❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 18, 2011

Lima untuk kamu. Sapuluh untuk saya. ^_^


Hai hai dan hai. Seperti mahu menulis sesuatu malam ini. Tapi tidak berhasrat untuk memfokuskan sesuatu. Hanya nak me-random-kan apa yang hati terdetik dan tangan tertaip. Boleh kan? ^_^



SATU

Sekarang saya di Sungai Buluh kerna sedang menikmati cuti yang panjang. Bukan minggu ini saja akan menghadapi cuti yang lama. Setiap minggu sampailah ke penghujung sem akan berbahagia begini. Kenapa?? Sebabnya jadual sem ini sungguh la cool. Kelas saya hanya terdapat pada hari selasa, rabu dan khamis sahaja. Hari hari yang lain boleh berkubang atas katil. Bahagia bukan?? ^_^

Bahagia ke?? Owh, wahai pemilih hati, janganlah cuba berharap hari yang cerah itu akan berlarutan hingga ke petang. Pasti akan ada hujan dan jugak ribut petir pada tengah hari ini. Ya. Walaupun kelas hanya tiga hari saja, tapi, saya percaya, bebanan kerja mesti macam 3 tahun punyaaaa. Hadoi. Sebab tu saya nak sangat sangat supaya cepat lah masa berlalu. Tapi, bila masa cepat berlalu, umur pun akan cepat naik, maka menjadilah semakin tua. Errrr. Takmoo lah macam tu. Mahu di usia yang tak payah fikir "Aku dah tua, dah kena kawin nie"



KEDUA

Duit perbelanjaan sudah masuk ke akaun. Kemudian, acara berboros pun bermula. Nie salah satu benda yang saya sangat sangat sangat lah tidak suka. Sangat mudah lupa diri bila duit macam agak bertimbun dalam bank. Hurmmm. Semalam ke Time Square. dan dan dan tak payah la cerita. Mesti isi dia tak lain tak bukan beli itu ini yang mana, mula-mula pi tak terfikir pun nak beli apa. Bila dah berjalan sana sini. Semua benda nak grab. Hadoiyaii. Bila lah saya boleh belajar menjadi kedekut untuk diri sendiri.

Baru saya teringat. Minggu lepas ke Jalan TAR memborang tudung dengan agak banyak jugak. Kemudian bila pulang ke rumah, mahu disimpan semua shawl shawl baru itu ke dalam bakul, lepas tu... "Eh, kenapa sama??" Baru perasan, shawl yang baru di beli tu sebenarnya dah ada. Sebijik sebijan sama. Baru je di beli sebelum raya hari tu. Baru pakai sekali. Tapi kenapa mesti tak hingat haaaa????? Ya, itu tandanya tudung engkau tuh da telampau banyak dan betimbun timbun sampai tak ingat color dan corak coraknya. Tapi setiap kali pergi kedai tudung, mesti wajib kena rembat satu kan? kan? Hadoiyaiiiii.

Nie la akibat slalu sangat mengStalker blog blog or facebook or tumblr perempuan cantik yang pandai berfesyen. Bila dah tengok nak ikut. Bila nak ikut kena ada semua baju dan tudung itu. Bila tak ada kena beli. Bila beli beli beli beli dan beli sampai kadang kadang tidak mampu terpakai. Lalu duit pun habis. Membazir macam tu je. Tu la padahnya. Follow sangat. Hadoi.

Salah satu sebab saya tak nak berada di Kota Lumpur sebab nie la. Kat sini banyak sangat godaan dia. Jalan TAR la, Time Square la, Up town la, pasar pagi la. Selalu berdoa, kalau nak dapat kerja nanti biarlah kawasan kedah udah lerrr. Tak la banyak sangat duit nak habis. Tapi.. boleh cayeee ke?? Haha..



TIGA

Mahu menulis tentang hati. Tapi tiba tiba jugak, hati cakap, tak payah lah. Simpan saja lah. Biar dia rasa sorang sorang. Baek lah hati. ^_^



EMPAT

50kg!!! ya!! Sangat berharap semoga berat boleh turun ke angka itu. Lepas nie mahu berjongging di setiap petang. Mahu kehidupan yang sehat. Mahu pinggang yang ramping. Mahu peha yang cantik. Mahu badan berotot otot. Aiii seyyy. Perlu ke berotot otot nie?? Takmolek lah begitu. Namo namoo.. Eh, banyaknye permintaan cantik cantik tuh. Macam tidak bersyukur pulak di atas pemberian tuhan yang dah sangat sempurna nie. Hurmm. Syukurrrr. Tapi mahu turuh 4 kilo je lagi. Boleh kan... ^_^



LIMA




Mengidam nak makan Meat ball kat Ikea lagi. Halal kan? kan? Lepas bedeting dengan perempuan kegemaran minggu lepas dan mencuba meat ball. Penangan kesedapan dia sampai ke hari nie boleh dirasai lagi. Mula-mula just nak minum kopi je sementara nak tunggu masuk magrib. Tub tub terodder la pulloks. Tapi yang peliks nya saya penah makan meat ball tu setahun yang lalu. Tapi kenapa tak perasan yang meat ball itu sangat sedap haa??? Ajaib sungguh. Hari nie baru ada kesedaran tuh. Hurmmm..... Eh, bukan ke entry di atas mahu berkurus kurus ke?? Apa nie Munawwarah. Jangan jadi kacang yang lupakan bungkusnya. Eeeerrr. Apakah??











PdanS : Mana entry raya??? Tak sambut saya ke kak?? hihi

No comments: