❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 11, 2011

Semoga kamu kacak-kacak saja.


Hai sem 3 A.K.A Last Sem. Semoga anda kacak-kacak saja ya. Namo huduh-huduh sangat. Namo jadi pelik pelik. Nanti saya stress susah. Habis keluar jerawat lima nam puluh bijik. Kan dah tak segak nanti. Jangan ya.

Serius macam tak percaya je dah di Last Sem. Rasa baru je semalam pergi buat medical checkup, register kat Batu Pahat. Tub Tub, hari nie, eh, tinggal satu sem je lagi? lalalala. Hati sungguh mengsukai lah.

Dah 4 bulan saya meninggalkan segala hal hal pembelajaran. Hari nie akan kembali memulakan rutin harian as a student. Membuat Assignment last minit, meniru Tutorial kawan, Project yang dibuat halai balai, Presentation yang tak berapa nak prepare sangat. Kemudian akan berhadapan dengan kuiz, test, final exam bersama-sama Si Toyol kacak begaya. WOW!! Sungguh tak sabar!! ^_^

Untuk Last Semester yang saya dah mula duduki nie, mahu berdoa sesuatu...

Semoga tuhan mempermudahkan segala urusan saya...

Semoga PS saya dapat dikaji dengan baik sekali serta berjalan dengan lancar, tak ada kritikan yang teruk teruk dari panel, tak ada masalah besar yang menimpa, dan dapat di siapkan sebelum habis sem ini...

Semoga Prof Wahid yang digembar gemburkan sangatlah garang itu menjadi seorang berhati mulia sewaktu mengajar saya nanti...

Semoga result sem depan akan gilang gemilang..

Semoga dimurahkan rezeki, dapat di postingkan dengan cepat dan nak area Utara Sahaja...

Semoga dapat buat rumah yang ada tangga tahun depan. (Sungguhlah terkeluar tajuk pembelajaran. kehkeh)




Semoga dipermudahkan urusan kami semua... Amin....








PdanS : Kenapa mesti mimpi beliau lagi nie. Dah banyak malam dah nie. Haishhh. Adakah ini satu petanda??? Jeng jeng jenggggg..

No comments: