air masak banyak banyak , secara tak langsung, dalaman kita akan sentiasa di cuci dan dibersihkan. Tapi masalah nyaa.. inilah perkara yang paling saya payah nak follow. Saya sangat sangat sangat susah nak minum air kosong. Kalau bagi air mineral yang sebotol rm1 tu pun 3 hari baru boleh habis. Tak berminat nak minum. Mulai sekarang dah tekad dalam hati nak minum air kosong banyak banyak. Ya. MESTI!!




EMPAT - Jangan selalu stress.


Boleh ke nak mintak "Stress sila jangan dekati aku" Errrr. Saya perlu mencuba.




LIMA - Makan makanan berhasiat.


Macam sayur sayuran. Tomato. Kurangkan pengambilan makan yang berlemak dan berminyak.






ENAM - Pastikan makanan yang dimakan di hadam dan di lawas dengan baik


Atau lain lain ayat yang senang nak faham, engkau mudah berak. Ya, sangat harus, sama jugak dengan point bersukan tadi, kekotoran dalam badan harus dirembeskan dengan segera, kalau di simpan lama-lama, dia akan bertukar jadi jerawat. So, makan pisang banyak banyak supaya mudah nak melabur. ^_^


















Okeh itu saja kot yang saya raya saya perlu buat. Yang lain-lain petua tu macam kena tumbuk daun itu ini, susah je, baik kita mulakan dari amalam yang kita rutinkan setiap hari. Semoga berkesan dengan izin Allah. Amin.


Ahir kata ;


Beauty that captures your attention; personality which captures your heart.











2 comments:

Sikurustegap said...

bagaimana pula jerawat tak seimbang?pipi sebelah licin tp yg sebelah lg ada jerawat.ohhh saya sedang menghadapinya....

mOOn said...

hurm, menurut ilmu kedoktoran saya, mungkin horman anda tak stabil sebab tak bleh snap gambar rakan-rakan comel di Parit raja. kena dtng UTHM dan outdoor seround!!! baru bleh licin ke 2-2 pipi. Sekian.. ^_^