❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

1.11.11


Tarik hari nie macam cantik kan, tapi, saya rasa saim saya lagi santek kott.
Kenapa?
Ofkos laaa, sebab hari nie, hari lahir beliauu.
Tentulah ceria menawan je sepanjang hari.
^_^






Untuk Kak Dayah ku cayunk,

HAPPY BIRTHDAY to YOU!!!!

Kalau lah saya ada dengan anda di tika-tika ini, mesti dah pau anda suruh belanja kek kat secret recipe!! Hahaha.

Okeh, di kesempatan yang ada ini, di ruangan blog yang membenarkan saya menaip sesuka hati ayat dan jumlah pekataan tanpa ada limit atau sekatan terhadap unsur-unsur politik mahupun 18SX/SG, saya nak bagi beberapa ucapan hari jadi kepada anda. Hari Jadi? Jadi apa pulak Bewak? Kancil? Peti Ais?



Hari nie genap umur kamu, 2#. Sengaja tak nak letak angka belakang tu sebab nanti orang tau yang kamu sangat muda, bukan saya tatau. Saya tau la yang umur kamu dah duaplohlapan dah kan. Upsss. Haha.

Okeh, di usia baru ini.

Semoga di murahkan rezeki kamu

Semoga dipermudahkan segala urusan kamu

Semoga di panjangkan usia kamu dengan kesihatan yang baik.

Semoga menjadi anak, kakak, kawan, isteri, menantu dan nenek yang solehah.

Sayang kamu






Di sebabkan saya sangat baik dan comel pulak tuh, saya nak dendangkan lagu Happy Birthday kat kamu. Dengar dehhh. ^_^


Dengar tak? Kalau tak tu kena bawak-bawak la belanja i handbeg baru. Baru akan pulih pendengaran u.. lalalala.







TQ anda, selalu ada untuk saya. Lebiu Kak Dayah kuuu...






HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY DARLING SISTER...









"Unplaned moment are always better than planned ones"



Weekend nie, masa di isi sepenuhnya dengan berjalan-jalan. Semuanya sebab membalas dendam kepada Trip ke Singapore yang di postpone kan tuh. Dah berangan bagai nak rakkk nie, housemate siap mengshopping baju baru untuk nak pakai kat sana.. Tub tub.. 2 hari sebelum bertolak, baru dapat tau yang trip tu di postpone kan ke 25 DISEMBER!! DISEMBER hokeh! berbulan-bulan lagi. Dah la time tu sibuk exam. Owh nooo. Sangat lah tidak untuk say YES!! Maaf Singapore. Jodoh kita memang tak ada.

Betul kata orang "Unplaned moment are always better than planned ones". Buat keputusan untuk ke Melaka di kala jam 9 malam saat sedang berbosan-bosan di rumah memikirkan apa yang harus di buat weekend nie. Tub tub secara sepakat membawa berkat semua nya sebulat suara "JOM PERGI MELAKA". Wahhh!! Sekali lagi menempuh weekend yang indah. ^_^

Berbekalkan sorang RM50, macam-macam kami dapat.



- Lunch di Zubaidah dengan bermacam-macam jenis aneka lauk pauk. Lepas macam tak boleh bergerak, jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Errrr.





- Chalet di Tanjung Bidara yang untuk 4 orang, ada aircond, ada tempat BBQ, jalan 5 langkah sampai ke pantai. RM80 je.











- 2 hari di sana, 2 hari jugaklah tekak nie di basahkan dengan Coconut Shake Klebang yang nak beli kena tunggu sengah jam baru dapat. Tapi tak mengapa, sebab kesedapan dia tahap boleh menyebabkan tidur malam mengingau-ngigau, i relakan jugak beratur!!







- Jalan-jalan ke tempat-tempat menarik kat Bandar Hilir, Jonker Walk, Ayer keroh dan macam-macam lagi. Segala keseronokkan sepanjang cuticuti secara tekejut telah di Ekspresi kan seperti dalam gambar di bawah!! Selamat menonton^_^




































PdanS : Alhamdulillah... sampai ke saat ini, kemana-mana pun tempat baru yang dijejak, masih dipertemukan dengan insan insan sangat menyenangkan hati. Terima kasih tuhan.

Rahmat tuhan..


Tuhan sedang menurunkan rahmatNYA kepada seluruh warga Parit Raja petang nie.. Sangat sangat melimpah ruah.. Eh, kejap. Bukan ke doa yang paling makbul adalah sewaktu hujan sedang turun. Jom jom berdoa kejap. ^_^

Okeh. Dah.

Hai hujan. Saya suka hujan. Bila hujan suhu jadi sejuk. Bila sejuk, hati dengan tetiba akan teringat sama selimut, badan pulak, tanpa di suruh akan merindui tilam, mata? tetiba jadi kuyu. Tapi.. Owh Nooooo.. Bukan ke baru bangun tidur ke tadi?

Hari nir bangun jam 9 pagi. Ingat nak bangun lagi awal sebab semalam tidur awal. Tapi apakan daya letih mengukur keluasan Banda melaka selama 2 hari satu malam belum habis. Terpaksa di lajakkan sikit masa rehat tu.

Bagun pagi nie menjadi suri rumah yang rajin. Terus basuh baju, kemas dapur yang di tinggalkan 2 hari, breakfast, and dah settle apa semua sampai ke sidai baju, baru la membukak Facebook. Macam sungguh disiplin je sekarang.

Okay lah. Mari membuat kerja sekulah. Dah lama diri tak menjadi rajin ke arah yang ilmiah. Mari mari.











PdanS : Nanti i update cerita pergi melaka deh.

Friday, October 28, 2011

Tak tau nak letak Title apa.


Mak oi. Masuk entry nie dah entry ke 5 kot untuk hari nie. hahaha. Gila semangat kot tulis entry. Macam tak dak kerja lain jah. Padahal kerja sekulah langsung tidak di sentuh-sentuh lagi. Apa nie, apa nie.. Begemana mahu menjadi pelajar cemerlang yang terbilang. Tak mengapa lah. Jaji diri suka. Itu lebih penting. Kang konflit diri tak tentu pasal, sapa nak pujuk. Dah la suami baru ondaway ^_^

Mari bermonolog lagi malam nie. Malas nak cakap. Menulis lagi best. kan kan.

Suka. Gembira. Yang tanpa sebab. Wow!! Apakah tandanya itu kawan-kawan? Dah la abaikan perasaan gembira itu. Mari menulis apa yang hati ingin katakan.

Saya pun tak paham kenapa setiap apa yang saya buat saya nak kena cerita, hurmm. Insan apakah ini? Macam tak cukup kasih sayang saja. Mencerita di blog lagi puas berbanding bercerita dengan manusia. Sebab bercerita di sini, berkata-kata sambil fikiran di gunakan sepenuhnya. Kalau bercerita sambil berborak, macam ikut sedap mulut jah. Jadi.. bila ikut sedap mulut, otak jarang di gunakan.. hurm.. entah.. Sila habiskan ayat ini.. Malas aku nak sambung topik nie. Haha.

Kemudian, bila bercerita di blog rasa lebih terluah dan sangat selesa. Suka hati nak tulis apa. Suka hati nek melencong ke mana-mana tanpa arah tuju. Sapa pun tak sakit hati bila baca, dah tu, sapa suruh engkau buka dan baca.. Dapat la cerita yang tak ada isi dan tah apa apa nie. Tapi kalau update kat status, semua orang akan baca, dan mungkin jugak boleh menimbulkan perasaan menyampah kat orang lain. Macam tak dak kerja lain je budak nie sehari tiga plah nam status nak kena update. Haha. Ye la nak cerita, : "dah bangun tidur".."Sedang berjalan gosok gigi.".." Alamak ubat gigi habis."Time kacih pakwe sebab tolong belikan ubat gigi".. "Lapar la nak makan ape?"..""Sedang memasak nasik goreng sedap"..."Erkk..alahamdulillah, kenyang. Sedapnye nasik goreng saye".. Tu baru kejadian sengah jam. Dah 13 status di update. Hadoii..

Kadang-kadang macam agak lucu bila baca status kawan-kawan yang perlu update status setiap 3 menet. "okeh, sedang siap-siap ke Giant".. Sengah lam lepas tu, "Sedang makan di KFC Giant".. Lama sikittt.. "Letih la shopping jom balik laa" Lepas tu ada 4 keping or mungkin lebih dari itu yang di upload via mobile. Semua tu macam bukti-bukti kepada status yang di keluarkan tadi.. haha.. Okeh. Tak mengapa saya paham. Mungkin anda tak pernah dengar apa itu Twitter bukan. Tak mengapa. Saya mengerti.

Tetapi yang lagi comel, bila ada kawan-kawan yang compliant kat status mereka tetang mereka-mereka yang suka update status yang macam Euwwww itu. "Winduu la kat dierrr, agak2 dieww windu tak kat kitew".. "Die talipon tadi, tapi macam tak puas la beborak.. nak cakap lagi".. alahaiii.. Adakah mereka tak tahu ke, yang Mark Zurkbeng tu punya la perah otak fikir macam mana cara nak HIDE kan terus sampai bila2 STATUS mereka yang kita tak gemar, kemudian anda pulak tak mo gunakan application itu. Hadoiyaiii. Dok komplian pulak. Nak je aku pergi ajar beliau cara macam mana nak HIDE kan. Tapi, tak mengapalah, saya lebih suka mengambil jalan berdiam diri dan memerhati dari jauh je.. haha.. comel comel. Kalay agak menyampah sangat dengan status insan-insan yang mengEuwww kan itu, apa kata engkau delete friend je la. Habis cerita.

Menulis sekarang adalah suka-suka. Tak ada tajuk yang perlu di fokoskan. Jadi suka hati nak melencong cerita semut makan gula or cerita kucing jiran sebelah dah pandai masuk rumah aku ikut tingkat. Sekarang menulis dalam keadaan BEBAS. Ya. Kita sambung lagi.

Okeh. Macam biasa, setiap malam, mood adalah bertemakan Budak Lelaki Jalan Belakang. Faham kan? Tak paham pergi tanya google translate. Jap lagi dia cakap sapa. Kemudian, Sedang Lemas menjadi pilihan. ^_^ Hadoi. Rosak sungguh. Nasib baik

Tadi ayah angkat menalifon. Lebih sengah jam berborak. Selalu tak sampai sepuluh menet dah habis. Hurmm. Rajin bebenau beliau talipon daku. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada calling calling dari beliau. Dan saya yang sungguh comel pulak kadang-kadang tak angkat. Malas la nak berborak lama-lama. Macam sungguh jahat kan. Haha. Beliau, rajin melaporkan kejadian dekat rumah dia. Tak mengapalah. Ok la tuh. Atleast tak la lost contact bila dah habis beranak-anak angkat nie.

Lagi, mungkin saya ke Melaka esok. Mahu bercuti bersama housemat tecinta. Tapi tak nak excited sangat menplan itu ini. Biar esok yang menentukan sama ada kami boleh bangun pagi dan bersiap-siap pergi or tidak. haha. Semoga jadi la.

Dah la. Nak buat kerja. Sedih pulak tengok diri sendiri yang sangat tak berdisiplin. Malas je memanjang kalau suruh buat assignment segala bagai. Kalau bab berjalan laju. Haishhh. Dah. Mari mula menjadi rajin. Tata






Cara Mencegah Jerawat.

"Eventhough muka kita seringkali ditumbuhi dengan pimple2 yang sangat cute, sampaikan kadang2 macam 'penternak jerawat' pun ada, please, JANGAN MERUNGUT. Marilah BERSYUKUR sebab sekurang-kurangnya bukan kurap, bisul, kayap or something yang lebih worst yang tumbuh. Jerawat jee punn."




Ceh.. macam bagus saja ya bila nak mempositifkan pemikiran sendiri. Pandai mengayat, tapi tak mampu nak mengaplikasikan ayat ayat yang di perkatakan sendiri. Haduiyaiii. Muna owh muna..


Semalam pergi farmasi, hajat nak cari pil untuk tak bagi jerawat naik. Dah penat la, even dah habis period pun still jerawat itu nak hidup subur lagi. Lepas tanya orang kat farmasi tuh, dia tak syor kan aku beli pil jerawat tuh. Dia cakap, kalau ubat yang makan untuk jerawat yang tahap kronik sangat sangat je. Tahap kronik tu like, macam bila tengok muka dia pun macam tak boleh nak beza, eh, orang ka kulit bewak nie.. Haha. Keji sungguh perumpamaan sendiri tu.


Ya, dia tak bagi saya beli ubat makan. Dia suruh saya amek ubat sapu jee.. Butttttt.. Ubat sapu yang untuk luaran dah besepah la. Sekarang saya nak cari yang untuk makan pulak, mungkin boleh sucikan dan bersihkan bahagian dalam bada saya pulak. Nak buang kekotoran dalam yang menjadi punca utama sebab jerawat tak henti henti tumbuh.


Lepas tu dia cakap lagi, tak elok ambik pil pil untuk jerawat nie, nanti kesan dia antibodi lemah. Owh. Ok. Saya pun redha dengan tetiba. Lepas tu aku pun tanya la apa lagi uba t yang boleh di ambil untuk cegah jerawat dari naik, then dia cakap, PIL PERANCANG. Wow!! Adakah saya perlu mengambil pil perancang di kala saya belum berumahtangga? Wow. Sungguh tidak berkejadahnya. Tak payah menggatai. Dah kawen nanti pun tak akan ambik jugak. Biar anak segerombolan banyak mana pun, saya tak kesah. hahaha.


Semalam macam tak puas hati lagi, bila balik rumah saya google sebab dan punca jerawat nie, kenapa dia naik dan macam mana nak cegah. Lepas tu dapat beberapa info yang sangat dan betul betul menyedarkan saya. Saya memang tak selalu amalkan, sebab tu kot jerawat mudah sangat naik.


Okeh, da sekarang sebagai manusia yang suka nak share semua benda, saya nak kongsikan beberapa rutin harian yang boleh kita amalkan untuk mencegah petumbuhan jerawat nie.






SATU- Rajin membasuh muka.


Bila baca tang ini, rasa macam lebih sedar kenapa tuhan suruh kita sembahyang 5 kali sehari, rupanya tuhan nak kita basuh muka kita dengan lebih kerap supaya tak ada kekotoran di muka. Lepas tu tak ada lah penyakit penyakit yang tumbuh. Dalam kita tak sedar rupanya ada hikmah di sebalik setiap yang di perintahkan itu bukan. Jadi, jangan tinggal sembahyang!! Berwuduk setiap waktu!!




DUA - Rajin bersukan.


Betul, saya sokong yang ini. Bila bersukan peluh boleh keluar dan bila peluh keluar, segala kekotosan dan benda-benda yang tak di perlukan oleh badan dapat di rembeskan melalui peluh. Kalau tak bersukan, macam mana kekotoran tu semua nak keluar, melalui jerawat la kan. Sekarang saya kurang bersukan. Dan akan mengaktifkan balik diri nie. Sebab tu lemak pun macam dah pandai kembang-kembang tanpa di suruh.




TIGA - Rajin minum air masak


Sokong. Penulis tu cakap bila kita minum air masak banyak banyak , secara tak langsung, dalaman kita akan sentiasa di cuci dan dibersihkan. Tapi masalah nyaa.. inilah perkara yang paling saya payah nak follow. Saya sangat sangat sangat susah nak minum air kosong. Kalau bagi air mineral yang sebotol rm1 tu pun 3 hari baru boleh habis. Tak berminat nak minum. Mulai sekarang dah tekad dalam hati nak minum air kosong banyak banyak. Ya. MESTI!!




EMPAT - Jangan selalu stress.


Boleh ke nak mintak "Stress sila jangan dekati aku" Errrr. Saya perlu mencuba.




LIMA - Makan makanan berhasiat.


Macam sayur sayuran. Tomato. Kurangkan pengambilan makan yang berlemak dan berminyak.






ENAM - Pastikan makanan yang dimakan di hadam dan di lawas dengan baik


Atau lain lain ayat yang senang nak faham, engkau mudah berak. Ya, sangat harus, sama jugak dengan point bersukan tadi, kekotoran dalam badan harus dirembeskan dengan segera, kalau di simpan lama-lama, dia akan bertukar jadi jerawat. So, makan pisang banyak banyak supaya mudah nak melabur. ^_^


















Okeh itu saja kot yang saya raya saya perlu buat. Yang lain-lain petua tu macam kena tumbuk daun itu ini, susah je, baik kita mulakan dari amalam yang kita rutinkan setiap hari. Semoga berkesan dengan izin Allah. Amin.


Ahir kata ;


Beauty that captures your attention; personality which captures your heart.











Thursday, October 27, 2011

Mereka yang Riang Gumbira



Di hujung weekend yang hening, sekawan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertentang mata telah berjanji temu untuk berjumpa-jumpaan sesama mereka. Rakan yang jauh di mata dekat di hati itu telah memilih Taman layang layang Kepong sebagai destinasi untuk dilepaskan segala rindu dendam. Dan bukan JALAN TAR lagi. Jalan TAR dah boleh terkeluar dari list destinasi untuk sesi detim detim mereka sebab dah jumpa upacara berPicnic yang lagi menggoda hati. Next destination??? Pantai mana pulak dear?? ^_^





Sebagai bangsa melayu yang sejati, maka, haruslah memegang kepada janji-janji melayu, seperti janji pukul 9 pagi nak kumpul, tapi dah nak dekat pukul 10 baru sampai.  Lalalala. Well. Melayu katakan....






Boleh tak, saya malas nak mengarang panjang, biar gambar yang berbicara. Boleh? 
[Dasar blogger malas!!!]



Mula-mula sampai dengan excitednya melihat photo album kawan yang baru bertunang bulan 6 hari tuh.



Lepas tu baru teringat nak makan. Ada  breakfast MCD yang lazat.. Sumpah lama gila kot tak menjamah breakfast mcd nie. Terima kasih la kawan-kawan yang mengseponsernye.. ^_^



Last touch up sebelum beraksi di depan lensa!!





Mula-mula warming up dulu. Harus lah di mulakan dengan pose pose yang sopan santun di mana kalau kaum-kaum ibu tengok mesti akan ada kes kes kawen paksa!! Jodoh Pilihan ibu!!




Tapi ayu ke kalo duduk semacam ini? Haha. What ever.

Okeh. Nie baru la dikatakan rakyat jelata yang mematuhi Rukun Negara no 5, eh ke enam. - Kesopanan dan Kesusilaan.

Wah, bersopan santun lagi. Bagus rakyat Malaysia ini !!

Okeh. Sedikit tanduk sudah keluar.

Add caption

Add caption

Okeh. Fine!! Dah start menggila dan menggedik. Hahaha



No no noooo...






Bila otak dah macam tak berapa nak berada di paksi yang betul sikit, mula lah macam-macam idea timbul untuk menggayakan pose-pose yang errrrrr..tak payah cakap laaa.. Tengok sendiri lah.. 







Duta Super Ring!!!!

Alahai, terus rasa nak makan Supering lagi. Hari tu buat main-main je lebih.


Gadis Corntoz!!

Nie la awek hat dalam ikelan corntoz tuh. Tapi sekarang dia dah tak freehair. Dah insaf dan pakai tudung. Gigi pun tinggai 2 batang jah. Dan pakwe dia yang pengsan dalam ikelan hari tu dah sedar dah, selamat betunang dah mereka. haha ^_^


Cubaan untuk meniru aksi-aksi dalam iklan corntoz. Tapi gelak ja lebih. Tak dan nak susun-susun depan gigi dah gelak macam hapa ja. Last-last masuk mulut dan telan!!!


Happy moment, walaupun sangat tak berjaya menjadi awek corntoz, takpa,  Next time kita harus cuba lagi ya kawan-kawan.




Kak Sue ku cayang, kamu sungguh comel dengan spek ini. Serius suka gila tengok sampai dok tersengeh sorang sorang pulak, even tengok pat lima nam ploh  kali pon still nak suka lagi. Haha. Rasa macam nak buat desktop Background pun ada!!! Haishhh..


Makcik gojes nie langsung tidak berniat untuk membuat aksi pose semacam ini. Tapi tah macam mana tah, boleh tekeluar muka macam nie, tu la, banyak cakap sangat. Hahaha.  Tapi comel apa. Macam ikelan Pelekat Gigi Palesu Poledine. "Bukan saja tak macam gigi palsu, malah belakon pun tak macam palsu"


Ya Muhammad Adifff.. Umi cakap apa Muhammad Adifff... Kab Ba Ra,  Kaf Alif Ta Nunn.. Ya? apa Ya Muhammad adiff? KEBERKATANNNN..




Dah. Sekarang mari kenal dengan insan-insan senget lagi sengal yang sangat menceriakan hari saya!!




Ini tuan punya kamera sanggeh yang kami guna untuk snap sana sini. So, bila dalam album haruslah bersepah dengan gambar dia saja. dan tukang yang mengsnap tu plak mestilah saya, lalu gambar aku posing gaya artis pun kurang dan takdak langsung kot. Fine Sya Shahid Fine!! Kalau nak bekenalan dengan beliau nie pi cari kat FB saya Sya Shahid. Waktu dok pose-pose untuk gambar kat atas nie, tetiba di sapa oleh segerombolan keluarga Makcik X mana tah yang baru habis jogging. "Model keee??" Wow!!! Yunk!! Pujian apakah ini,  serius kena pi antaq resume kat majalah Mangga!!  i akan support u !!


Ini pulak kawan saya yang namanya Mek Na. Sepanjang 2 hari saya besama dia, 2 kali kot  kami  nak accident. Satu dia pi langgar moto RAZ jiran depan rumah dia time reverse parking. Shah nama pemilik moto tuh. Lepas tu, harus lah menjadi ramah tamah bila berjumpa dengan Shah ke esokkan hari, contoh ramah tu like, sedang nak keluar rumah dan tejumpa Shah naik moto kawan dia nak pergi kerja, lepas tu lagi mau tanya, "Nak pergi kerja ke Shah?" Hahaha. Ya, harus berbuat baik sebab dah langgar moto besar orang,  takut nanti-nanti  X-Trail beliau ada kesan diperkosa oleh manusia tak betanggung jawab pulak. Nasib baik  Shah mintak lima ploh hengget jah untuk ganti rugi. 


Ini pulak kawan saya Kak sue, dia pemilik album betunang yang dok tengok-tengok tadi. So, bila dah pemilik tu mean dia dah betunang la kan. Tak perlu kot bagi FB dia. hahaha. Kang ada jugak aku kena belasah dengan Incik Tunang beliau. 



Nie pulak sahabat saya, Farah Arina. Mesti nak Fb dia kan? haha. Tak payah la sebab  FB dia adalah FB pakwe dia jugak. Fb pakwe dia adalah FB dia jugak. Pendek kata dia dah berpakwe. ^_^ 



Nie makcik jual sayur kat Cameron Highland. Tapi kadang-kadang dia jual bunga jugak. =P



My Love

Wanita kegemaran.

Seharusnya rakan-rakan saya ada 7 orang. Tapi 2 lagi ngak ada kerna ada masalah yang tak dapat di elakkan. Bila boleh keluar ber 7 pulak kan. Macam sangat harapan jeee. Hurmmm.. =(