❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 23, 2011

Sungguh Perempuan lah kamu nie.


Di saat saya menulis entry ini, lagu Terhenti di Sini by Asfan sedang berkumandang di dada laptop. Jadi macam menarik je kalau di link kan lagu tu sebelum mengkomer semua baca next cerita kan. Okeh sila picit butang play. Tunggu sampai keluar bunyi lagu baru boleh sambung baca yer. Jangan begedil!!!! ^_^




So? Agak agak dah tahu apa yang saya nak cerita?? Apa? Nora Elena? Owh.. Tidak lah.. Haha. Tapi mungkin ada sipi sipi jugak. Tak mengapa. Mari kita teruskan pembacaan.

Mengsukai bunga adalah perkara biasa untuk setiap wanita. Jadi, tidaklah terlalu pelik kalau saya katakan saya peminat tegar bunga-bungaan. Dah perempuan tulen. Memang haruslah nak minat bunga membunga ini. Tapi, pelis ya, tolong jangan kaitkan dengan cerita Nora Elena. Sebelum Nora Elena keluar lagi saya dah suka bunga. Sangat suka akan tubuhan hijau ini.


Suka berkebun seawal di bangku sekolah lagi. Pantang nampak pokok yang berkenan di hati, pasti tangan nie laju je memetik sebab nak tanam kat rumah. Selalu curi pokok kaktus kat sekolah sebab pokok kaktus dia sangatlah comel. Dekat RnR pun ada jugak saya ambik. Pendek kata, kat mana yang saya jumpa dan hati tergoda, mesti akan di cuit sikit supaya boleh di cucuk tanam kat rumah. Sekarang nie, pokok pokok tu semua dah besar panjang. Sampai tak terjaga pulak.

Kemudian, time sekolah sekolah jugak, kalau ke rumah kawan-kawan mata mesti menilau dok usha pokok pokok keliling rumah dia. Dengan tak malunya akan mintak sikit nak balik tanam. Kehkeh. Sungguh tatau malu kan.

Memang zaman tu sangat menggila la bercucuk tanam, sampaikan waktu lepas PMR, penah berangan nak ambik kos agriculture bila sambung form 4 nanti. Tapi alih alih pi tanda Kejuruteraan Awam, dan bila dah dapat Civil, mengada pulak nak pi mintak tukar ke agriculture. Tak mengapalah. Bagus jugak tak tukar. Kalau tak, mesti perjalanan hidup saya tak seindah ini. ^_^

Waktu kat U dulu, selalu beli dan tanam pokok kat bilik. Kalau meja orang lain penuh dengan buku buku, tapi saya tak. Kat atas meja tulis ada kaktus comel, ada bonsia cute, ada pokok yang hidup dalam air tuh, apatah nama. Tapi semua pokok pokok tu ada nama mereka sendiri. Kalau orang lain, bela kura-kura, letak nama ahmad la, Dafi la, pokok poko saya semua tu pun tak terkecuali. Ada nama timang timangan masing-masing. ^_^

Tapi tu kisah lama. Dah lama saya tak bercucuk tanam. Dalam hati tu memang lah tersangat sangat nak. Cuma tempat dan masa je yang tak sesuai.

Bila tengok cerita Nora Elena, sangat membuatkan saya teringat balik semua kesukaan ini. Dan sekarang nie macam suka gila tengok lavender. Owh my goshh!! Kalau lah lavender tu boleh hidup subur kat Parit Raja nie dah lama saya tanam.




Bunga ros tak payah cakap laaa. Tunggu masa orang ajak je pergi Cameron tuh. Kompem tak ada tolak menolaknya. Serius nak pergi weh. Tolong la ajak!!!!




Mengsuka saya bukan hanya untuk bunga-bungaan yang segar dari ladang saja. Kalau diberi bunga plastik pun saya dah boleh teloncat loncat suka macam kera dapat bunga. Serius shit. Melawat kedai bunga sangat menterapi jiwa dan raga saya. Kalau dah masuk tu, ya amponnnnn, rasa macam nak beli satu kedai tu. Semua yang pandang, semuanya nak!!!

Tapi apa boleh buat. Masuk ke kedai bunga bertemankan wang yang sekankang kera saja. Duit yang ada nak beli daun pun tak lepas, ini kan pulak untuk dapatkan bunga yang merimbun banyaknya itu. Tak mengapalah. Nanti bila dah bekerjaya, dah duit pun penuh poket, kita sambung balik hobi yang satu nie yerr.



Sebab saya suka bunga dan sedang lapar kek secara gila gila, Jadi haruslah di selitkan sekeping gambar ini. Hahaha. OMJayyyyy!!! Serius kena cari secret recipe jap lagi.












PdanS : Jom siap siap untuk pergi mengedate di JB!! Nyum nyum ^_^


No comments: