❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 22, 2011

Saya sudah rajin!!


Hai kamu di sana. Saya di sini. Kamu di sana tak nak kesini ke. Mari la berpening pening lalat dengan saya mengsiapkan kerja kerja PS nie. Dah lama tak bukak cerita PS PS nie kan. 5 bulan yang lalu mungkin kamu dah muak di hidangkan dengan kisah kisah PS saya saja. Di setiap hari, setiap kali update, tak ada kisah lain dah. PS PS PS dan PS. Haha.

Dan dengan masuknya hari ni, cerita tak best itu akan mula berkumandang di dada blog ini. Sila jangan stress sangat. Saya yang mengadap nie lagi lagi stress. Tolong paham. Kat sini saja yang boleh saya luahkan agar stress PS tu dapat berkurangan.

Malam nie punya kesedaran yang sangat tinggi selepas memburnkan 2 minggu belajar berlalu begitu saja tanpa membukak apa apa pun hal hal PS nie. Semacam tak ambik PS 2 saja aku nie. Nasib baik, sewaktu di kelas Md Noor tadi, beliau banyak memberi kata kata semangat supaya jangan tangguh tangguh lagi. Buat cepat. Masa dah tak cukup sebab perlu di Viva pada week ke 14, mean dalam lingkungan 21-24 December ini. Errrr. Tiga bulan lagi !!! Mampukah saya membereskan segala kerja kerja ini. Ya Allah. Tolongin hamba mu ini.

Mulai malam ini dan saat ini saya akan buat betul betul. Even dah beratus kali dah selalu ulang ayat ini, malam nie mau ulang lagi. Semoga ianya betul betul menjadi. Hahaha.

Esok mau menapak di Library sampai ke rasa nak muntah duk library. Jom lepak sekali !!!! Kita duduk kat bilik thesis ya!!! ^_^ Tata. Jumpa di sana!!!










PdanS : Pada kelas Md Noor tadi jugak, beliau aset bercakap hal hal makanan, suruh membayangkan kek lapis la, bagaimanakan kesedapan kek lapis, apa warna kek lapis, dan bla bla bla yang mana semuanya adalah mengenai makan sahaja. Tapi cerita kek lapis yang paling lama kami bincangkan. Lalu saya yang bercita cita untuk kurus dan nak diet nie pun tergoda dek kerana terlalu menghayati sangat pengajaran yang beliau sampaikan. Owh my Gosh!!! Serius aku nak makan kek, dah 2, 3 hari mengidam kek. Tapi mengidam kek yang ayer tangan sendiri. Hurmmmmmmm....


No comments: